RESEPI BISKUT RAYA SEDAP DAN GEBU

By | July 5, 2014

 ” Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah “

Sudah Ramadhan ke-7 hari ini. Diharapkan 7 hari Ramadhan ini telah sedikit sebanyak terisi dengan limpahan rahmat dan hidayah buat kita semua.

7 hari berada di sisi Ramadhan 1435 Hijrah, sudah 7 jenis biskut raya moden sempat saya siapkan. Bersengkang mata menyiapkannya selepas Terawih ..Kalau harap nak buat siang hari memang tak sempat. Balik kerja pun dah lewat. Mana nak menjemput anak-anak kat sekolah lagi..dah tu nak masak untuk hidangan berbuka lagi. Hmm memang tak sempat. Nak tak nak kena buat sebelah malam ajelah

 photo 8d67d796-d44a-46ec-9cb6-dc395ab71147_zpsf798fcda.jpg

Biskut raya moden … samprit gebu, cheese tart , almond london.. sumaa ada 🙂

Haaa tengok ye semua. Suji ada, peanut butter, almond london pun ada dan tak ketinggalan biskut kegemaranku. Cair kat dalam mulut, apalagi kalau bukan samprit gebu dan cheese tart …mmm yummmy.

Sengaja buat lebih awal supaya hari-hari akhir Ramadhan tak kelam kabut nak mengemas pula. Hajat di hati kalau boleh buat lah sehari sejenis , siap nanti dapatlah 30 jenis. Haaa meriah raya Cik Kiah ko ..

30 jenis biskut raya ? Biar betul hehe .. 😀

Sebenarnya …. ampun ya ampun … jangan kan 30 jenis, sejenis pun tak ku buat.. berangan je lebih hihiks

Biskut-biskut di atas tu gambar biskut raya tahun lepas. Dirakam ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu pada hari raya ke-2. Sebagai bekal dalam perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam.

Sebenarnya semua ditempah. Tak ada bakat untuk buat sendiri .. Nasib baik ramai rakan sekerja yang pandai buat biskut raya. Bukan setakat pandai buat tapi siap berbisnes lagi menjelang raya. Cuma saya aje jadi tukang beli. Tak apalah, tolong memakmurkan poket kawan-kawan. Nak cakap macam mana lagi kan 😉

Sememang nya itulah yang berlaku setiap tahun. Terus terang saya memang tak pandai bab ini. Jadi apa saja yang digemari anak-anak dan suami, 95 % ditempah dari rakan-rakan yang rancak berniaga biskut raya. Sekadar biskut penyet tu retilah buat sendiri.  Sebelum ni bukan tak pernah cuba buat sendiri. Cari resepi biskut raya sedap dan gebu dalam majalah dan internet tu dah jadi kewajipan menjelang musim perayaan, tapi hasilnya tak serupa seperti resepi yang dirujuk. Alih-alih adunan tu dibuat bola ragbi. Aim betul-betul, lontar terus masuk dalam tong sampah hihihi 😀

Untungnya kerana beberapa orang rakan di tempat kerja saya yang lama pandai membuat aneka jenis biskut. Kemahiran yang bukannya lahir secara semula jadi . Kemahiran membuat aneka jenis biskut moden dan tradisional tu diperoleh apabila mereka mendaftarkan diri di kelas biskut dan pastri. Maksudnya mereka berguru, belajar daripada orang yang pakar.  101 Resepi Kuih Raya dipelajari sehingga mahir.

Hasilnya sekarang, senang-senang je RM3000 semusim perayaan. Itu sekadar buat secara kecil-kecilan saja. Ambil tempahan daripada rakan-rakan sealiran. Kalau lebih lagi, tak dapat dibayangkan entah berapa banyak yang masyukk.

Terkilan pula rasa sebab tak ikut serta kelas biskut dan pastri tu. Kalau tak tentu boleh buat sendiri, tak perlu beli-beli  lagi. Tapi kalau semua dah buat bisnes biskut raya, siapa pula nak tulis blog ye tak  🙂 .. jadi biarlah buat masa ini saya menulis saja dulu. Jika ada peluang , mungkin satu masa saya juga akan menyertai kelas tersebut. Belajar cara-cara membuat biskut raya yang sedap, gebu dan ranggup. Mungkin boleh jadi pakar buat samprit satu hari nanti. Who knows kan ?!

Buat masa ini, cukuplah dengan belajar menggunakan panduan buat biskut seperti ini. Kata orang, bermulalah dari bawah. Insyaallah lambat laun, ada hasilnya.

Nak cuba buat biskut samprit gebu, cheese tart dan makmur sendiri tahun ini ? Atau nak cari resepi biskut kegemaran anak-anak ? Apa kata rujuk dahulu resepi-resepinya di sini. Bukan semua resepi dari buku tak boleh digunapakai . Ada yang sememangnya baik , mudah difahami dan benar-benar dapat membantu mengajar kita membuat biskut raya dengan betul. Belum cuba belum tahu kan !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “RESEPI BISKUT RAYA SEDAP DAN GEBU

  1. ajumohit

    hihi samalah kita kak, semua org jual biar kita ajelah yg beli, memajukan ekonomi sesama kita

    Reply
  2. zara

    hehe saya pun berangan juga..nak buat crunchy almond tu..tepung dah beli sebulan dulu..takut bulan puasa takde stock la kononnye..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me