CARA-CARA DAN TIPS MEMBUAT DOH PIZZA

By | July 13, 2014

Salam Ramadhan ,

Sudah masuk hari ke-15  kita berpuasa hari ini . Saya percaya ramai  suri rumah yang sudah mulai sibuk membuat persiapan bagi menyambut hari lebaran nanti. Membeli baju raya anak-anak pastinya menjadi keutamaan setiap daripada kita selain daripada perkara-perkara lain seperti langsir baru, perabut baru serta hiasan rumah dan tidak lupa juga biskut raya.

Menyebut tentang biskut raya, saya pernah menulis berkaitan panduan membuat biskut raya yang gebu dan sedap pada entri sebelum ini. Jika anda sedang  mencari panduan atau tips buat biskut raya, bolehlah baca entri tersebut sekejap lagi ye 🙂

Panduan Buat Tart

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara-cara dan tips membuat doh pizza. Sebenarnya ilmu yang ingin dikongsi kali ini saya peroleh dari bahan bacaan. Kebetulan terjumpa artikel ringkas berkaitan cara-cara dan tips membuat doh pizza semasa sibuk-sibuk mengemas rumah yang dah bagaikan tongkang pecah dek kerana tuannya kalut dengan kelas tambahan sempena UPSR yang semakin hampir ni… 😀

Ok, terus saja kepada bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahan Doh Pizza

  • 250 gram tepung berprotein tinggi
  • 100 gram tepung gandum
  • 8 gram yis
  • ½ sudu teh garam halus
  • ½ sudu teh bread improver
  • 50 ml minyak masak
  • 140 ml air

Langkah Demi Langkah Membuat Doh Pizza

  1. Campurkan semua jenis tepung ke dalam sebuah bekas
  2. Masukkan yis dan gaul rata
  3. Masukkan garam ke dalam campuran tepung dan yis tadi
  4. Masukkan air sekit demi sedikit dan gaul adunan menjadi sebati menggunakan hujung jari
  5. Masukkan minyak dan gaul lagi sehingga menjadi doh
  6. Rehatkan doh di dalam bekas yang dilitupi kain lembap atau plastik selama 30 minit
  7. Keluarkan doh dan canai mengikut ketebalan yang diingini
  8. Cucuk keliling doh dan bahagian tengah doh dengan menggunakan hujung garpu
  9. Letakkan di atas dulang pembakar
  10. Bakar doh separuh masak selama 10 minit pada suhu 150 darjah Celcius

 

Tips Penting Membuat Doh Pizza

  • Pastikan semua tepung dicampurkan rata dan digaul dengan yis sebelum mencampurkan garam.Ini kerana,yis yang terkena garam secara langsung akan mematikan yis tadi. Hasilnya,roti tidak akan naik.
  • Gaul adunan dengan  menggunakan hujung jari terlebih dahulu bagi memastikan agar adunan lebih ringan.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlembik.
  • Uli doh selama 30 minit sebelum doh direhatkan
  • Canai doh mengikut ketebalan yang disukai. Jika sukakan roti pizza yang lebih nipis, canai sehingga doh menjadi nipis dan begitulah sebaliknya.
  • Tujuan mencucuk garpu di sekeliling doh yang telah dicanai adalah untuk menjadikan roti keliling roti pizza lebih rangup dan kembung seperti yang dibeli di kedai pizza
  • Roti perlu dibakar separuh masak kerana ia akan dibakar sekali lagi dengan inti di atasnya
  • Roti yang dibakar separuh masak juga boleh disimpan di dalam peti sejuk beku dan dikeluarkan sekiranya mahu dimakan

Sebenarnya terdapat lebih banyak lagi tip berguna yang boleh dijadikan panduan semasa anda menyediakan doh pizza sehinggalah menjadi sebiji pizza yang enak dan digemari anak-anak. Saya sekadar berkongsi  info  yang diperoleh daripada pembacaan.  Untuk mendapatkan tips ekstra atau kefahaman yang lebih jelas, anda bolehlah layari laman ini.

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

20 thoughts on “CARA-CARA DAN TIPS MEMBUAT DOH PIZZA

  1. Mohd Shubhi

    Dah lama tak pernah buat kuih raya sendiri di rumah. Seingat saya sejak kahwin belasan tahun dulu sampai sekarang semuanya beli saja…alahai!

    Reply
  2. TehR

    selamanya aku tahu makan je
    bab uli-menguli dan masak memasak ni memang tak reti
    huhu

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Kena cubalah cikgu … ramai chef hebat zaman sekarang ni terdiri daripada kaum lelaki

      Reply
  3. Anuar

    Terima kasih di atas tips yang diberikan.. Tapi sayangnya tak rajin nak buat Pizza.. Tapi rajin membeli sahaja… huhuhu

    Reply
  4. mai has

    dulu ingat lagi campur adunan dengan air panas.tersilap.haha…tak naik langsung doh tu!huhu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me