Tudung kanak-kanak
KENALI BAHAN ASAS MEMBUAT PAU – Kongsi Macam2 Cerita

KENALI BAHAN ASAS MEMBUAT PAU

Salam Ahad

Cerita tentang pau masih tak habis-habis lagi. Biasalah .. Cik Kiah kalau tak mengomel panjang bukan le Cik Kiahย  namanya tu ย ๐Ÿ˜›

Kali ini bukan tentang resepi pau tapi nak mengajak semua rakan pembaca agar kenali bahan asas membuat pau. Tak kira lah pau tradisional seperti pau kaya atau pau kacang tetapi juga pau versi moden seperti pau tiramisu, pau ayam teriyaki atau lain-lainnya. Kedua-dua versi atau jenis pau ini tetap menggunakan bahan asas yang sama.

Kenali Bahan Asas Membuat Pau

5 bahan asas membuat pau ialah tepung gandum, tepung Tang Mien,tepung Hong Kong, ragi segera dan serbuk penaik.

1.Tepung Gandum

Tepung ni semua orang tahu dan kenal. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi emak saya selalu menggunakan tepung gandum untuk membuat jemput pisang, jemput bawang ,jemput bilis dan sebagainya. Tepung gandum yang terkenal di tempat saya ni adalah tepung gandum cap sauh. Pada masa kini sudah ada banyak keluaran tepung gandum dari syarikat berbeza, jadi just pilih saja mana yang berkenan.

Tepung jenis ini mengandung kadar protein yang rendah, tentu saja dihasilkan daripada bijirin gandum. Tepung jenis ini biasanya telah melalui proses pemutihan atau disebut juga sebagai bleaching sehinggalah kandungan glutennya terurai.

Dalam proses membuat pau, tepung ini sesuai sekali digunakan untuk membuat pau kerana sifatnya yang ringan dan empuk

2. Tepung Tang Mien

Sejujurnya saya sendiri belum pernah menggunakan tepungย  Tang mien ini ๐Ÿ˜€ , tapi sekadar mengenal melalui pembacaan sahaja. Tepung ini dihasilkan daripada pati gandum dengan teksturnya yang lebih halus daripada tepung gandum. Warnanya juga lebih putih.

Dalam pembuatan pau, tepung ini selalu dicampur bersama dengan tepung gandum. Hasilnya pau menjadi lebih kembang, gebu dan lembut.

Selain untuk membuat pau, tepung ini juga digunakan untuk kuih-muih lain seperti membuat kulit dim sum.

Di mana tepung ini boleh dibeli ? Jangan bimbang, anda boleh dapatkannya di pasar raya-pasar raya besar atau untuk lebih mudah pergi sahaja ke kedai bahan membuat kek,roti dan kuih-muih. Insyaallah ada dijual di sana.

3. Tepung Hong Kong

Walau pun namanya tepung Hong Kong, anda tak perlu ke Hong Kong untuk membelinya kerana kat Malaysia pun bersepah hehehe ..

Tepung ini juga merupakan salah satu variasi tepung yang dihasilkan daripada biji gandum yang telah dikupas sehinggakan warnanya menjadi putih bersih menandingi tepung gandum itu sendiri. Ia juga sering dicampur bersama tepung gandum pada nisbah tertentu untuk menghasilkan doh yang berwarna putih terang.

4. Ragi Segera

Ragi segera atau dikenali juga sebagai yis adalah merupakan bahan pengembang yang utama dan penting dalam pembuatan mana-mana jenis pau, roti, bun , pizza dan donut. Saya percaya ramai kaum wanita lebih mahir tentang bahan ini.

Ragi segera atau yis ini wujud dalam bentuk butiran halus. Ia sering dicampur bersama tepung gandum semasa proses membentuk adunan atau doh. Bahan ini selalunya ditambah bersama serbuk penaik untuk mewujudkan proses pengembangan adunan.

5. Serbuk Penaik

Ia diperbuat daripada campuran soda kuih dan cream of tartar dengan fungsi yang sama seperti ragi iaitu untuk memberikan kekembangan kepada adunan.

Ok, demikian sedikit maklumat yang boleh dikongsi berkaitan bahan asas membuat pau. Untuk pemahaman lanjut, atau sebarang pertanyaan lebih terperinci ย ada baiknya anda rujuk sendiri di laman blog membuat pau yang ditulis oleh Chef Hairul. Beliau adalah chef yang juga telah berjaya menunjuk ajarย  para suri rumah dan peniaga untuk menghasilkan putu buluh dan puding taufufah yang enak dan laris di pasaran.

Saya sekadar berkongsi maklumat yang diperoleh daripada pembacaan. Semoga apa yang dikongsikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pau yang gebu, lembut dan enak. Selamat mencuba ok.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

12 Comments on "KENALI BAHAN ASAS MEMBUAT PAU"

  1. satu je yang biasa dengar dan tengok
    tepung gandum
    haha

  2. owhh tepung tang mien tu belum pernah tau lagi kak, byk jenis rupanya ye

  3. 2-3 tu mmg baru dengar hari ni..hehe

  4. puteri pun lom pernah lagi guna tepung tang mien tu ๐Ÿ™‚

  5. guna banyak tepung juga nak buat pau nih yerk… baru tahu…

  6. makan pau je tahu sblm ni…

  7. makan panas tu saya suka

  8. hai sis nk tnya skit..
    tpg PEN O dgn tpg TANG MIEN sma ka????

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me