BUDAYA MEMBACA : Rumah Adalah Tempat Bermula

Salam sejahtera,

Mood update blog sejak dua menjak ni macam yoyo, turun naik turun naik. Apabila dah mula jadi begini, memang makan masa juga untuk maintain semula.buku-buku

Dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ni, tiba-tiba aje jadi sibuk entah apa-apa..Pagi memang dah tetap kena pergi sekolah, petang begitu juga. Hujung minggu pun ke sekolah. Tentu saja rutin lari dari kebiasaan, jadi ruang untuk menulis pun macam dah tak ada ( heheh…hendak seribu daya, tak hendak asyik lah berdolak-dalih ye tak ? )

Semalam selepas hantar si adik ke IKM untuk program bengkel UPSR, terus bergegas ke KMC untuk rutin bulanan blood test Mr Hubby. Sampai je di KMC , tup tup doktor pula bercuti. Alahai ! Salah sendiri juga sebab tak call dulu untuk bertanya. Entah macam mana, langsung terlupa. So, terlanjur ada di situ, terus buat juga blood test walaupun tak dapat nak berjumpa dengan Doktor SF. Tak pe, next week tak yah amik2 darah dah, just pi jumpa doktor sahaja.

Sebelum balik, sempat jengah best friend. Sape lagi kalau bukan Mr  POPULAR. Tak sah kalau pi jalan2 Alor Setar tak jumpa dia ni… ???? Alaaa, kedai buku daa 😀

Tapi, untuk kali ni tak ada beli buku, sebab daripada 3 buah buku yang dibeli 2 minggu lepas hanya I Want To Be A Writer dan Ingin Menjadi Penulis ? sahaja yang habis dibaca manakala Cendol Pulut Santan Lebih buah pena penulis kegemaran saya belum sempat disentuh, malah plastik pembalutnya pun belum berbuka.

Kebiasaannya jika ke kedai buku, kami suami isteri akan membawa anak-anak bersama. Semenjak daripada usia mereka seawal setahun lebih kami sudah biasakan mereka begitu. Amalan ini berlarutan sehingga hari ini.

Untuk permulaan, kami belikan mereka buku bergambar. Pastinya yang berwarna-warni. Bukan apa, kanak-kanak memang mudah tertarik dengan objek atau gambar berwarna rite ? Kebanyakan ibu bapa memang sudah tahu akan hal ni dan ramai yang mempraktikkannya.

Buku bergambar kami selang selikan dengan buku mewarna. Buku  ABC dan flash card  jenis-jenis haiwan, sayur-sayuran, objek, kenderaan serta segala jenis kad imbasan pengenalan kepada huruf dan benda maujud menjadi koleksi pembelajaran untuk mereka. Masa tu jika ke Mydin KT, pantang nampak sahaja flash card set saya dan suami akan beli. Sampaikan ada kalanya, terbeli set serupa yang sudah sedia ada tapi cuma kami suami isteri saja yang tak perasan. Hu hu hu, akhirnya set serupa saya bawa ke sekolah dan letakkan di dalam kelas sebab kebetulan masa tu saya juga mengajar Tahun 1. Tak pe lah, anggap sedekah sahaja.

Selain tu, kami juga belikan buku cerita yang ceritanya pendek sahaja. Satu halaman ada satu  atau dua ayat sahaja. Sebelum mereka pandai membaca, kami bacakan untuk mereka. Di rumah, dalam kereta, sebelum tidur saya atau Mr Hubby akan bacakan untuk mereka. Jika ada cerita tentang ayam, sengaja kami tokok tambah, buat bunyi ayam berketuk atau berkokok walaupun dalam teks cerita tidak disebutkan bunyinya.Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk merangsang minat mereka terhadap bahan bacaan.

Alhamdulillah, seawal umur 4 tahun, kedua-duanya sudah dapat membaca dengan lancar walaupun belum dihantar ke mana-mana tadika atau pra sekolah.

Setelah masuk sekolah, galakan untuk mereka membaca kami teruskan. Saya selalu meminta agar mereka meminjam sekurang-kurangnya sebuah buku daripada perpustakaan sekolah. Kemudian, minta mereka ceritakan semula cerita tersebut.

Kadang kala pula, semasa drive pulang ke rumah saya akan minta mereka bacakan tajuk berita dalam akhbar. Adakalanya saya buat-buat tak faham dengan tajuk tersebut lalu mereka sama ada si adik atau si abang akan bacakan cerita penuh berita pada hari tersebut. Taktik ni, memang berkesan kerana lama kelamaan, mereka sendiri akan membacakan berita tersebut tanpa diminta.

Semakin mereka dewasa, minat membaca sudah kelihatan ketara. Setiap kali keluar, destinasi permintaan tentu sekali kedai buku. Jika tak pergi, alamat masam mencukalah wajah masing-masing. Walaupun, terpaksa berbelanja lebih, pendedahan awal terhadap budaya membaca kelihatannya tidak menghampakan. So, sudah nampak berbaloi..

Sehingga ke hari ini, jika sesekali melakukan perjalanan jauh sama ada makan angin atau balik kampung, perkara wajib dibuat ialah singgah terlebih dahulu di mana2 kedai buku. Pelbagai jenis majalah, akhbar dan buku cerita menjadi bekalan wajib , bahan penghilang bosan selagi tidak sampai ke destinasi dituju.

Alamak panjang cerita dah ni….actually apa motif sebenar ?

Saya bukan berniat menunjuk-nunjuk, jauh sekali mahu membangga-banggakan anak . Atau mahu menyatakan bahawa kami suami isteri ini pandai mendidik. Tidak, bukan itu tujuannya. Di luar sana, mungkin anda yang tengah membaca entri ini adalah ibu bapa hebat, yang pendekatannya berbeza, jauh  lebih proaktif dan lebih advance.

Yang mahu saya sampaikan di sini bahawa, budaya membaca anak harus dipupuk bermula dari usia kecil lagi. Ini bukan tentang minat jauh sekali untuk dianggap kebolehan atau bakat semula jadi. Budaya membaca dalam kalangan anak-anak harus disemai dan rumah adalah tempat bermula. Yes, di rumah . Rumah adalah tempat bermula. Dan ibu bapa lah yang perlu memainkan peranan !

Apabila ada contoh teladan, insyaallah akan ada ikutan. Siapa lagi kalau bukan ibu bapa sebagai role model. Menunggu sehingga mereka masuk ke alam persekolahan, barulah hendak bermula tentulah tidak relevan dan banyak kerugiannya. Yang rugi bukannya orang lain, tetapi anak-anak kita sendiri juga.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

10 comments

  1. betul tu cikgu, anak2 saya ni pulak suka beli buku mewarna yang ada sticker, yg kakaknya beli asuh, hopefully minat membaca ini akan berterusan, kdg2 nak marah juga sebab kerap sangat beli tp kdg2 tak buat pun akiviti dalam buku tu, tp fikir dari sudut +ve takpelah

    1. x pe berhabis sikit ke arah yg baik. Anak2 adalah amanah, tentu semua parents mahu berikan yg terbaik. Sbg mak bapa, kita hanya cuba buat yg terbaik. Taklah timbul sesal kemudian hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me