Tudung kanak-kanak
NESTUM 3IN 1 CHOCOLATE FLAVOUR SARAPAN PAGI PILIHAN SAYA – Kongsi Macam2 Cerita

NESTUM 3IN 1 CHOCOLATE FLAVOUR SARAPAN PAGI PILIHAN SAYA

Fuhh, berpeluh-peluh malam ni , rasa macam nak mandi lagi sebab baru je lepas buat puding milo ais krim lapis oreo dan puding  trifle tak menjadi … Ye entah apa ke hal pula tak menjadi kali ni. Jelly nya turun tak macam sebelum-belum ni.. Bukan tak pernah buat pun malah siap pernah orang tempah lagi hihie.

Emm actually Cik Kiah sediakan semua tu khas  untuk acara potluck kat tempat kerja esok … Dengar khabarnya pot luck suka-suka ni ni dah jadi separa formal pula dah. Apa sebab  kita cerita lain kali aje la ye … cuma  harap-harap memang bawa luck lah, jangan unlucky sudah … opps !! Gambar puding tak menjadi tu nanti saya update kemudian ye 🙂

Malam ni nak kongsi cerita sedikit tentang Nestum 3 in 1 Chocolate Flavour  Sarapan Pagi Pilihan Saya yang  sememangnya menjadi menu utama sarapan pagi saya dan Si Abang, manakala Hafiy pula prefer Milo stick yang senang dan cepat dibancuh tu. Kedua-dua minuman berkhasiat keluaran Nestle  ini saya pastikan sentiasa ada stoknya dalam almari kerana kedua-dua anak kesayangan saya ini tidak suka dan kurang selesa  menjamah makanan lain seperti roti atau nasi goreng pada awal pagi. So untuk memastikan perut mereka beralas sebelum ke sekolah, saya wajibkan mereka minum Nestle 3 in 1 dan Milo. Alhamdulillah mereka suka dan ibu @ saya le maksudnya  tu, pun setuju 😀

nestum 3 in 1

Idea untuk menyentuh tentang cerita sarapan pagi ni sebenarnya berasas. Sarapan sangat penting buat semua orang terutama anak-anak yang sedang membesar. Jika kalian mahu anak-anak kalian cemerlang dalam pelajarannya, jangan sesekali abaikan sarapan pagi. Ini kerana sarapan pagi penting untuk membantu anak-anak kekal cergas sepanjang 7 atau 8 jam berada di sekolah, sementara minda mereka juga berada pada tahap optimum dan bersedia untuk mengikuti proses pembelajaran.

Sebagai guru yang sudah berbelas tahun berkhidmat, bukan perkara mengejutkan lagi apabila kami kerap melihat murid pitam ketika berkumpul di tapak perhimpunan , di tengah padang atau di dalam kelas. Apabila disoal, kebanyakannya tidak mengambil sarapan ketika turun dari rumah. Sebagai ibu, cuba anda sendiri bayangkan bagaimana mereka boleh bertahan untuk tempoh yang panjang sementara menunggu masa rehat jika tidak bersarapan di rumah sedangkan perut mereka juga sudah berjam-jam dikosongkan tika tidur pada malam harinya.

Amat sukar untuk melihat mereka menumpukan perhatian dalam keadaan yang demikian. Bukan sekadar menebak kosong, tapi inilah pengalaman yang saya lalui sendiri semasa mengajar tika berhadapan dengan murid yang tidak bersarapan pagi. Tumpuan mereka lari, kelihatan lebih gelisah berbanding rakan yang mengambil sarapan sebelum ke sekolah, nampak lesu malah asyik pula menjeling ke dinding memerhati jarum jam berputar menunggu bila masanya loceng rehat berbunyi. Silap-silap dalam keadaan perut yang berkeroncong itu, cikgu yang memberi penerangan di hadapan itu juga bagi mereka sudah tidak lagi kelihatan comel atau tampan seperti selalu sebaliknya kelihatan seperti ayam panggang sahaja : -D. Aduhaiiiii, kelakar betul… tapi realitinya begitu wahai sahabat semua.

Rumusannya, galakkan lah, latihlah anak-anak anda supaya biasa mengambil sarapan pagi. Tidak kiralah sama ada Milo, Nestum 3in 1, quaker oat, roti bakar atau nasi lemak dan sebagainya … Cuma jangan sampai berlebihan pula, cukup sekadar untuk mengalas perut .Bukan apa, bimbang pula jika mereka berdengkur di kerusi seawal jam 8 atau 9 pagi semasa cikgu sedang mengajar di dalam kelas !!

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

9 Comments on "NESTUM 3IN 1 CHOCOLATE FLAVOUR SARAPAN PAGI PILIHAN SAYA"

  1. emmm saya memang hantu coklat kak, sedapnya

  2. Salam kenal ya..nestum ni actuslly favorite kita jugak..memang tak pernah miss..bestkan..

  3. puteri pun suka bersarapan dengan nestum sis..rasa lebih bertenaga untuk memulakan tugas 🙂

  4. puteri pun suka bersarapan dengan nestum ..rasa lebih bertenaga untuk memulakan tugaskan sis 🙂

  5. Dahulu rajin beli bancuhan 3 in 1. Sekarang ini kurang sejak pantry syarikat sudah ada milo, teh dan sebagainya. 🙂

  6. 3 in 1 sebenarnya tak bagus untuk jangka masa panjang.. lagi bagus guna yang kena isi manual tuh…

  7. Haha..fikiran bercelaru kot..tu yang tak menjadi..

  8. Sepertinya sedap betul

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me