IKAN HARUAN KUKUS HALIA

By | December 12, 2012

Selamat sejahtera buat semua,

Entri kali ni tak ada kaitan langsung dengan blogging atau topik yang seangkatan dengannya.

Setelah ditimbang tolak, difikir-fikir dan direnung-renung, maka tuan tanah a.k.a yang empunya blog ni , tak lain dan tak bukan… siape lagi kalau bukan saya sendiri he he he, bermula hari ni  telah diputuskan bahawa akan dimasukkan juga entri makan2 ke dalam blog ni . Dalam bahasa paling senang, entri resepi.

Ok, rasionalnya kerana…

  • owner blog ni seorang perempuan dengan statusnya cik puan, makanya tak dapat laa nak dipisahkan dengan cerita masak2, walaupun hakikat sebenarnya sangat la tak pandai masak   & sesuai untuk join GTPM yg diwujudkan kat FB tu… rite ?
  • bukan meniru blog sesiapa pun ye dan tak ada kaitan dengan mana2 chef atau restoran sama ada yang terkenal atau yang langsung tak dikenali… ahaksss 😀  Just nak berkongsi banyak perkara dengan semua orang, sesuai dengan title blog ni, Kongsi Macam2 Cerita.
  • sekadar menambah ‘ perisa & rempah ratus ‘ sebagai nilai tambah kepada blog ni.
  • ai punya blog, so ikut suke ati ai la nak masukkan apa pun hehe ( aisehh, terkasar semacam ni…. gurau2 je ye).

Ok lah, resepi2 yang akan dimasukkan kat dalam blog ni merupakan resepi2 yang sudah lama dikumpulkan. Ada yang sudah saya cuba, ada yang belum. Ada yang gambarnya di snap sendiri selepas siap hidangan, ada juga yang diambil daripada sumber asalnya iaitu buku resepi. Harap maklum semua ye. Ok, jom cuba resepi pertama.

HARUAN KUKUS HALIA

BAHAN2

1 ekor ikan haruan – saiz sedang ( disiang & dibersihkan )

3 ulas bawang putih – *

3 ulas bawang merah – *

10 gm halia – dimayang halus

10 gm lada hitam – *

3 – 5 biji cili api ( dibelah dua )

2 / 3 helai daun limau purut

3 biji asam boi

1 sudu besar sos tiram

Garam secukup rasa

CARA2

1. Tumbuk bahan bertanda * sehingga agak lumat

2. Perap ikan bersama sos tiram, bahan ditumbuk, bahan perasa dan juga asam boi.

3. Masukkan ke dalam pengukus. Tabur hirisan halia, cili dan daun limau purut ke atasnya.

4. Kukus dalam anggaran 20 minit ( hingga masak laa..)

5. Tadaaa…. boleh dihidangkan. Selamat mencuba

  ** Resepi ikan haruan kukus ni sesuai untuk ibu dalam pantang , mereka yg menjalani pembedahan.

  ** Ikan haruan dipercayai berkesan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One thought on “IKAN HARUAN KUKUS HALIA

  1. Pingback: PETUA MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN LUKA BERSALIN - Kongsi Macam2 Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me