ASAL USUL DAN KHASIAT TAUFUFAH

By | May 24, 2013

Salam,

Walau dah agak lewat malam, nak juga ambil kesempatan untuk update blog sikit. 2 hari tak bersiaran sebab sibuk menyediakan plan kritikal dan headcount mata pelajaran. Celah-celah tu juga tiba-tiba angin tak ada, ribut tak ada.. dikhabarkan mahu buat program sarana bersama ibu bapa pula. Haiyoo tiba-tiba je suhu terus mencecah 100 ‘ C.. Bukan apa , sakit perut baru sibuk nak gali lubang. Ohhh .. ;|

Tarik nafas, tarik nafas dalam-dalam … Fuhhh.

Pada entri lepas, sibuk konon-kononnya mempromosikan panduan terhangat dari pakar douhua sampai terlupa nak ceritakan perihal asal-usul dan khasiat taufufah. So, selagi mata belum layu, marilah sama-sama kita ambil tahu sikit sejarah douhua atau nama glamournya taufufah. Jangan reti makan je Cik Kiah 😉

Asal-usul taufufah

  • Berasal dari negara China
  • Mula dihasilkan pada zaman Dinasti Wang Barat, kemudian diubahsuai ikut citarasa Malaysia
  • Di China di makan tawar bersama kicap, lada, minyak cili, kekacang atau nasi. Bayangkan anda pergi beli taufufah kat pasar malam kemudian balik makan bersama nasi… heheh. Mesti orang rumah atau mak fikir dah buang tabiat ke apa ni
  • Diperbuat daripada susu soya tawar

Khasiat taufufah

  • Kaya dengan asid lemak asas, protein, vitamin dan mineral yang memberi tenaga kepada badan
  • Mampu memperbaiki profil lipid kerana ia mengandungi lemak tidak tepu serta bebas kolesterol
  • Menguatkan saluran darah disebabkan wujudnya asid lemak omega-3 dan omega-6 yang melindungi darah daripada kelesian dan pendarahan
  • Membantu mengurangkan berat badan @ menurunkan berat badan dengan syarat diminum dengan kurang atau sebaik-baiknya tanpa pemanis ( sirap )
  • Juga mengandungi fitoestrogen iaitu hormon tumbuh-tumbuhan yang unik untuk mengurangkan risiko kanser prostat dalam kalangan lelaki berusia
  • Pada peringkat menopaus, hormon tumbuhan ini dapat mengurangkan gejala menopaus, risiko serangan jantung, diabetes dan obesiti
  • Mampu meningkatkan penyerapan kalsium yang boleh mencegah kehilangan jisim tulang yang menjadi punca osteoporosis

Ok, bagaimana sekarang ? Best kan khasiat taufufah ni. Jika sesekali terasa nak makan, beli aje kat pasar malam, tapi kalau nak makan tiap-tiap hari lebih baik dan lebih selamat buat sendiri lah.

Lebih selamat maksud saya, at least  kita sendiri tahu bahan apa yang digunakan untuk menghasilkannya. Adakah menggunakan sekko  atau GDL  ?

Nak tahu lebih lanjut apa tu sekko dan GDL , yang mana lebih selamat digunakan, boleh klik link ini. Baca betul-betul tau … 😛

p/s: Selamat Hari Wesak buat semua anak murid saya yang berketurunan Siam. Esok cuti. Cuti awal sehari bersambung terus dengan cuti sekolah. Yeeehaaaa !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

7 thoughts on “ASAL USUL DAN KHASIAT TAUFUFAH

  1. TehR

    memang lebih selamat bila dapat masak sendiri
    poket juga selamat
    hehe

    selamat bercuti, cikgu

    Reply
    1. SisHaza Post author

      ha;ah cik tom….lagipun masak sendiri tak de la bimbang sgt pasal bahan yg digunakan

      Reply
  2. Pingback: APA ITU HAK TEBUS RUGI ? - Kongsi Macam2 Cerita

  3. Pingback: CERITA SOYA, CINCAU DAN TEMPE - Kongsi Macam2 Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me