PUTU BAMBU PUTU BULUH

By | June 28, 2013

Putu bambu putu buluh adalah benda sama yang merujuk kepada sejenis kuih kategori tradisional yang memang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Di sesetengah tempat seperti kat tempat saya ni ia dipanggil putu buluh, manakala di tempat-tempat lain disebut sebagai putu bambu. Bambu tu kan berasal daripada perkataan ‘bamboo’ yang bermaksud buluh.

Bagi yang mungkin tak pernah tengok atau tak pernah makan kuih ni, sila lah belek-belek dan tenung-tenung gambar di bawah ni sepuas-puasnya agar selepas ni boleh bezakan antara putu buluh dan kutu 😛 heheh

Sumber : Google

Kuih putu bambu putu buluh ni memang merupakan kuih favourite bukan saja saya dan Mr Hubby tapi juga kegemaran kedua-dua tuan putera di rumah. Kebiasaannya putu buluh ni saya beli je di pasar malam hari Isnin yang terletak lebih kurang 3 kilometer dari rumah.

Pasar malam ni kecil sahaja. Jika rasa nak makan nasi ayam, ada laa 3 ke 4 orang peniaga nasi ayam. Jika nak makan sate pula ada juga 2,3 orang yang menjualnya tapi jika terasa nak makan putu buluh a.k.a putu bambu ni kena lah sanggup menunggu giliran sebab hanya terdapat seorang sahaja yang menjualnya. Saya pula kalau beli mesti berbungkus-bungkus sebab dah terbiasa beri pada emak dan adik yang tinggal sebelah menyebelah. Diaorang pun memang dah faham sangat, kalau nampak saya keluar jam 6.00 petang hari Isnin, itu memang tak ada kerja lain lah. Confirm pergi pasar malam beli putu buluh dan nasi ayam. Saya kan raaaajinnn sangat memasak …ahaks.

Isnin minggu lepas , selepas balik dari aktiviti petang di sekolah saya terus ke pasar malam. Hajat nak beli putu buluh. Tapi bila sampai je, putu yang siap masak dah habis. Kalau nak, kena tunggu dalam 15 ke 20 minit. So saya pun tempah RM8.00 lalu jalan-jalan dulu beli nasi berlauk untuk anak-anak, sotong celup tepung 3,4 cucuk. Banyaknye beli…Haa jangan tak tahu ke dua-dua adik dan abang tu memang kuat makan.

Kemudian berpatah balik lah semula kepada penjual putu. Mak oii ramainya menunggu. Tiba turn saya, habis lagi. Kena tunggu second turn. Mulalah nak angin satu badan. Nasib baik tak tumbuh kepak atau  keluar asap dan api dari hidung. Memandangkan dah hampir pukul 7 petang, cancel nak beli putu buluh. Tukar menu lain

Resepi putu buluh ? Jangan ditanya .. saya memang tak tahu. Yang tahu makan, makan, makan dan makan je.

Video Panduan  Buat Putu Buluh Langkah Demi Langkah

Pernah dengar bahawa putu bambu atau putu buluh ni dibuat daripada tepung beras. kalau tak silap lah. Cara nak buat ? Ohh, lagi le tak tahu. Saya tak reti, tapi tauke putu ni confirm boleh ajarkan.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

11 thoughts on “PUTU BAMBU PUTU BULUH

    1. SisHaza Post author

      hehe… ni sebab tak sampai tahap ‘hantu’ lagi mcm saya…. tapi sampai masa, dah jemu beralih la pula

      Reply
  1. Pingback: REVIEW RINGKAS VIDEO EBOOK PANDUAN BUAT PUTU - Kongsi Macam2 Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me