Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api

By | January 8, 2015

Dengan lafaz Bismillah …

Kalau sudah namanya orang kampung, citarasa atau taste pun lebih kekampungan lah sikit heheh. Tapi saya tak pernah berasa malu dilahirkan sebagai anak kampung ok.

Baiklah hari ni, disebabkan Cik Kiah dah mula sibuk kembali dengan kerja-kerja ‘back to school’ ๐Ÿ˜€ so hari ni hanya ada entri makan-makan saja ye. Yang berat-berat insyaAllah coming soon.

Nak berkongsi resepi jantung pisang masak lemak cili api dengan sahabat alam maya. Resepi dari Utara yang mudah, menyelerakan dan kena dengan cita rasa kalau kalian jenis yang suka masakan ala-ala kampung. Dan kalau-kalau anda bakal ber mak mertuakan orang kampung, eloklah belajar resepi-resepi sebegini.

Ok, tanpa membuang masa lagi, jom dapatkan bahan-bahan berikut :

  1. Jantung pisang – tak boleh sebarangan jenis. Hanya jantung pisang, pisang awak atau pisang benggala saja ye
  2. 1 mangkuk kecil udang segar – udang apa pun boleh kecuali udang hiasan akuarium ๐Ÿ˜€ , dibuang kepala dan ekornya. Kalau suka, boleh juga buang keseluruhan kulitnya.
  3. 1 mangkuk santan pekat
  4. 5-6 batang serai – dihiris halus *
  5. 4-5 ulas bawang merah *
  6. 4-6ย  biji cili api , boleh ditambah atau dikurangkan jumlahnya *
  7. Kunyit hidup *
  8. Garam & serbuk perasa

Cara memasak resepi jantung pisang masak lemak cili api

  1. Tanggalkan lapisan keras atau kulit luar jantung pisang sehingga ke lapisan kulit muda dan bersihkan.
  2. Belah jantung pisang kepada 2 bahagian. Hiris atau potong halus.
  3. Rendam hirisan jantung pisang bersama 2 sudu besar garamย  dan air secukupnya selama 30 minit sebelum dibersihkan dengan air biasa dan ditoskan. Tujuannya adalah untuk menghilangkan getahnya.
  4. Masukkan semua bahan bertanda * yang telah dikisar halus ke dalam periuk.
  5. Masukkan santan pekat – cairkan jika terlalu pekat.
  6. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  7. Masukkan hirisan jantung pisang dan kacau sebati.
  8. Setelahย  jantung pisang agak layu dan masak, masukkan udang. Kacau rata.
  9. Masukkan garam dan serbuk perasa, biarkan mendidih. Siap !
 photo d0874cfe-1dba-46eb-b784-be5d0dfc8b73_zps78faadd4.jpg

Resepi jantung pisang masak lemak cili api ori … heheh ๐Ÿ˜€ Cer cuba baru tau sodap ke tak

Ok, done. Jantung pisang masak lemak cili api sudah siap untuk dihidangkan.

Sedap sangat tauuu ๐Ÿ™‚

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

10 thoughts on “Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api

    1. SisHaza Post author

      Hahah … bab ni memang saya kena adjust cikgu, Mr Hubby dan anak2 memang jenis tak tahan pedas ๐Ÿ™‚

      Reply
  1. Lynn™

    Sedapnya resepi ni. Dulu aruah mak kerap masak, tapi bila dia dah tak ada saya sendiri
    hampir terlupa cara memasaknya. Terima kasih utk perkongsian resepinya dan
    salam kenal.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me