Tudung kanak-kanak
MELATIH ANAK BERPUASA – Kongsi Macam2 Cerita

MELATIH ANAK BERPUASA

Salam,

Hari ini sudah masuk hari ke-8 kita bersama-sama memakmurkan Ramadhan dengan amal ibadat serta lain-lain bentuk amal kebajikan. Diharapkan Ramadhan demi Ramadhan berupaya membentuk diri kita menjadi khalifah yang lebih baik sepanjang di beri kesempatan menghirup udara di bumi Allah ini.

Ilustrasi : Google Images

Saya percaya dalam menangani cabaran hawa nafsu sepanjang Ramadhan ini, ada satu lagi perkara yang tidak kurang hebat menuntut kesabaran kita sebagai ibu bapa terutamanya.

Melatih anak berpuasa bukanlah satu perkara mudah. Jangan dipandang remeh akan hal ini bimbang tersangkut pula sebelah kaki kita untuk melangkah ke syurga Allah nanti. Iyalah, bukankah anak itu amanah dariNya yang dipertanggungjawabkan ke atas kita ? Tersilap didikan, ada juga bahagian yang akan menanti kita di sana nanti.

Melatih anak untuk berpuasa memerlukan kesabaran. Untuk berpuasa penuh, mereka perlukan latihan berperingkat. Latih mereka berpuasa seawal usia 6 tahun, kerana dikatakan padaย usia itu adalah masa yang sesuai untuk mentarbiah mereka. Mulakan dengan beberapa jam sahaja dahulu untuk hari pertama, bertambah kepada separuh hari pada hari ke-2. Berikan ruang 3/4 hari untuk hari ketiga barulah sepenuhnya pada hari berikutnya.ย  Pasang niat agar mereka bakal menjadi anak soleh @ solehah, iringkan usaha kita itu dengan doa yang berpanjangan, insyaAllah melatih anak berpuasa tidaklah sesukar mana.

Sesetengah ibu bapa menawarkan ganjaran atau hadiah kepada anak-anak yang dapat berpuasa penuh. Ini juga merupakan satu inisiatif yang boleh dilakukan oleh ibu bapa.

Anda bagaimana ? Apa yang anda lakukan untuk melatih anak berpuasa? Apa kata kongsi pengalaman anda di sini …

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

7 Comments on "MELATIH ANAK BERPUASA"

  1. As salam,
    Bab2 latih anak puasa ni mmg bagus. Rasanya umur 6 tahun tu, ngam sangatlah. Nak expect anak puasa penuh, tak logik. Jadi, cara yg Sis Haza tulis ni mmg dah kira bagus utk anak2 seusia ni.

    Anak saya yg sulung baru 5 tahun, dapatlah puasa setengah hari, tapi payah sikit nak teruskan sbb kawan2 kat sekolah bawak bekal air makanan segala bagai…hehe

    tapi, mmg selalu cakap sejak tahun lepas lagi…nanti2 Kakak nak kena solat, kena puasa. Jadi, cara saya, saya buat mind setting =)

  2. mesti nak upaah hee…berikan sahaja mana2 upah kita rasa mampu tunaikan hee…

  3. Ramai para ustaz termasuk Al-Hafiz Abu Hassan Din menegur agar utamakan didik anak-anak belajar solat bila masuk 7 tahun. Mereka kata nabi tak pernah ajar didik anak berpuasa awal.

    Orang yang bersolat pasti akan berpuasa, manakala ramai orang yang berpuasa tapi tak bersolat.

    Bila difikirkan betul jugak…apa pandangan semua tentang perkara tersebut?

  4. upah seringgit sehari ๐Ÿ˜€

  5. Hehe..entah macam mana lah saya nanti nak latih anak..semoga diberi kekuatan oleh-Nya..hehe

  6. setakat ni tak pernah berjanji dengan anak utk beri apa2 ganjran jika mereka berpuasa, cuma nasihatkan mereka mengikut kewajipan sbg seorang muslim, alhamdulillah mereka boleh berpuasa dengan baik, paikologi byk memainkan peranan ๐Ÿ˜‰

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me