PETUA BUAT MERINGUE YANG CANTIK

By | July 26, 2013

Salam hormat dan selamat menyambut Hari Nuzul Quran.

Dalam entri lepas, ada saya nyatakan istilah-istilah dalam pembuatan kek, biskut dan pastri. Jika ada yang bertanya apakah meringue tu, bolehlah rujuk entri tersebut ok.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 7 cara atau petua buat meringue yang cantik. Bolehlah cuba-cuba jika memang ada niat untuk membuatnya sempena Aidil Fitri yang akan tiba dalam masa 2 minggu lagi.

Apabila putih telur dipukul bersama gula, udara di dalamnya akan membuatkan telur mengembang yang menyebabkan adunan itu menjadi ringan dan kental. Untuk membuatkannya menjadi lebih cantik , cubalah ikuti petua berikut.

  • Pastikan berat gula 2 kali ganda daripada putih telur iaitu dalam nisbah 2:1
  • Gunakan putih telur yang benar-benar segar sahaja. Elakkan  menggunakan putih telur lebihan biskut, kek dan sebagainya. Putih telur lama atau kurang segar biasanya pudar dan tidak bercahaya.
  • Semasa  memecahkan telur, seboleh-bolehnya pastikan tiada sedikit pun kuning telur yang terlekat bersama putih telur.
  • Jika ada ketulan putih yang kadang-kala ada pada sesetengah telur, pastikan anda singkirkannya terlebih dahulu. Ketulan pada putih telur itu dikhuatiri akan menjejaskan tahap kekembangan adunan.
  • Biarkan putih telur itu kekal pada suhu bilik.
  • Pastikan mangkuk dan alat pemukul bebas lembapan, kering dan dalam keadaan sejuk. Dalam hal ni, mangkuk tembaga amat sesuai digunakan kerana tembaga menghasilkan sedikit asid apabila bercampur putih telur. Kebanyakan tukang masak di Eropah menggunakan teknik ini untuk menghasilkan meringue yang cantik.
  • Campurkan sedikit krim tartar atau setitik dua air limau nipis. Meringue yang anda buat akan jadi lebih cantik.

3 Jenis Meringue yang patut anda ketahui:

French Meringue

Sumber: Google Images

  1. Paling banyak digunakan dalam campuran kek dan puding.
  2. Hanya putih telur dan gula halus digunakan untuk membuatnya.
  3. Tidak tahan lama, seelok-eloknya digunakan dalam tempoh 10 minit selepas dipukul. Jika tidak putih telur akan terasing daripada gula dan berair di bahagian bawah bancuhan.

Italian Meringue

  1. Meringue jenis ini adalah lebih baik.
  2. Kaedah membuatnya hampir sama dengan French Meringue cuma gulanya dimasak dahulu bersama sedikit air agar kepanasannya mencapai 120 darjah Celcius mengikut pengukur suhu atau thermometer gula.
  3. Meringue jenis ini lebih padat, berkilat dan mudah dibentuk. Jika dipaipkan di atas biskut, ia akan bertahan beberapa jam.

 

Teknik Buat Biskut Raya Yang Sedap  & Resepi Kuih Tradisional

 

Swiss Meringue

  1. Meringue jenis campuran kedua-dua meringue di atas.
  2. Digunakan dalam resepi krim mentega atau sebagai melapis kek.
  3. Boleh dipaipkan dalam bentuk kerang atau cendawan dan dibakar seperti biskut.
  4. Kebanyakan kek menggunakan meringue jenis ini sebagai hiasan.

Sumber : Majalah Jelita

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

11 thoughts on “PETUA BUAT MERINGUE YANG CANTIK

  1. ajumohit

    pernah tgk dlm masterchef, klu dibuat dgn betul bila terbalikkan mangkuk tu, meringue tu takkan jatuh 😉

    Reply
  2. secret

    saya nak tanya, hari tu saya ade competition dkt U, time tu saya buat cream brulee, first tu mmg kena pkul telur sehingga jd meringue tpi dia tak kembang ataupun jd bantat mcm tu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me