Tudung kanak-kanak
PETUA AGAR NASI TIDAK CEPAT BASI – Kongsi Macam2 Cerita

PETUA AGAR NASI TIDAK CEPAT BASI

Salam hormat,

Sebagai wanita bekerja, waktu untuk menyediakan masakan dari air tangan sendiri buat anak-anak dan suami agak terbatas ( merujuk diri sendiri sahaja, mungkin wanita lain tidak .. ). Terkadang keletihan menggagalkan misi untuk menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga.

Bukan kata tak ada wanita yang bekerja tapi masih mampu memasak sendiri setiap hidangan setiap hari. Ada, dan saya tabik spring wanita begini 🙂 Memang saya salute mereka.

Jadi bagi mengatasi masalah tak sempat memasak ni, saya ada cara sendiri untuk menyelesaikannya. Seawal jam 5 pagi ( memang itu waktu yang saya setkan setiap hari untuk bangun ) saya akan pastikan nasi ditanak. Sebabnya ada ‘anak-anak comel’ yang perlu diberi makan sebelum ke tempat kerja. Dan tengah harinya pula, ada anak-anak kandung jauh lebih comel 😀 yang pulang dari sekolah dalam keadaan lapar dan perlukan hidangan berat untuk mengisi perut.

Nasi ditanak lebih awal kerana ada target lain. Balik nanti boleh terus digoreng ringkas.  Lebih sedap jika menggunakan Tunamagik sebagai ramuannya. Mmm, memang sedap dan anak-anak pun suka.

Guna Tunamagik untuk buat nasi goreng yang ringkas tapi sedap … 🙂

Masalahnya, sering juga harapan untuk menggoreng tu punah apabila didapati nasi ditanak sudah menunjukkan tanda-tanda basi. Saya terperasan sejak akhir-akhir ini, beras ada jenama dan popular serta iklannya kerap keluar di media cetak dan elektronik ini mudah benar basi. Sangka saya, mungkin sebab saya sendiri yang tak mencucinya bersih, tapi apabila emak juga kerap merungut tentang hal itu maka maknanya mungkin ada sesuatu yang menyebabkan beras itu jadi kurang berkualiti pula kebelakangan ni.

Daripada hasil risik-risik a.k.a sembang-sembang, hanya 2 sahaja petua agar nasi tidak cepat basi yang saya peroleh. Kalau anda mengalami hal yang sama, mungkin boleh cuba 2 petua agar nasi tidak cepat basi ini.

Pertamanya, cuci beras seperti biasa tetapi pastikan diulang sehingga airnya kelihatan lebih jernih. Dipercayai yang menyebabkan airnya memutih seperti susu itu adalah kerana kandungan kanji yang tinggi. Jadi cucilah sehingga bersih,lalu masukkan  air dan barulah ditanak seperti biasa.

Satu cara lain ialah cuci beras sama seperti langkah di atas. Cuma apabila hendak ditanak, masukkan 2 atau 3 kuntum bunga cengkih dan sedikit garam ke dalamnya.

Seperti yang saya katakan tadi, hanya 2 petua sahaja yang diketahui setakat ini. Jadi apa kata bantu kaum wanita selesaikan masalah ini dengan menyertakannya di ruangan komen jika anda ada lain-lain petua agar nasi tidak cepat basi.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

6 Comments on "PETUA AGAR NASI TIDAK CEPAT BASI"

  1. masuk kan dalam peti ais…lambat basi juga.

  2. saya ada baca beberapa tips lain:
    1. rendam dgn asam keping @ asam jawa
    2. cuci bersih2 periuk & isi air paip & biarkan mendidih
    3. letak garam sebelum nak tanak nasi
    4. merendam periuk nasi dgn surat kabar. selam 2-3

    saya pernah cuba tips no 1 jer. mula2 jadi pastu bila nasi basi lagi buat macam tu lagi dah tak berkesan.

    • Kadang-kadang mungkin juga sebab kualiti beras masa kini yang jadi puncanya

      • Abdul Ghani Osman | August 18, 2016 at 5:00 pm | Reply

        Kualiti beras masa kini puncanya.Untuk mengenal pasti beras yang baik dan lambat basi pilih beras yang kandungan kapur (beras yang berwarna putih macam kapur) nya kurang.Sebenarnya bila kita masak beras/nasi ini tak akan nampak .Beras import dari India dan Pakiistan jarang jumpa yang berkapur sebab disana menuai padi secara manual padi matang saja yg terlerai. Berbanding di Malaysia dan Thailand menggunakan harvester/mesin matang dan muda masuk sekali.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me