CABARAN MEMBESARKAN ANAK REMAJA

Tengah hari tadi, selesai tugas saya sempat lepak-lepak hilangkan penat kat SALC PSS. Masa suka2 baca novel kanak-kanak, rakan saya sempat tayangkan sebuah filem bertajuk “Aku Tak Bodoh “.

Arahan siapa tak pasti lah ( huhu…sori ye). Tujuannye nak dedahkan pada budak2 yang dah habis exam tu pada moral value yang sepatutnya ada dalam kehidupan berkeluarga dan bagaimana cara sepatutnya parents berinteraksi with their kids.

Mulanya saya tak pay attention sangat pada tayangan tu. Dok pulun nak habiskan buku cerita yang boleh dikira agak menarik tu. Tapi pada satu babak di mana Sudin kena torture dengan ayahnya yang tak puas hati dengan minat anaknya tu,  rasa tersentuh hati jugak. Terus berhenti baca buku cerita tu.

Naskah yang tak berapa meletop tu ( I think….sebab tak pernah dengar sangat pun. Hehe,jangan saman pulak  ye..) agak touching walaupun diselang seli dengan unsur lelucon keletah anak-anak .

Membesarkan anak remaja yang dalam lingkungan 14 -16 tahun memang very challenging dan tak semudah yang disangka. Apa yang dipapar dalam filem tersebut  memang adalah gambaran sebenar apa yang akan terjadi  jika mak bapak  tersilap cara mendekati anak pada baya ini.

Watak ibu suka berleter yang dimainkan oleh Amy Mastura, memang real. Dalam ketawa, diri rasa terpukul juga. Melihat tingkah Amy Mastura sebagai ibu  terasa seolah melihat diri sendiri pula..

Sayangnya, saya tak berpeluang menonton cerita tu sampai habis disebabkan ada hal lain yang perlu dibereskan.InsyaAllah lepas ni i will.. Cuma dimaklumkan oleh kawan saya, moral value cerita tu jelas terserlah pada hujung ceritanya.

Saya suka sekali nak recommend pada semua tak kira la ada anak remaja ke tak especially to those  working  parents out there, cubalah tonton sat cerita tu. Lebih elok jika dapat tonton bersama dengan anak2 tu… Kot2 ada perkara boleh diperbetulkan before its too late.

Ok, bagi yang mungkin  minat nak tengok movie tu,cubalah google “Aku Tak Bodoh ” kat youtube. 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me