Tudung kanak-kanak
KEPENTINGAN ALAT PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK – Kongsi Macam2 Cerita

KEPENTINGAN ALAT PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK

Sumber : Google Images

Dunia kanak-kanak zaman  dahulu dan sekarang banyak perbezaannya. Kalau dulu permainan layang-layang, congkak, guli, gasing dan batu seremban menjadi mainan harian, kanak-kanak zaman telefon pintar ini  pula amat  berbeza ceritanya. Mereka membesar dengan play-doh,lego dan bermain game melalui komputer. Sekadar menyebut beberapa contoh.

Betapa peredaran zaman juga merubah budaya dan corak asuhan. Dan saya bersyukur kerana dilahirkan pada zaman terdahulu ^_^

Berdasarkan Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Standard Keselamatan Bagi Permainan) 2009, alat mainan kanak-kanak didefinisikan sebagai mana-mana barang yang direka bentuk bagi kegunaan permainan oleh kanak-kanak yang berusia kurang daripada 14 tahun.

Melalui Akta Perlindungan Pengguna 1999 oleh Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri pula, ada disebut tentang penguatkuasaan standard keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar, pengimport atau penjual alat permainan bagi memastikan hak pengguna kecil ini dapat dilindungi sebaik mungkin.

Kepentingan alat permainan untuk kanak-kanak  bagi merangsang pertumbuhan aspek psikomotor dan kognitif  mereka mungkin hanya disedari oleh segelintir ibu bapa. Mungkin ramai juga yang berasakan alat permainan perlu bagi mengelakkan kanak-kanak mengganggu rutin harian atau tugas-tugas utama ibu bapa di rumah. Sebenarnya tujuan alat mainan adalah lebih daripada itu.

6 fakta utama kepentingan alat permainan untuk kanak-kanak yang harus diketahui oleh ibu bapa ialah :

  1. menjadi teman atau alat hiburan kepada kanak-kanak
  2. menjana perkembangan minda atau kognitif kanak-kanak
  3. mencungkil daya kreativiti, imaginasi dan penyelesaian masalah
  4. membantu tumbesaran otot dan kekuatan dari aspek fizikal
  5. menjadi alat bantu dalam proses pembelajaran
  6. membina komunikasi 2 hala yang positif atau jaringan kerjasama dalam kalangan rakan sebaya

Diharapkan info sebegini dapat membantu memudahkan para ibu bapa memahami dunia kanak-kanak dengan lebih jelas.

InsyaAllah untuk  entri berikutnya, saya akan cuba paparkan pula tentang panduan memilih alat permainan untuk anak-anak agar semua ibu bapa dapat memastikan kesesuaian dan keselamatan alat tersebut sebelum membawanya pulang ke rumah.

Jangan lupa untuk kembali ke blog ni lagi ye 🙂

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

10 Comments on "KEPENTINGAN ALAT PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK"

  1. rindu pulak dengan barang2 mainan masa budak2 dulu
    payah nak jumpa sekarang ni

  2. Dulu alat permainan kena buat sendiri…sekarang mak bapak kena beli.

  3. Emm kadang2 anak-anak ni pelik gak..mainan dia dah melambak dalam bakul..nak juga main menda yang kita tak bagi..contoh tukul lah..gergaji lahh..paku lahh…adoii pantang nampak menda pelik mcm tu…

    • Budak2 memang ada naluri nak tahu yg tinggi, mcm kita dulu2 jugak kan ^_^ . Sekali bila dah terkena, baru la tau serik. Erkk, mungkin nak belajar bertukang kot ? Hahaha

  4. teringat zaman dulu kala plak dah

  5. betul kak, permainan ini boleh membantu utk perkembangan otak mereka, skrg ni belikan bola sepak tu, suka sangatlah si adam, kakaknya pun tumpang sekaki ;), bila berebut fening 😉

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me