TRAGEDI 3 BERADIK

By | December 2, 2013

Salam Disember

Agak lama juga Cik Kiah tak berceloteh di sini. Dalam ‘tenggelam timbul’ sedar-sedar saja sudah sampai ke penghujung 2013. Cepat sungguh masa berlalu kan ..

Berita hangat yang menggemparkan rakyat Malaysia hari ini adalah berita tragedi 3 beradik di Kedah yang 2 daripadanya ditemui lemas di tali air manakala seorang lagi ditemui di sawah. Berita hangat terkini yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia , lebih gempar daripada cerita belanja perkahwinan Cik Ta dan Zain Saidin yang mencecah 13 juta.

Sungguh menyayat hati dan menyedihkan kerana ia menimpa 3 beradik yang masih di bawah umur yang sepatutnya kekal dalam pengawasan ibu bapa selagi mereka belum benar-benar dewasa dan layak menjaga diri sendiri.

Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu…

Mungkin ada yang sedikit ketinggalan dan tertanya-tanya berita apa yang sedang saya perkatakan, ketahui cerita penuhnya di sini.

Secara peribadinya saya turut bersimpati dengan kedua ibu bapa 3 beradik malang tersebut. Hanya ibu bapa khasnya yang pernah mengalami tragedi kehilangan anak sahaja akan mengerti bagaimana pedihnya ujian tersebut. Namun dari satu sudut, timbul juga rasa ralat, rasa terkilan serta persoalan  mengapa pada usia semuda itu pergerakan mereka dibiarkan tanpa kawalan atau pemantauan ibu bapa ?

Benar, berkata-kata sememangnya mudah. Tunggu jika terkena batang hidung sendiri barulah tahu bagaimana rasanya.

Sejujurnya tulisan ini bukanlah bertujuan menuding jari kepada ibu bapa 3 beradik malang berkenaan atau mencari salah mana-mana pihak. Saya langsung tidak berniat demikian. Cuma saya ingin menarik perhatian semua, terutama para ibu bapa yang mungkin sedang membaca coretan ini agar tidak sewenang-wenangnya membiarkan anak keluar ke sana-sini bebas tanpa kawalan.

Sebabnya bukan sekali dua kita mendengar cerita-cerita begini. Sudah acap benar, yang mana kesudahannya membawa kepada musibah berat.

Alasan keluar ke kedai pada malam hari untuk membeli makanan, topup, pergi ke pasar malam dan sebagainya atau berjumpa dengan kawan oleh remaja awal belasan tahun pada pendapat saya sangat tidak munasabah dan tidak wajar sama sekali. Ini kerana pada usia yang terlalu muda, akal fikiran mereka masih cetek, mereka masih tidak dapat membezakan antara buruk dan baik, serta mengetahui apa tindakan yang lebih rasional.

Fizikal mereka juga kecil dan lemah serta tidak dapat membantu untuk mempertahankan diri jika berlaku sesuatu yang tidak diduga. Dengan segala faktor ini, selamatkah mereka berada di luar rumah tanpa pengawasan pada waktu malam hari jika siangnya saja pun sudah cukup untuk membuka ruang yang memungkinkan berlakunya perbuatan jenayah.

Kelihatannya sungguh remeh jika itu tak boleh ,ini tak boleh dengan keadaan zaman serba moden seperti sekarang ini. Mungkin saya membesar dengan didikan konservatif yang mana hendak ke mana pun perlu ditemani penjaga, apa lagi hendak keluar bersendirian pada malam hari. Namun seingat saya, dengan didikan sedemikian tidak pernah terdengar kes sedemikian rupa berlaku kepada mana-mana anak gadis atau anak teruna pada zaman remaja saya dahulu.

Benar, persekitaran telah berubah. Gaya hidup juga telah jauh berubah. Tapi adakah dengan perubahan zaman sebegitu memberikan lebih kelonggaran kepada kita selaku ibu bapa dalam mengawasi pergerakan anak-anak ? Fikir-fikir dan renungkanlah sendiri mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita semua.

p/s : Al-Fatihah untuk 3 beradik malang tersebut, moga roh mereka ditempatkan bersama roh orang beriman. Juga ucapan takziah kepada ibu bapa mereka. Didoakan agar moga mereka kuat dan  tabah menerima ujian ini. Percayalah setiap sesuatu pasti tersembunyi hikmahnya yang tersendiri.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

10 thoughts on “TRAGEDI 3 BERADIK

  1. hafizmd

    Sedih sangat baca tragedi ni…

    Moga kita ambil tauladan dan si penjenayah akan terima hukuman setimpal

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Memang sedih sangat. Tak dapat dibayangkan jika hal- hal begitu berlaku kepada darah daging sendiri. Ikut kronologi cerita dan tempat kejadian, memang nyata ada unsur khianat. Moga pesalah dapat dikenalpasti segera dan dihukum setimpal perbuatannya

      Reply
  2. ajumohit

    menitis airmata membaca tragedi ini kak, apalah dosa mereka diperlakukan begitu, alfatihah buat adik2 ini, semoga syurga tmptnya dan semoga si pelaku menerima balasan setimpal

    Reply
  3. puteri kasih

    sedih bila baca kisah tentang tragedi ni..harap kedua-dua ibu bapa mereka tabah menghadapi ujian ini. Memang terdetik juga dihati puteri, mengapa anak-anak di bawah umur dibiarkan keluar pada waktu-waktu begitu. Tapi semuanya telah tertulis kan sis..cuma kita berharap sangat tragedi-tragedi sebegini tidak berterusan berlaku di negara kita kan.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Betul tu semua sudah tertulis, tapi selagi ada daya kita kena ambil langkah beringat juga Puteri.

      Reply
  4. TehR

    hanya Dia yang maha mengetahui
    kisah ini memang sedih sangat
    moga2 ibu bapa dan keluarga arwah 3 beradik ni banyak bersabar

    Reply
  5. suri

    salam sis..
    saya ada baca berita tapi tak tahu lebih lanjut.rupanya mereka keluar ya.saya pikir depa keluar untuk ke sawah? tapi untuk apa? siapa adik yang lain di bawa.ia masih menjadi tanda tanya kepada saya.wahualam

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Depa ke rumah seorang rakan untuk mengambil wang upah kerja2 membungkus cecair pencuci katanya. Kita sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku malam itu Suri …wallahualam

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me