Burger

By | February 20, 2015

Happy CNY buat semua penganut Buddha yang meraikan perayaan ini.

Masih dalam mood cuti , jadi aktiviti masak-memasak agak meriah sikit hari ni. Ada sedikit rendang paru dan sambal tumis telur masin hidangan tengah hari yang masih berbaki dan boleh dijadikan  untuk hidangan malam nanti..

Tup,tup putera-putera  remaja tu sibuk pula nak makan burger. Malas nak keluar dah lewat-lewat petang macam ni. Nasib baik masih ada stok daging burger dan roti burger yang tersimpan.

Kata Hafiy dan si abang, tak puas hati makan burger yang dibeli semasa keluar jalan-jalan dan window shopping kat Jitra minggu lepas.

 ” Burger apa macam tu… dah lah kosong, harap sos jer lebih. Mahal pula tu .. ” kata si abang.

Wah siap merungut-rungut lagi kamu wahai anak-anak bertuah. Patutnya kamu bersyukur, ada rezeki untuk makan burger ..

Tapi sekali renung, apa yang diperkatakan kedua-duanya tu betul juga. Lihat saja gambarnya  yang sempat saya snap sebelum masuk ke tekak anak-anak.

 photo 1b485c08-88d6-4034-828e-4138904c886e_zps845d02b8.jpg

 photo fbac9004-dc41-41cf-b7d6-922135c1020d_zpsfe047080.jpg

Ok …. kasi close up sikit

Roti, telur  dan 2 hirisan halus  lobak merah  manakala selebihnya adalah campuran sos semata-mata.Tiada bawang, timun, salad atau sayuran lain yang  lazimnya  digunakan sebagai ramuan sebiji burger. Harga yang perlu dibayar bagi sebiji ‘plain burger’ malam itu pula mencecah RM 3.00. Mungkin harga sedemikian normal saja bagi kalian yang tinggal di bandar besar, tapi bagi saya yang tinggal di negeri kecil sebegini, RM 3.00 untuk ‘plain burger’ adalah ternyata mahal.

Mahal kerana jika dengan harga  RM 3.00 di beberapa gerai lain yang  menjadi port biasa kami anak beranak membeli, burgernya lebih ‘ mewah’. Kaya dengan salad, timun, tomato, bawang atau hirisan kobis. Terkadang siap dengan kacang panggang atau fun fries lagi.

Paling penting rasanya sedap dan memuaskan hati. Kalau rasanya sedap, usahkan RM 3.00, RM 5.00 pun tak terasa rugi membayarnya.

Ha’ah kalau dah tahu ada port burger yang murah dan sedap, mengapa pi beli kat tempat lain cik akak oii ?! Beli je la kat port yang biasa awak beli tu …

Ok, betul tu ..

Tapi …

Semasa kejadian tu, saya di Jitra. Jam 7 petang singgah makan di deretan medan selera tepi sungai. Confirm kat rumah nanti, kedua-dua beradik ni akan mengadu lapar lagi. So, burger dibeli sebagai bekalan. Dah faham benar pe’el kedua-duanya. Kalau nak tunggu tiba di Kangar , then beli di gerai yang biasa dikunjungi, confirm pukul 10 malam atau lebih , baru tiba di rumah. Ohhh, tak sanggup saya !

Berbalik cerita tentang hajat Hafiy dan si abang nak beli burger di gerai berdekatan untuk dibawa balik sementara menunggu order siap, saya iya kan saja. Kalau tak diturut, muncung bagai ikan todak mungkin akan berpanjangan sampai ke rumah. Jadi beli sajalah …

Walaupun …

… dalam hati saya berkata-kata, nampak macam tak menarik pun gerainya. Confirm tak sedap nanti.

Haha, kata orang don’t judge a book by its cover ….. Tapi maaflah , ternyata telahan saya itu benar.

Bukan menilai sebarangan tapi keadaan lampu gerai yang malap, tidak menarik perhatian  dan tiada kelihatan pembeli lain bagai sudah memberi petunjuk tentang rasanya. Bagaimana mahu menarik pelanggan dan bersaing dengan gerai burger lain yang bersepah di sekitarnya, jika demikian keadaannya ?

Ok, sampai di sini kisah burger tak sedap.  Mungkin ada yang tertanya mengapa saya katakan tak sanggup untuk tunggu dan beli di port biasa tempat kami sekeluarga membeli burger sebelumnya.

Ada sebab tersendiri, mengapa saya tak sanggup ..

Sambungan kisahnya insyaallah dalam entri akan datang … Jangan marah ok heheheh 😀

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 thoughts on “Burger

  1. Hafizul

    Huhu..tengok harga la..burger pun sekarang dah mahal..ada tempat tu..dah la mahal..tapi tak sedap..bahan pula sikit je dia masukkan..tapi satu jer nikmat burger ni..makan tengah-tengah malam..haha

    Reply
  2. TehR

    anak gadis saya suka makan burger
    ada satu gerai di wakaf bharu menjadi kegemarannya
    double burger ayam+daging dan double cheese 😀

    Reply
  3. Hairul Hissam

    meleleh air liur tengok…
    kalau mahal sikit tapi berbaloi, tak mengapalah dari yg murah tapi segalanya kurang.. kan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me