Assalamualaikum & Salam  Sejahtera

Cuti pertengahan penggal dah pun bermula. Agaknya tentu  ramai yang sekarang ni dah pun berada di kampung halaman masing-masing. Tak pun membawa anak isteri bercuti ke pusat peranginan atau tempat2 pelancongan yang menarik hati.  Memang best kan sesekali bercuti, lega stress bekerja. Kenduri-kendara pun tentu banyak kan…

Saya dan Mr Hubby pun sebelum cuti bermula ada juga berangan sama ada  nak ke Zoo Taiping, Pulau Langkawi atau koman-koman pun ke Pantai Merdeka. Tapi malang sekali, ke mana pun tak boleh nak pergi.. 🙁 Si Hafiy siang malam ada kelas tambahan, preparation untuk UPSR 2013 nanti jadi terpaksa lah berkorban.

Apapun saya tak rasa ralat sangat sebab ini bukan kali pertama kami tidak bercuti ke mana-mana. Sudah hampir 12 tahun, kami bercuti ala2 kadar aje. Since keadaan kesihatan Mr Hubby yang tidak begitu mengizinkan, macam itu aje lah acara percutian kami. Anak-anak pun dah faham dan tak banyak tanya.

Ok, bercakap tentang anak-anak ni, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit panduan tentang salah satu daripada banyak2 cara dan usaha kita mendidik anak-anak. Saya peroleh daripada pembacaan. Bukan bermaksud yang saya ni pandai  mendidik mereka. Sama seperti orang lain, terkadang menghadapi banyak masalah juga.Pening kepala dibuatnya…  Dan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan , bukanlah dalam kawalan kita. Selepas berusaha, hanya doalah yang mampu dipanjatkan. Mudah-mudahan mereka tergolong dalam kalangan anak-anak yang berakhlak mulia, menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat. Betul tak ?

Antara cabaran terbesar menjadi ibu bapa zaman moden adalah mendidik mereka agar memiliki peribadi Muslim yang kental dan  tulen. Anak -anak ni adalah amanah tak kira sama ada mereka lelaki atau perempuan. Kalau  dahulu, orang tua-tua selalu bercakap yang menjaga dan mendidik seorang anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang kerbau. Dan mendidik anak lelaki tu tak sesusah mana.. Bagi saya secara peribadinya, tak ada beza. Kedua-duanya, baik anak lelaki atau perempuan tetap sukar. Cabarannya tetap ada.

Dengan perkembangan zaman yang menyaksikan teknologi komunikasi berkembang pesat, beredar mengelilingi manusia 24 jam secara lebih terbuka dan tanpa had, sangat mustahil untuk mengawasi mereka setiap saat.

Pengaruh laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya perlu diawasi. ( Opps, nanti dulu. Saya bukan anti sosial, malah ada akaun FB dan Twitter… 😀 Cuma saya sentiasa mengingatkan diri agar membatasi diri.. ) Terkadang ia banyak menimbulkan gossip dan menjurus kepada fitnah. Anak2 remaja kita yang mentah ni biasanya cenderung meniru perlakuan rakan2 nyata atau pun maya tanpa mengetahui sebab dan akibatnya kelak.

Itu salah satu sebabnya, mengapa ramai anak remaja kita yang terlanjur seawal usia 12 tahun sehingga melahirkan anak luar nikah.Tengok sahajalah statistik tahunan, berapa ramai anak luar nikah yang dilahirkan para remaja. Angkanya mencecah ribu… dan majoritinya dari kaum kita sendiri.

Sebagai ibu bapa, tentu kita tak mahu perkara sebegini berlaku dalam keluarga kita.  Minta dijauhkan sangat-sangat  Ya Allah. So, selain sentiasa mengawasi dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar, bertindak menjadi seperti lebih kepada seorang kawan dan mendengar masalah mereka, apa kata bermula daripada hari ini, ajarkan mereka supaya sentiasa mengamalkan Surah An-Nur.

Ok, Surah An-Nur ni dipercayai sebagai surah yang diturunkan untuk wanita supaya terpelihara kehormatan atau kesucian diri dan dilindungi daripada fitnah-fitnah kejahatan kerana umum kebanyakannya tahu fitnah lebih mudah dan selalu berlaku terhadap kaum wanita.

Biasakan anak perempuan anda menjadikannya bacaan amalan harian terutama ketika pada waktu pagi. Boleh sahaja sebelum atau selepas sembahyang Subuh.  Namun, dikatakan sebaik-baiknya adalah ketika qiamullail, iaitu lebih kurang 15 minit sebelum masuknya waktu Subuh.

Bacaan pada waktu pagi ni ditekankan kerana maksud ‘ Nur ‘ itu sendiri yang membawa maksud cahaya. Mudah2an dengan membacanya pada waktu pagi, dapat membuka lembaran hidup hari tersebut dengan cahaya kebaikan.

Amalan membaca Surah An-Nur oleh anak gadis ni jika diamalkan sehingga ke alam rumahtangga, insyaallah dapat membantu menghindari perselisihan suami isteri yang diakibatkan oleh rasa cemburu sehingga boleh menimbulkan tuduhan berlakunya kecurangan atau zina.  So,  jika ada rakan yang menghadapi masalah, mungkin anda boleh maklumkan mereka, Surah An-Nur untuk didik anak gadis. Walau bagaimanapun, untuk tafsiran yang lebih jelas, eloklah dirujuk kepada golongan alim ulama seperti ustaz atau ustazah yang lebih arif

Fuhh… panjang berjela.  Ho ho macam skema sangat laa pulak tu ^__ ^

Biarlah apa orang nak  kata. Tak menjadi kudis pun bagi saya. Sejak mula blogging lagi sudah saya pahatkan dalam hati. Apa sekali pun  yang dicoret di sini, biarlah membawa kebaikan kepada sesiapa yang membacanya. Cuma sesekali tersesat juga luahan rasa hati. Maaf, saya pun manusia biasa juga… ada perasaan, bukannya malaikat !

 

6 Comments

  1. salam..
    nur..nama pangkal ank saya. tpi sllu seru nama 2 yg blkg tu hee.. sy tak tahu ada surah nur blh baca utk ank2 sy nak cuba. tpi permulaan higga akhir bacaan tu ker atau dia ank no surhnya misalannya dari ayat 4 ke ayat 9.

    dari ayat berapa ke ayat berapa ya? sis add saya blh. “surihatiku”

    1. Author

      Ok suri..apa yg sis tau, surah ni ada 64 ayat, surah 24,juzuk 18 ye.. ada pndpt baca ayat 35 -40, ada jgk yg kata start dr ayat 24-40. So, tu sbb sis ckp better rujuk alim ulama. Surah ni bagus, nti sis update. Sgt elok utk ank perempuan.. disarankn ajar pd usia 9 thn,tp nk mula dr kecik lg bgus..insyaallah,nti sis add ok 🙂

  2. anak adalah anugerah dan tanggungjawab
    sama saja lelaki atau perempuan
    moga2 kita sentiasa mendapat petunjuk bagaimana mahu mendidik mereka

  3. perkongsian yg menarik..terima kasih..insya Allah..chii nak amalkan juga la..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *