” Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ”

Promosi Buku Resepi Juadah Berbuka , Juadah Sahur dan Kuih Raya kini sedang berlangsung dengan rancaknya di kedai buku online BookCafe.

Promosi yang sedang berlangsung sejak dari 10 hb Mei lalu akan berakhir pada 30 Jun 2016 nanti.

Bererti BookCafe memberikan masa yang panjang kepada ibu-ibu dan suri rumah ulat buku untuk mendapatkan koleksi buku resepi  daripada aneka juadah berbuka, juadah bersahur sehinggalah kepada pelbagai jenis resepi kuih raya untuk sepanjang Ramadhan dan  sambutan Hari Raya Puasa bagi tahun ini.

44 Jenis kek dan biskut untuk hidangan keluarga sendiri atau untuk jualan hari raya ..

Sebagai ahli BookCafe saya sendiri pun rasa teruja apabila mendapat tahu yang BookCafe kini sedang mengadakanPromosi Buku Resepi Juadah Berbuka , Juadah Sahur dan Kuih Raya untuk para pembaca tidak kira sama ada sudah menjadi ahli atau pun tidak.

Manakan tidak, Promosi Buku Resepi Juadah Berbuka , Juadah Sahur dan Kuih Raya kali ini juga turut menawarkan potongan harga sehingga 15 % bagi setiap buku resepi terpilih. 15 % diskaun tu agak banyak juga kan bagi membolehkan kita berjimat cermat tapi pada masa sama tetap dapat memiliki buku-buku berkualiti dari BookCafe.

Seperti biasa, ini bukanlah kali pertama BookCafe mengadakan promosi besar-besaran dengan diskaun menarik sebagai usaha pemasaran buku-buku di bawah mereka.

Sebelum ini pun sudah acapkali kedai buku online yang popular ini mengadakan promosi jualan buku online bagi menarik minat ramai pembeli di samping sebagai galakan memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Promosi Buku Resepi Juadah Berbuka , Juadah Sahur dan Kuih Raya ni memang bertepatan sekali dengan kehadiran bulan Ramadhan tidak lama lagi di mana ramai sudah kaum wanita yang mula mencari koleksi buku resepi menu berbuka dan bersahur untuk mempelbagaikan hidangan keluarga.

Resepi kuih -muih tradisional seperti onde-onde,kuih koci dan sebagainya untuk juadah berbuka. Memangggg best !!

 

Untuk peminat masakan Thai seperti tom yam, buku ini memang berbaloi untuk dimiliki

Ok, apa kata kita lihat sedikit senarai buku resepi menarik yang ditawarkan sepanjang Promosi Buku Resepi Juadah Berbuka , Juadah Sahur dan Kuih Raya ini berlangsung.

  1. Buku Senangnya Memasak Puding dan Desert
  2. Buku 50 Hidangan Penambat Selera
  3. Buku 500 Kompilasi Resipi Chef Hanieliza
  4. Buku Resipi Warisan – Lauk Pauk

… dan banyak lagi buku resepi lain yang menarik. Kalau nak disenaraikan semuanya jenuh den ho ho.

Selain daripada Promosi Buku Resepi Juadah Berbuka , Juadah Sahur dan Kuih Raya, peminat novel thriller dan fantasi  karya Ramli Awang Murshid dan penulis-penulis novel genre seram yang lain , anda juga boleh mendapatkan novel kegemaran anda sepanjang promosi ini berlangsung. Walaupun tinggal tak berapa hari saja lagi, anda masih ada peluang. Jom grab cepat-cepat yeah 😀