Cara Mudah Masak Resepi Daging Masak Hitam Yang Sedap

By | May 5, 2017

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Cara Mudah Masak Resepi Daging Masak Hitam Yang Sedap

Cara mudah masak resepi daging masak hitam yang sedap dan membuka selera ini mungkin berbeza mengikut tempat tinggal masing-masing serta budaya sesebuah tempat

Setiap orang ada cara tersendiri memasak resepi daging masak hitam, malah bahan atau ramuan yang digunakan juga mungkin berbeza-beza. Di internet sendiri pun, jika dicari anda mungkin temui versi yang berbeza tentang resepi daging masak yang hitam.

Tak kira apa sekalipun rupa serta cara penyediaannya, jika rasanya enak pasti tetap akan memikat selera keluarga.  Apa lagi jika dimasak dengan penuh kasih sayang… cewahhhh giteww ye 😀

Entri kali ini saya nak kongsikan cara mudah masak resepi daging masak hitam yang sedap mengikut cara dan citarasa saya sendiri. Resepi daging masak hitam versi saya ini amat disukai oleh anak-anak dan saya sendiri. Dapat juga dihadam tekak Mr Hubby walaupun dia sendiri sebenarnya akhir-akhir ini kurang menggemari daging merah.

Daging diperap terlebih dahulu dengan kicap lemak manis Cap Kipas Udang

Bahan kisar serta rempah kari dan pes cili yang ditumis sehingga pecah minyak

Dah pecah minyak, masukkan daging perap ….

Resepi Daging Masak Hitam

Masak atau reneh daging atas api sederhana sehingga hampir kering …p/s: yang ini belum betul-betul masak lagi yer Puan-puan … sebab tu tak nampak lagi kehitamannya 🙂

Belanja gambor dulu sebelum mula memasak boleh … ?! 😀

Diringkaskan cerita, inilah bahan serta Cara Mudah Masak Resepi Daging Masak Hitam yang Sedap. Cubalah sekali , In Sha Allah saya pasti ramai yang akan menyukainya.

Resepi Daging Masak Hitam Yang Sedap

Bahan –bahan

  • 1 kilogram daging lembu, dipotong , dibersihkan dan ditos seperti kebiasaannya
  • 1 cawan kicap lemak manis Kicap Cap Kipas Udang – brand JALEN atau lainnya pun boleh
  • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa – Boleh juga gunakan pes asam jawa ADABI
  • 1 cm halia – dimayang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sedikit kulit kayu manis
  • Sedikit buah pelaga
  • 1 setengah sudu makan pes cili giling / cili boh
  • 1 setengah sudu makan serbuk rempah kari daging
  • Minyak untuk menumis

 

Bahan ditumbuk / dikisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis

Cara Mudah Masak Resepi Daging Masak Hitam Sedap

  1. Perap daging bersama kicap untuk tempoh 1-2 jam
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik baunya
  3. Tumis bahan tumbuk bersama halia yang dimayang sehingga kekuningan
  4. Masukkan cili boh, rempah kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak
  5. Masukkan daging perap dan air perapannya bersama.
  6. Setelah mendidih, masukkan air perahan asam jawa.
  7. Renehkan di atas api sederhana sehingga daging masak hitam hampir kering serta menjadi lembut.Jika masih kelihatan liat, tambahkan air dan reneh lagi sehingga benar-benar empuk

Done !! : )

** Saya tidak masukkan walau sedikit pun gula, garam atau serbuk perasa lain kerana kicap lemak manis Cap Kipas Udang sudah memberikan rasa masin dan manis selengkapnya.

Boleh cuba cara mudah masak resepi daging  masak hitam yang sedap ni  sebagai menu berbuka atau bersahur Ramadhan 2017 nanti. Walaupun pic nya tak nampak macam sedap pun,  In Sha Allah … setelah dicuba nanti, anda pasti tak menyesal. Heheh ,melampau betul statement ye dak ..

Ok, jika anda suka entri cara mudah masak resepi daging masak hitam yang sedap ini, sudi-sudilah kongsikan yer..

 

 

 

 

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me