JOM BUAT SENDIRI TAU FU FAH

Salam,

Semalam ( Sabtu ) saya seperti biasa akan ke pasar pagi mingguan yang terletak lebih kurang 3 kilometer dari rumah. Ini memang rutin mingguan jika tidak ada kelas, mesyuarat , kursus dan sebagainya.

Selepas membeli serba sedikit bahan mentah untuk memasak, saya bergerak ke gerai menjual tudung dan blouse wanita. Heheh.. biasalah sambil menyelam sambil minum air šŸ˜› Ā Pasar hari Sabtu di Balai BaruĀ ni memang antara pasar pagi yang terbesar di negeri Perlis ni, so bukan sekadar sayur, ikan, daging saja yang dijual malah aneka fesyen pakaian punĀ turut dijual.

Kala inilah saya ternampak kelibat seorang bekas anak murid sedang sibuk di gerainya. Ramai betul menunggu giliran untuk membeli douhua.

Douhua atau disebut juga doufuhua dan di sesetengah tempat dipanggil sebagaiĀ  tow huay atau tau hua dijual di tempat saya pada harga RM1.50 sebekas tidak kira sama ada menggunakan gula melaka atau gula pasir. Harga yang sangat murah sebab kebanyakan penjaja pasar malam di sini biasanya menjualnya pada harga RM2.00.

Kalian pernah tak makan douhua ni ? Douhua memang favourite kami sekeluarga. Tak sah kalau tak membelinya.Ā Orang kata makan douhua ni boleh dapat kulit putih melepak huhuhu. Bukan ke bahan utamanya adalah ekstrak soya..soya kan berkhasiat untuk kulit.

Apa ???Ā  Tak pernah tengok dan tak pernah makan douhua ?..

Eheh sori, sori , lupa pula nak introduce. Douhua adalah tau fu fah …. puding tofu. Ohhh, cakap le awal-awal Cik Kiah oiii. Ingat apa tadi…

Ok, kepada peminat tau fu fah, apa kata jom buat sendiri tau fu fah. Kalau dah hari-hari beli , kopak juga dibuatnya. Nak-nak pula anak beranak ramai. Kalau buat sendiri lebih berbaloi dan selamat rasanya apatah lagi kos untuk membuatnya pun tak setinggi mana. Murah je. Boleh makan tiap-tiap hari sampai jemu dan muntah šŸ˜€

Hanya 4 bahan asas yang diperlukan iaitu air, kacang soya, tepung jagung dan serbuk sekko GDL. Kalian boleh cuba dapatkan benda-benda ni kat kedai menjual bahan membuat kuih-muih dan kek. Tapi yang air tu tak usah beli, ambil kat rumah sendiri jer. Apalah korang !?

Saya pernah cuba membuat tau fu fah ni sendiri tapi hasilnya kurang memuaskan. Terlebih lembik @ tak mahu membeku. Lepas tu terus give up, tak pernah buat dah.Ā Begitu lah jadinya bila ambil resepi yang dengar dari mulut ke mulut sahaja. Tak belajarĀ  cara-cara membuat tau fu fah dari mana-mana kelas atau guru masakan.

Bagi yang berminat nak try buat sendiri boleh ‘google ‘ aje resepinya. Bercambah kat internet kan. Tapi jika kalian hendak membuatnya dengan teknik yang betul dan mendapatkan hasil yang excellent, apatah lagi jika mahu menjadikan tau fu fah sebagai sumber pendapatan sampingan,Ā saya cadangkan kalian dapatkan ilmu membuatnya di sini.

Insyaallah di resepitaufufah.com kalian akan dapat tips lengkap yang betul, langkah demi langkah untuk membuat tau fu fah yang super enak. Bukan janji manismu, tapi ini memang pasti.

Bagi yang tidak pandai memasak seperti saya ni pun, insyallah akan dapat menghasilkannya dengan baik. Sebabnya panduan di resepitaufufah.com adalah ditulis dari pengalamanĀ Ā seorang bekas chef yang pernah berkhidmat di beberapa buah hotel terkenal. Beliau juga expert bahagian membuat tau fu fah dan pernah berniaga tau fu fah di pasar malam. Tak syak lagi, ini tempat paling sesuai untuk dirujuk. Kalau yang menulis tu pakar ternak lembu, tentu la boleh dipertikaikan ye dak..

See apa sebabnya kalian perlu dapatkan panduan ini.

Jika ada yang beranggapan saya temberang saja, cuba lihat salah satuĀ testimoni dari pelanggan resepitaufufah.com ini sendiri

Padat dengan Video-2 ‘HANDS ON’ satu persatu…

cikgu murniSaya adalah peminat Taufufah. Taufufah yang tidak sedap selalunya terlalu keras, pahit atau pun struktur tauhu yang dihasilkan tidak halus. Video Ebook ini padat dengan video – video yang di paparkan terus kepada ‘ HANDS ON ‘ satu persatu bagaimana membuat Taufufah yang sedap serta sukatan bahan yang diperlukan.

Sangat sesuai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan taufufah atau menjamu rakan – rakan di rumah. Yang bestnya saya tidak sangka Taufufah boleh dijamukan pelbagai cara yang boleh menarik lebih ramai pelanggan

Murniwati Anwar @ Cikgu Murnie
www.jutawansampah.com

Beberapa sebab mengapa panduan ini akan memberi keuntungan kepada anda :

1. Pakej lengkap Rahsia Taufufah merupakan tutorial lengkap mengajar anda membuat aneka taufufah dan air soya yang berkualiti, putih, licin dan berkilat. Anda juga turut didedah penggunaan mesin air soya, pengiraan kos dan strategi bisnes pasar malam. Starter kit juga disediakan.

2. Dalam video ebook ini anda akan pelajari membuat pelbagai jenis Taufufah Cendol, Taufufah Krim Karamel, Taufufah Jagung Koktel, Taufufah Kek Karamel, Taufufah Jelly Strawbery, Taufufah Air TebuĀ  dan banyak lagi.

3. Starter kit yang dibekalkan ialah GDL. Bahan-bahan lain seperti tepung jagung dan kacang soya boleh dibeli dengan mudah di pasaraya.Ā Anda juga akan ditunjukkan cara untukĀ  mendapatkan GDL di tempat anda jika kehabisan. JIka tidak dapat juga, boleh order dariĀ adminĀ rahsiataufufah.comĀ seumur hidup anda.

4. Bonus tambahan , dengan ebook ini anda akan mempelajari cara membuat coconut shake yang sangat digemari ramai. Huiih best ni tau… Ā Panduan bergambar step by step ini sangat membantu anda membuat coconut shake yang lazat.

5. Dengan ebook ini anda dapat menghasilkan pelbagai hidangan pencuci mulut yang lazat dan enak. Anda akan memiliki berpuluh puluh resepi membuat puding, dessert, chocolate dan cake decoration. Ini juga boleh memberi idea kepada anda untuk mempelbagaikan taufufah anda agar lebih hebat dan menarik.

Fuhhh, berjela mak oii… takut nanti ada yang baca sekerat jalan je ni.

Ramadhan akan tiba tak lama lagi ( dah habis ganti puasa ke belum ..? ). Mungkin ada yang merancang untuk berniaga. Jika tak mahu sesuatu yang remeh, leceh dan memenatkan, mungkin kalian boleh cuba pertimbangkan untuk Ā berniaga taufufah. Idea yang bagus kan. Mana tahu, rezeki kalian di situ.

Selamat mencuba.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada šŸ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye šŸ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 comments

  1. isteri biasa beli ni
    tapi saya sendir tak pernah pula mencubanya
    hehe

    nampak gaya lepas ni kena la cuba makan
    mana tahu sesuai dengan selera

  2. Salam ukhwah utk Puan.

    Saya memang suka makan & minum segala yg berasaskn kacang soya. ie kacang soya goreng, tempe, segala mcm jenis tow kua (yong tau fu) termasuklah air tofu & tau fu fah. mohon halalkan ilmu yg dipinjamkn utk buat tau foo fah.
    Sebagai balasan saya berikn petua utk simpan halia, lengkuas, serai, bunga kantan, daun kesum, daun limau purut, daun kari & daun kunyit supaya blh tahan lama ( sangat lama – setahun)!!!
    Bersihkn semua bahan2 tadi & hiris nipis. simpan dlm plastik berasingan & simpanlah d tmpt sejukbeku peti sejuk. In sya allah… ….

    Trima kasih & wasallam

    1. Apa yg tertulis di sini adalah untuk perkongsian dan saya berasa amat gembira jika ia berguna untuk semua. Wah, petua yang sangat menarik. Tentu ini banyak membantu terutama bagi mereka yang mungkin merantau jauh . Terima kasih sudi baca dan berkongsi šŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me