Resepi Inti Popia Goreng Yang Simple Tapi Menyihatkan

By | May 7, 2017

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Resepi Inti Popia Goreng Yang Simple Tapi Menyihatkan

Entri makan-makan lagi hehe .. 😀

Menjelang Ramadhan, inilah menu atau juadah berbuka paling popular dalam keluarga. Paling disukai anak-anak dan Mr Hubby. Paling mudah untuk disediakan dan anak-anak pun boleh diharap sama-sama tolong siapkan.

Pada pendapat saya, lebih berbaloi untuk buat sendiri popia goreng berbanding jika hendak dibeli di Bazar Ramadhan. Satu ketul atau sebiji RM0.50 … kalau nak dibeli hari-hari memang parah dibuatnya kocek emak ni. Ye lah takkan nak beli RM2 sahaja kan. Dah kata namanya kegemaran seisi keluarga, seorang anak sekali hadap 4 biji. Itu baru round pertama. Belum lagi selepas balik tarawikh.

Bagaimana jika ada 4,5 orang anak yang semuanya peminat popia.. Dah laa popia goreng yang dibeli intinya sendu,  3 batang taugeh je dalamnya…Huuu bukan setakat lari budget berbuka ye dak, makan pun dengan rasa tak puas hati kan.

<<< 23 Resipi Senangnya Memasak Kuih Muih & Minum Petang >>>

<<< Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang (Edisi Kedua) >>>

<<< Senangnya Memasak Puding & Dessert (Edisi Kedua) >>>

<<< Senangnya Memasak Kuih Kukus (Edisi Kedua) >>>

<<< Resipi Warisan – Kuih Muih >>>

<<< 100 Resipi Kek, Biskut, Manisan dan Kudapan >>>

<<< 500 Kompilasi Resipi Chef Hanieliza >>>

<<< Senangnya Memasak Makanan Barat (Edisi Kedua) >>>

Jadinye marilah kita mak-mak ni berusaha buat sendiri juadah-juadah mudah  untuk Ramadhan yang akan tiba nanti. Boleh letak atau sumbat intinya sesuka hati sampai padat Dan sekurang-kurangya dapatlah meringankan belanjawan dapur di samping menjadikan air tangan sendiri sebagai tanda kasih sayang seorang ibu.

Ok dah,dah .. tak nak nasihat lebih-lebih karang ada yang sentap pula. Macam satu entri terdahulu tu, ada saya tulis tentang punca bau badan, Tup-tup ada yang marah-marah kononnya saya ni berniat menghina orang yang ada masalah bau badan. Alahaiiii, tak terlintas pun dik di hati hakak ni nak menghina sesiapa. Tapi jika direnungkan berkali-kali, mungkin lah kot  ada kesilapan di pihak sendiri. Menulis blog untuk sedikit income sampingan di samping menyebarkan kebaikan, namun bukan semua orang boleh menerima gaya penulisan kita yang berbeza-beza walaupun nawaitu memang yang baik-baik saja

So, untuk entri Resepi Inti Popia Goreng Yang Simple Tapi Menyihatkan ni pun tak nak lah hakak tulis lebih-lebih takut dikatakan nak mengajar pulak ye dak walaupun dalam hati ni niat yang tertanam sebenarnya sekadar mahu sebarkan seberapa banyak kebaikan saja.

Baiklah, terus sahaja kepada resepi inti popia goreng yang simple tapi menyihatkan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk inti popia :

  • 2 batang lobak merah
  • 1 biji ubi sengkuang saiz sedang
  • 50 sen taugeh
  • 1 pek kecil jejari ketam
  • Sedikit garam

Caranya :

  • Bersihkan taugeh dan tos. Kikis kulit lobak merah, bersihkan  dan dipotong dadu serta ditos.
  • Langkah yang  sama dilakukan untuk ubi sengkuang.
  • Filamen ketam dicelur sebentar dan dipotong nipis. Ketepikan semua.
  • Tumis sedikit sahaja minyak sayuran ( 2-3 sudu)  di dalam kuali.
  • Apabila  sudah agak panas, masukkan lobak merah dan sengkuang.
  • Selepas 2-3 minit, masukkan juga sedikit saja garam – agak-agak pada paras hujung sudu tu je jika suka .Tapi saya tak masukkan pun sebab lobak merah dan sengkuang sendiri sudah ada rasa manis semulajadinya.
  • Masukkan taugeh dan filamen ketam. Segera matikan api dan biarkan ia sejuk.

P/s : Anda boleh gantikan filamen ketam dengan isi udang segar untuk rasa inti popia yang lebih enak.

Langkah seterusnya adalah balut atau bungkus inti seperti biasa anda membuat popia goreng.

Kebiasaannya saya pilih kulit popia KG Pastry. So far,sangat berpuas hati kerana lapisan kulit popia KG Pastry tidak mudah koyak seperti jenama-jenama lain.

Saya gunakan pek sedehana besar ( maaf tak ingat pula ukurannya ). Satu pek menghasilkan 40 biji popia. Jadi anak-anak boleh ulang makan sehingga lebam 🙂

Untuk berbuka puasa, saya goreng 20 biji sahaja dahulu. Bakinya boleh disimpan untuk esok  jika ada permintaan  lagi. So far, intinya tidak basi dan dalam keadaan yang sangat baik.

Ok, selamat mencuba resepi inti popia goreng yang simple tapi menyihatkan

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me