Tudung kanak-kanak
PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK – Kongsi Macam2 Cerita

PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK

Pada ketika ini, saat hari raya semakin hampir  tentunya suri rumah atau kaum ibu   merupakan insan yang paling sibuk. Menyiapkan aneka biskut atau kuih raya, mengemas dan menghias  rumah, menyiapkan baju raya anak-anak bagi yang memiliki kemahiran menjahit sendiri baju raya dan pelbagai jenis persiapan lain yang harus dibereskan sebelum takbir raya dialun. Pendek kata, segalanya harus serba sempurna sebelum menjelang saat-saat penuh bermakna ini.

Jika beberapa hari lepas, ramai para suri sibuk menyiapkan aneka kuih raya ( ada segelintirnya siap google lagi segala jenis resepi hinggakan blog ini juga menerima tempias trafik hasil carian  resepi biskut raya 🙂 ), tentunya dalam tempoh 2 hari terakhir ini kesibukan mereka lebih ke arah menyediakan rendang dan serunding. Menu istimewa yang menjadi pelengkap kepada hidangan ketupat dan lemang. Tak ada ketupat rendang macam tak lengkap sambutan hari raya.

Namun usaha untuk menyediakan rendang bukanlah sesuatu yang mudah. Selain rasa yang menjadi keutamaan, rendang daging khasnya  juga harus lembut dan enak dimakan. Dalam erti kata yang lain, tidak liat.

Bagaimana caranya agar daging cepat empuk dan tidak liat ?

Terdapat beberapa petua agar daging cepat empuk  amalan nenek moyang yang boleh dicuba untuk menjadikan rendang daging cepat empuk, lembut dan lebih  enak dimakan. Jom kita cuba ..

PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK

1) Semasa merebus atau memasak daging, masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging, jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.

3) Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan.

4)  Selain itu,anda juga boleh masukkan  beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

5) Jika tiada tangkainyanya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

6) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

7) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang  15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

8) Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu. Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

9) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

10). Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

Nampaknya petua kali ini lebih ringkas dan agak mudah. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah di dapati di sekitar kawasan rumah.

Ok, selamat mencuba.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

27 Comments on "PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK"

  1. mak saya letak sudu besi tu kak, mmg menjadi petua tu ;), selamat hari raya buat akak n family

  2. Banyak juga cara lembutkan dafing rupanya…TK kongsi dan selamat hari raya aidilfitri

  3. Saya ada satu lagi petua untuk melembutkan daging atau supaya daging cepat empuk.
    Caranya:
    Dapatkan sehelai daun kopi dan masukkan dalam rebusan daging macam biasa. Biasalah daun kopi tadi mesti dibasuh terlebih dahulu, terus masukkan ke dalam rebusan daging tersebut tapi awas jangan terlalu lama letakkan daun kopi tersebut kerana ia akan melembutkan daging dengan cepat sekali. Contoh, ayam pencen pun akan terlerai daging dengan tulangnya, daging akan menjadi lebih lembut dan empuk sekali. Jika curiga, cubalah sekali.
    Wassalam.

    • Wah…sangat menarik ni. Tak pernah lagi dengar tentang guna daun kopi ni. Mungkin kita semua patut cuba. Belum cuba belum tau kan :). Terima kasih berkongsi ye

  4. no1 dan 4 sllu sy buat

  5. Wah terima kasih yah tips nya. Apa dengan memasukan sendok juga bisa membuat daging empuk?

  6. hi,
    last time I tried dgn nenas, tapi mungkin kerna lama sangat simpan daging/nenas dlm peti ais, time masak the meat was literally hancur and not in one piece.
    pls comment where I went wrong.

  7. Fyi, sy dah brp kali guna petua sudu besi tu..tp xmenjadi…ada jugakla 2jam sy masak daging dgn sudu tu sekali taruk tp still liat aduhaiii….
    Nak tau sapa ada guna peram cuka tu berhasil tak? Next time nak guna cuka lah pulak..sian kat anak excited nak mkn daging..alih2 tpaksa mkn kuahnya aje…dagingnya sgtlah liat…

    • So far, penggunaan sudu tu bagi sis sendiri agak berkesan .. tidaklah cepat sangat ..konon 5-6 minit dah empuk memang mustahillah. Tetap makan masa juga tapi tidaklah seperti sebelum guna sudu tu. Besar kecil api pun main peranan juga, sebab kalau awal2 lagi api besar, confirm liat dek daging tu dah kena kejutan dari awal lagi. Sesetengah orang masa mereneh sup hanya masukkan tak lebih dari secawan air dengan api yang kecil. Apabila hampir kering, baru masukkan air yg sesuai dengan keperluannya. Cuka tu, belum pernah cuba ..

  8. sehelai daun kopi cukup ke?

  9. Di rebus pakai air kelapa jg boleh di coba..hehehe

  10. Ada 1 lg cara lembutkn daging
    Potong daging tu ikut cara kita,bsh bersih2,toskn kering…mskkn sos tiram,perapkn dlm 15mnt-30mnt
    Pastu msk mcm biasa(klau nk wat smbl daging,daging yg perap ngan sos tiram td x pyh cuci bekas sos tiram tu…tp utk msk lain,bsh bersih2)

  11. Salam, kak Dee pernah cuba rendam daging dgn cuka dlm stengah jam pastu tos dan masak kari mcm biasa..hasilnye lumayan, Alhamdulillah…lebih lembut dari biasa dan lebih sedap.;-)

  12. banyak juga petua agar daging cepat empuk ni yerk.Biasa letak sudu jer dalam periuk rebusan daging..

  13. Wah…first time baca pasal petua letak panadol tu. Dari dulu saya gunakan petua sudu besi tu je. Kalau nak lembutkan ayam kampung pulak, boleh cuba gunakan beras pulut, petuanya saya ambil dari . Betul2 menjadi!

  14. Satu lgi cara lembutkqn daging:
    Letakkan 2 biji hacks itam kedalam masakan.. @ rebusan daging..
    2 biji hacks untuk sekilo daging.

1 Trackbacks & Pingbacks

  1. RENDANG ITIK - Kongsi Macam2 Cerita

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me