PANDUAN MEMILIH ALAT PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK

By | July 2, 2013

Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, kali ini jom sama-sama kita lihat pula panduan memilih alat permainan untuk kanak-kanak. Panduan memilih alat permainan untuk kanak-kanak ini saya kira amat sesuai untuk dibaca oleh kebanyakan ibu bapa muda, khasnya si bapa.

Ada apa dengan si bapa ?

Sebenarnya, apabila tiba bab-bab alat mainan ni, si bapa dilihat lebih proaktif berbanding ibu. Kecenderungan ini akan lebih ketara jika mereka mempunyai anak lelaki.

Ada-ada sahaja yang akan dibeli seperti patung Ultraman,model kereta Batman dan sebagainya lagi walaupun usia anak baru mencecah 6 bulan! Kalau diikutkan logik, manalah ada bayi berusia 6 bulan yang  meminta dibelikan mainan sebegitu.

Nampak sangat semua tu si ayah yang punya. Mungkin ini kes balas dendam atau lepas geram sebab masa kecil-kecil dulu tak berpeluang memilikinya. Maklumlah asyik main biji getah dan senapang pelepah pisang je … hihihi ;)

Ok,tanpa membuang masa lagi … berikut ini adalah beberapa panduan memilih mainan yang boleh diikuti oleh para ibu bapa sebelum atau semasa membeli alat mainan.

  • Baca label kandungan, keterangan  serta perekat amaran yang tercatat pada kotak atau bungkusannya dengan teliti.
  • Hanya beli mainan yang mempunyai label pematuhan keselamatan oleh Malaysia Conformity.
  • Pilih mainan yang sesuai dengan umur,jantina, minat dan peringkat kemahiran kanak-kanak terbabit.
  • Mainan kecil yang berisiko untuk ditelan atau disumbat ke dalam rongga hidung patut dielakkan jika di rumah anda ada bayi atau kanak-kanak keci.l
  • Pemasangan bahagian-bahagian mainan harus dipastikan dipasang dengan sempurna dan kukuh ( tidak mudah tanggal ). Contohnya tayar kereta mainan, skru, mata anak patung atau butang hiasan pada alat mainan. Faham-faham sahajalah, kanak-kanak cenderung memasukkan apa saja objek yang bercaya dicapai ke dalam mulut.
  • Mainan yang berpotensi memerangkap debu hama seperti  ’ stuffed toys ‘ atau berbulu yang boleh mendatangkan alergi kepada anak anda perlu dielakkan sama sekali.
  • Pilih mainan yang tidak mudah pecah. Kadang kala bahagian menonjol seperti pada bahagian bucu mainan boleh menyebabkan kecederaan tidak dijangka kepada kanak-kanak.
  • Elakkan mainan berbentuk makanan yang boleh menyebabkan kanak -kanak berfikir bahawa itu memang makanan sebenar dan boleh dimakan.
  • Mainan bertali yang melebihi 30cm panjang kerana ia berpotensi menyebabkan kemalangan seperti terjerut dan sebagainya.
  • Pastikan juga alat mainan yang dibeli tidak mudah tanggal cat atau bahan pewarna.

Ok, jangan lupa anak kita adalah tanggungjawab kita. Memang sudah jadi kewajipan kita untuk memastikan mereka sentiasa selamat dan rasa dilindungi. Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan atau cadangan. Jika sudi, follow sekali ye :D …. Terima kasih!

Twitter 

Share this :

7 thoughts on “PANDUAN MEMILIH ALAT PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK

  1. Hafizul

    hehe..memang lah kan..kalau nampak si ayah over sangat nk belikan mainan tu, sah la masa kecik dulu si ayah kurang jumpa menda2 macam tu..haha..terima kasih kongsikan pada saya si ayah yang lemah..haha

    Reply
  2. Mohd Shubhi

    Biasanya saya beli happymeal untuk anak-anak. Dapat makanan dan alat mainan sekali. Dan sejak dulu saya lihat alat mainan mereka sungguh berkualiti dan selamat.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Aha… nampaknya ni juga merupakan satu lagi pilihan yang kita ada buat anak2. Tq kerana berkongsi

      Reply
  3. Joe

    Kene ade pelekat yang mengatakan mainan tue selamat dimain… Sekarang nie banyak sangat mainan murah yang merbahaya kepada budak kecik. Ade jugak yang beracun

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Ha’a betul tu Helmi, ikut peringkat umur mereka. Jgn pula ikut usia bapanye … hihi :)

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me