Tudung kanak-kanak
PASANGAN ANDA MUNGKIN SEDANG CURANG JIKA … – Kongsi Macam2 Cerita

PASANGAN ANDA MUNGKIN SEDANG CURANG JIKA …

Pasangan anda mungkin sedang curang jika …

Tajuk yang panas, tapi jangan sampai panas hati kepada blog dan tuan punya blog ye ­čÖé

Bukan nak provok, bukan nak cucuk atau  sengaja menyalakan api. Memang tidak baik berprasangka. Islam sendiri dalam perkahwinan menegaskan harus ada rasa saling percaya-mempercayai. Cuma ini sebagai ingatan, jangan mudah leka. Waspada tetap perlu ada. Apabila nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah tidak berguna.

Saya sekadar menulis berdasarkan apa yang saya lihat, apa yang saya dengar, apa yang saya baca dan dalam sesetengah keadaan mungkin juga daripada pengalaman sendiri tapi pasti saja bukan dalam hal ini heheh ­čśÇ . Ya Allah hai, minta dijauhkan┬ásemua …

Dalam sesebuah perkahwinan, pasang surutnya tetap ada. Seperti juga musim yang sentiasa berubah mengikut putaran masa. Namun sebagai manusia, ikhtiar sentiasa harus ada. Kepercayaan perlu disemai dan kesetiaan mesti dipupuk. Susuli dengan pegangan agama dan doa, selebihnya berserah kepada yang Maha Esa.

Pasangan anda mungkin sedang curang jika …

  • dahulunya┬á handphonenya bebas disentuh sesiapa saja ( anda dan anak-anak ) tapi sekarang marah-marah jika kalian berbuat demikian. Mungkin siap ada perintah susulan ‘ dilarang sentuh walau apa terjadi┬á‘. Pelik tu kan …
  • tidak membenarkan anda menyambut panggilan atau membuka paparan mesej jika dia tidak sempat melakukannya ( sebab tengah mandi dan sebagainya ) sedangkan dulu anda atau anak-anaklah yang jadi tukang sambut atau tukang baca.
  • dahulu handphonenya diletakkan merata. Atas peti sejuk, tepi televisyen, atas rak buku dan sebagainya.Sampai kadang-kadang┬átu cari pun tak jumpa. Sangatlah tak kisahnya …┬áTapi sekarang 24 jam handphonenya ada di bawah ketiak. Eh, lain macam je kan …
  • sekarang ke tandas pun bawa handphone. Masa tidur, handphone letak bawah bantal. Masa bersantai di rumah, handphone tak lekang dari tangannya. Beware sahabat semua┬á!
  • kerap benar menerima mesej dan panggilan terputus. Selalunya waktu lewat malam pula tu.
  • apabila menjawab panggilan atau membaca mesej, dia jarakkan diri daripada anda. Mungkin jawab panggilan di ruang keluarga jika tadi bersama anda sekeluarga di ruang tamu. Lagi pelik jika dia bergerak ke bilik tidur atau ke luar rumah. Alasannya, bising… tak dengar
  • Ada nama yang pelik dalam senarai contactnya. Contohnya huruf diringkaskan kepada SF ( Siti Fatimah )┬ásedangkan sebelum ni semua senarai kenalannya ditulis jelas – Pak Mat Paip ( tukang paip rumah anda ), Meon Gas (Tauke┬ágas memasak ) etc hehehe
  • Marah-marah apabila anda ‘pantau’ handphonenya sedangkan sebelum ni apabila dia nak membalas mesejnya pun anda juga disuruh buatkan. Pemalas betul .. ­čśÉ
  • mula menggunakan password, alasannya untuk protect jika anak-anak ambil main. Sebelum ni tak pernah kisah pun. Menyusahkan aje apabila guna password, katanya dahulu. Pulakkk dah┬á..
  • apabila anda minta password, mati hidup balik pun tidak diberi. Dahulu tak pernah kisah pun share password masing-masing dalam hp dan akaun FB.┬áKalau betul tak ada apa-apa, takkan sampai begitu kan..┬áHaa, sah laa┬áada sembunyikan sesuatu !
  • handphonenya disetkan dengan mood silence ketika di rumah. Lepas tu kejap-kejap belek mesej. Kejap-kejap belek call log …Ada laa tu.
  • kerap anda terjaga dari tidur dan kerap anda dapati pasangan anda tiada di sebelah. Apabila┬á diintai, ada di ruang tamu,ruang keluarga atau dapur dengan handphonenya. Apabila ditanya,jawabnya dahaga, panas tak boleh tidur… Haa, berhati-hatilah jika ini berlaku.
  • keluar tergesa-gesa apabila menerima mesej atau panggilan. Apabila ditanya, jawabnya sepatah – nak jumpa kawan. Apabila diminta tunjuk bukti mesej, katanya dah terdelete. Dahulu, semuanya nak share dengan anda
  • kerap outstation tanpa sebab – tapi tengok jugalah jenis kerjayanya.
  • sikapnya berbeza. Jika dahulu, tak mesra dengan anda tiba-tiba jadi over romantik atau dahulunya sangat baik dan romantik, sekarang dah jadi ‘singa’ – anda memang ada sebab untuk berasa cuak.

<< Lain-lain Petanda Si Dia Sedang Curang >>

Banyak lagilah tanda-tanda pasangan anda mungkin sedang curang. Nak disenaraikan di sini akan jadi panjang berjela laa pulak kan .. Mungkin tanda-tanda di atas bukannya semuanya betul. Mungkin si dia ada sebab yang tersendiri. Tapi tak salahkan untuk beringat-ingat.

Ok, merujuk statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada 2011 menunjukkan bahawa berlaku 3 kes  perceraian dalam tempoh satu jam,  terdapat 70 kes perceraian sehari, 2000 kes sebulan, 25,000 kes setahun. Ini adalah statistik perceraian pasangan Islam pada tahun 2011 sahaja.

Ngeri kan ?!

Dilaporkan banyak faktor yang mendorong kepada perceraian termasuklah kerana kecurangan dalam perkahwinan. Maksudnya kerana hadirnya orang ketiga.

<< 99 Punca Perceraian Di Malaysia >>

Soal ajal maut, jodoh pertemuan adalah satu perkara yang diluar kawalan kita. Walau bagaimanapun,  dalam sesebuah perkahwinan jika setiap pasangan ada pegangan agama yang kukuh, insyallah hal-hal berkaitan kecurangan dan pasangan tidak setia ini boleh ditangani.

<< Panduan Perkahwinan Bahagia >>

Marilah kita sama-sama berdoa agar perkahwinan dan kehidupan berkeluarga sesama kita akan sentiasa mendapat petunjuk dan perlindungan dariNya. Aaminnn, insyaallah mudah-mudahan.

Kredit : Google Images

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ­čśÇ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ­čśÇ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

7 Comments on "PASANGAN ANDA MUNGKIN SEDANG CURANG JIKA …"

  1. sykur kalau hubungan kita dengan Allah baik Dia akn cuba jaga hubungan kita dengan pasangan n apa lagi anak-anak

  2. hampir kesemua klu berada dalam telefon..hehe. Mudah-mudahan dijauhkan dari mendapat pasangan yang curang

    • Memang hampir kebanyakan klu ada dalam telefon sebelum ia terbongkar Puteri. Sebabnya telefon tu kan alat komunikasi utama zaman sekarang. Perisian pintar lagi canggih memungkinkan segala. Apa-apa sekalipun, jangan bimbang …perkara tak elok Allah takkan biar ia berterusan. Mudah2an kita dikurniakan pasangan yang baik dan kuat pegangan agamanya ..Insyaallah aman

  3. ya allah semoga rumahtangga kita semua dipeliharaNya, takutlah kak byk sgt pengaruh dr luar, mohon dijauhkanlah hndknya

  4. bahaya2
    payah la kalau macam ni
    haha

    apa pun tak elok buat perangai sembunyi2 tu
    rahsia tak selamanya akan jadi rahsia

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me