Tudung kanak-kanak
RENDANG ITIK – Kongsi Macam2 Cerita

RENDANG ITIK

Salam Aidil Adha

Keyword panas di apacerita.com hari ni tentu sahaja berkaitan petua daging cepat empuk. Sinonim dengan sambutan Hari Raya Korban yang menyaksikan banyak sembelihan dan agihan daging korban, pastinya hidangan berasaskan daging menjadi juadah utama di kebanyakan rumah sehari dua ini. Alhamdulillah, rezeki Allah melimpah ruah tak seperti di negara saudara seagama kita yang nak makan daging setahun sekali pun susah kan ..

Makan bukannya tak boleh tapi harus berpada-pada sementelah semua sedia maklum yang daging ni bersifat agak panas. Apalagi jika si pemakan ada penyakit-penyakit berbahaya seperti  kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Perlu beringat-ingat , kalau tidak susah jadinya nanti.

Berbalik kepada petua agar daging cepat empuk, semasa menyiapkan menu istimewa pagi  Raya Korban iaitu rendang itik ni saya sendiri  ada mencuba salah satu petua tradisi melembutkan daging.  Bagi yang tidak biasa memasak daging itik, mungkin anda tidak tahu atau tidak sedar bahawa tekstur isinya lebih keras , sama seperti daging ayam kampung.

Sekadar ambil beberapa helaian daun betik  dan rebuskan dahulu dengan  daging itik, lembu, kambing dan sebagainya sebelum  dimasak mengikut apa-apa jenis resepi sekalipun. Senang je kan ?!

Ok menu istimewa rendang itik ni saya katakan istimewa sebab ia menu kegemaran  4 lelaki istimewa dalam hidup saya. Apalagi kalau bukan Mr Hubby sendiri, ayah saya , si adik dan si abang .

 photo 3e13e08c-f0b7-4fdf-8542-14934351427b_zps40c6a1ab.jpg

Rendang itik kegemaran seisi keluarga ..mmm,sedapnye !

Nak resepi rendang itik ? Tak susah membuatnya, sama seperti rendang daging yang lain ..

Nak juga ? Ok, beres. Boleh je .. 🙂

Resepi Rendang Itik

Bahan Utama

  • Seekor itik, dipotong kecil-kecil ( 12-16 ketul ) dan dibersihkan.

Bahan- bahan  ( bertanda *  untuk dikisar )

  1. 4-5 batang serai, dipotong halus-halus *
  2. 3 labu bawang besar – saiz sederhana *
  3. 4 ulas bawang putih *
  4. 3 ulas bawang merah *
  5. 2 sudu jintan manis *
  6. 2 sudu ketumbar *
  7. 2 cm halia *
  8. 2-3 cm lengkuas *
  9. 4-5 sudu rempah kari
  10. 3 sudu pes cili ( cili boh )
  11. 3 -4 sudu kerisik
  12. Santan  ( dari sebiji kelapa )
  13. Gula, garam, sekeping asam keping ( boleh juga digantikan dengan 2 sudu makan pes asam jawa Adabi )
  14. Gula kabung  / Gula Melaka  ( ½  daripada 1 kepingan )
  15. Hirisan daun kunyit
  16. Minyak untuk tumisan

Cara-cara :

  • Bersihkan daging itik.
  • Rebus daging itik sehingga mendidih. Angkat, tos dan ambil air rebusannya.
  • Rebus sekali lagi daging itik bersama beberapa helai daun betik sehingga mendidih. Angkat dan toskan daging.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga agak garing dan naik baunya.
  • Masukkan rempah kari , cili pes dan kepingan asam jawa. Tumis hingga naik minyaknya.
  • Masukkan gula kabung dan biar seketika.
  • Masukkan daging itik. Apabila agak kering, masukkan sesuku air rebusan daging. Ulang langkah ini sehingga semua air rebusan habis digunakan. Tambah dengan air biasa, jika dirasakan air rebusan tidak mencukupi.
  • Masukkan kerisik dan santan . Kacau pada api sederhana.
  • Masukkan serbuk perasa secukupnya.
  • Apabila hampir kering, masukkan hirisan daun kunyit. Biar sehingga kuah kering jika anda suka rendang sebegitu.

Ok, siap rendang itiknya. Agak memakan masa, iaitu sekitar 2 -3 jam, namun berbaloi. Sedap dan lembut.  Sesuai dimakan bersama nasi atau dibuat cicah dengan lemang atau ketupat.

Selamat mencuba.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

8 Comments on "RENDANG ITIK"

  1. Sekarang tengah popular daun betik untuk ubat demam denggi. 🙂

  2. Saya tak pernah lagi rasa rendang itik..apatah lagi rendang itik yang lembut dan sedap yang macam cikgu masak ni.. 🙂

    • Terima kasih. Cubalah buat sekali rendang tu, insyaallah nanti saudara Hairul akan suka. Tak ada langsung bau hanyir itik hihi .. confirm ! 😀

  3. saya memang suka rendang itik ni kak, biasa kat pantai timur yg selalu ada hidangan mcm ni

  4. ini memang sedap ni
    elok dimakan masa tak orang lain di rumah
    haha

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me