KENALI WATAK ANAK KITA

By | October 7, 2012

Salam hujung minggu

Kisah yang nak saya kongsikan hari ni tak de kaitan dengan bisnes dropship mahupun tips pilih template untuk naikkan rating blog.

Walaupun peristiwa ni dah berlaku beberapa minggu lepas, tapi until hari ni saya tak boleh lupa…. Rasa geram  ada,nak ketawa pun ada…

Al kisah sorang murid lelaki Tahun 4C, namanya biarlah saya sebutkan sebagai MA saje. Ha,ha bukan apa…nanti kalo letak nama betul, tak pasal2 mak bapak dia saman pulak nanti. Maklumlah, zaman sekarang ni kan tak boleh silap sikit. Asal silap sikit saman,saman,saman…boleh jadi sumber pendapatan lah pula asyik nak menyaman orang je 🙂

Ok dipendekkan cerita,habis subject saya,  dengan hati yang bengkak saya turun ke kantin nak basahkan tekak. Rasa macam nak meroyan manage budak MA  sorang ni. Kerja rumah tak pernah sekalipun siap. Bila disoal sedikit, dia buat muka sedih. Dah la prestasi tak macam rakan lain, nak dibantu macam2 pula pe’el dia. Setiap kali, pasti ada alasan dia untuk cover. Dan nak tau apa alasannya bila homework tak siap ?

Mak suruh tidur ! Wahh, bagus betul kan mak dia ?! Pukul 8 malam sudah suruh anak masuk tidur…. 😉 Berat lah kalau macam ni.

Ok, back to our story tadi. Masa pertukaran subjek tadi,sebelum rakan saya punya turn , rupa-rupanya si MA ni telah terjumpa seekor cicak mati kekeringan akibat tersepit kat dalam mejanya.

Bayangkan dengan bau bangkai yang kuat aromanye tu, si MA ni dengan selambanya boleh pegang-pegang dan bawa bangkai cicak tu ke sana-sini. Agenda, tentu boleh agak..iaitu usik girls yang dalam kelas tu. Apalagi  riuh seluruh 4C pagi tu, ala2 riuh pagi radio era.

At last, agaknya dah letih mengusik, si MA ni pun berhenti. Masa ni lah  agaknya, baru dia terperasan bau bangkai cicak tu  dah melekat kuat pada kedua-dua belah tangannya ( tadi masa sibuk buat jahat pada orang, maybe dia tak perasan.. ).

Apa lagi, uwek…uwek, habis mejanya kena muntah sendiri ! Haa

Lagi hot, bila si MA ni mati-mati tak nak bersihkan mejanya. ( Satu sekolah kenal si MA ni sebagai anak yang sangat dimanjakan oleh ibu bapanya ). At last, ada 2,3 orang rakannya yang bantu bersihkan. Ala-ala jadi maid dia gitu.

Nasib baik lah masa tu turn saya dah habis. Kalau tidak, tak dapat lah nak dibayangkan…. 😉

Isu yang nak saya utarakan kat sini, sebagai parents adakah kita kenal watak sebenar anak2 kita sendiri?

Terkadang watak mereka di rumah sangat berbeza dengan watak mereka di sekolah… So, ada baiknya kita siasat dahulu aduan mereka, sebelum melenting dan tak pasal2 serang hendap pihak sekolah.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me