Buku Kehamilan dari Prakonsepsi Sehingga Kelahiran

By | November 1, 2015

Menjadi seorang isteri dan kemudiannya melahirkan anak adalah seperti satu kitaran hidup yang lengkap bagi seorang wanita normal.

Dalam perkahwinan pun , kehadiran cahaya mata sememangnya ditunggu-tunggu. Jarang sekali kita dengar pasangan suami isteri yang tidak mahu kan anak sepanjang hayat mereka.

Menerima khabar bahawa isteri hamil adalah detik indah bagi setiap pasangan. Namun, kehamilan bukanlah satu proses semudah yang disangka. Apatah lagi untuk kehamilan kali pertama.

Bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan kelahiran seorang anak yang comel dan sihat sempurna, persiapan awal dan penjagaan rapi sejak awal kehamilan seperti pemakanan ibu mengandung, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya haruslah diutamakan.

Pengetahuan tentang perkembangan janin serta tanda-tanda menuju proses kelahiran perlu ada bagi setiap suami isteri bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti bayi lemas dalam kandungan yang boleh memudaratkan perkembangan bayi itu sendiri kelak.

Jadi, bakal ibu bapa patut memiliki banyak pengetahuan berkenaan kehamilan bagi menyiapkan diri menerima kehadiran orang baru nanti.

Buku Kehamilan dari Prakonsepsi sehingga Kelahiran mungkin dapat membantu anda sebagai bakal ibu bapa .

Buku Kehamilan dari Prakonsepsi sehingga Kelahiran merupakan sebuah buku yang diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd bersumberkan maklumat-maklumat daripada BabyCenter Malaysia.

Untuk makluman anda, BabyCenter adalah sumber rujukan berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi dan kanak-kanak yang amat dipercayai oleh lebih 16 juta ibu bapa di seluruh dunia.

Menariknya buku ini mengandungi panduan utama untuk fasa awal kehamilan, fasa kelahiran, sehinggalah minggu-minggu terawal bersama bayi baru lahir.

Buku dengan jumlah 328 muka surat ini amat sesuai dimiliki dan dijadikan rujukan kerana 3 sebab berikut :

• Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter adalah paduan sahabat, ibu, doktor, bidan, dan doktor obstetrik, yang memaparkan gabungan kepakaran profesional antenatal dan tips praktikal daripada para ibu bapa yang pernah mengalami situasi sama.
• Maklumat yang dipaparkan sangat bermutu dan berguna bagi membantu para ibu bapa membuat pilihan terbaik untuk mereka dan bayi.
• Semua persoalan seperti apa yang boleh ibu hamil makan, mengapa ibu hamil begitu penat dan beremosi, bagaimana untuk mengetahui tanda-tanda yang masa bagi melahirkan sudah tiba, dan 1001 macam persoalan lain , ada jawapannya di sini.

Selain daripada buku Kehamilan dari Prakonsepsi sehingga Kelahiran , buku Diari Kehamilan ini juga mungkin dapat membantu anda memahami setiap inci proses kehamilan sehingga proses melahirkan.

Moga sharing ini sedikit sebanyak berguna buat pasangan suami isteri yang sedang merancang kehamilan atau pun menunggu kelahiran 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 thoughts on “Buku Kehamilan dari Prakonsepsi Sehingga Kelahiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me