CARA BUAT SENDIRI TEMPE

By | September 24, 2014

Mungkin cara buat sendiri tempe yang dikongsikan di sini tidak sama dengan kaedah menghasilkan tempe secara komersial. Namun tidak salah untuk mencuba buat sendiri  tempe terutama jika kebanyakan ahli keluarga kita memang ‘hantu’ tempe. Kata orang, berbaloi ! At least dapat berjimat di samping dapat juga memastikan kebersihan serta halal haramnya. Emm bukankah ada pepatah yang mengatakan bahawa ‘hati ditempa daripada makanan ‘ …

Boleh dikatakan kerap juga saya membeli tempe di pasar terutama di Pasar Balai Baru sehinggakan pakcik tua yang menjualnya menyangkakan saya orang Jawa dari Johor. Heheh boleh pula macam tu ye ..

tempe

Tempe … Goreng dengan bilis pun sodappp 🙂

Ok, terus sahaja kepada bahan-bahan dan cara buat sendiri tempe.

Bahan-bahan

  • 300 gm kacang soya
  • 1 sudu makan serbuk ragi
  • 1 sudu teh tepung beras

Cara- cara membuat tempe

  1. Rendam kacang soya selama dua malam dalam mangkuk berisi air dengan sukatan yang sesuai.
  2. Bersihkan dengan membilasnya beberapa kali sebelum ditoskan.
  3. Masukkan ke dalam mesin pengisar . Kisar sekadar untuk memecahkan  kacang, bukan  melumatkannya .  Bersihkan dan tapis.
  4. Rebus kacang sehingga setengah empuk.
  5.  Tos dan biarkan sehingga kacang sejuk.
  6. Taburkan serbuk ragi dan tepung beras di atas kacang dan ratakan keseluruhannya.
  7. Masukkan dalam bekas plastik yang berlubang dan seal dengan kemas.
  8. Mampatkan kacang menggunakan kayu atau alatan pemampat lain yang difikirkan sesuai .
  9. Simpan selama 36 jam atau sehari setengah dalam bekas  sebelum boleh digunakan untuk  memasak.

Nah, siap tempenya  😀

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

19 thoughts on “CARA BUAT SENDIRI TEMPE

  1. Hero Borneo

    baca tajuk mula-mula macam cara buat template..rupa-rupanya buat tempe..apa-apapun tempe memang kegemaran saya tu..rupa-rupanya tak susah juga nak buat..kalau setakat baca lah..

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Hehe.. kalau memang tahu buat template, saya tak tulis entri dah. Kerja ambil upah create template je la 😀

      Reply
  2. Hairul Azni

    Senang je nampak buat tempe ni cuma ia mengambil masa sikit..apa yang saya nampak, makan masa 5 hari jugak sebelum ia siap menjadi tempe..

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Lidah orang Kelantan sudah terbiasa dengan budu, memang susah tempe nak menapak di sana .. tapi kalau teringin nak makan, inilah masanya cikgu. Cuba buat sendiri ..

      Reply
  3. Pejal

    Teringin sangat nak buat sendiri. Ingat nak berniaga tempe lah. Buleh cuba nih. Tq sisHaz

    Reply
  4. amsyar

    untuk 2kg kacang soya.. agak2 brape sudu ragi tempe??

    Reply
  5. tempebeseri

    teringin nak buat tempe sendiri?tapi payah nak cari ragi tempe?
    kami menjual ragi tempe RAPRIMA ragi yang banyak di gunakan oleh pembuat tempe di malaysia ataupun indonesia.
    1 bks = 500 gram boleh untuk membuat tempe kacang soya 100 kg..
    berminat boleh whatsapp 0124345101..hanya RM 25 termasuk kos penghantaran

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me