7 TIPS MUDAH MEMILIH PUSAT TUISYEN

By | February 16, 2014

Sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang  bakal menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR,SPM dan sebagainya pada tahun ini, saya percaya tentu wujudnya kebimbangan tentang kesediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan tersebut tika tiba saatnya nanti.

Tentu saja untuk melihat mereka berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, pelbagai ikhtiar dilakukan. Paling lazim dilakukan oleh para ibu bapa adalah menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.

Tindakan menghantar anak ke kelas tuisyen adalah merupakan satu langkah yang bijak dan menjadi pilihan popular dalam kalangan ibu bapa. Walau bagaimanapun, untuk memastikan tindakan atau keputusan itu berbaloi, anda harus mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memilih pusat tuisyen. Di bawah , saya senaraikan 7 tips mudah memilih pusat tuisyen agar dapat dijadikan panduan oleh ibu bapa khasnya.

7 Tips Mudah Memilih Pusat Tuisyen

1. Jenis Pusat Tuisyen

Pada masa kini terdapat beberapa jenis tuisyen seperti personal tution, tuisyen berpusat, tuisyen gaya pos dan tution online. Pemilihan jenis tuisyen ini bergantung kepada pendekatan atau gaya belajar anak anda sendiri. Jika anak anda cenderung belajar sendiri ( self-study ) maka tuisyen yang mungkin sesuai dengannya adalah tution online.

2. Jarak Rumah & Pusat Tuisyen

Sebaik-baiknya pilih pusat tuisyen yang letaknya hampir dengan rumah. Ini bagi memudahkan anda berulang-alik menghantar dan mengambil mereka nanti selain daripada menjimatkan masa, tenaga  dan kos minyak 😀

3. Keperluan Subjek ( Mata Pelajaran )

Teknik Mahir Matematik Cara Mudah Bagi Murid Lemah Matematik

Rata-rata pusat tuisyen hari ini menawarkan banyak subjek lain selain daripada subjek teras atau subjek wajib dalam peperiksaan. Tidak kira apa jenis subjek atau mata pelajaran sekali pun, ada baiknya anda memilih subjek yang kurang dikuasai oleh anak anda . Ini bermakna pilih subjek yang lemah dan perlu diatasi segera sahaja. Pemilihan sebegini akan dapat membantu anda mengurangkan kos perbelanjaan yuran tuisyen sekaligus memberi ruang penjimatan yang lebih. Ia juga akan dapat membantu anak anda dalam mengurangkan bebanan tumpuan terhadap mata pelajaran kurang penting dan telah pun dikuasai.

Nota : Tidak perlu mengikut cara orang lain. Pilih ikut kemampuan dan usah mudah terpengaruh dengan tawaran pakej harga jimat jika mengambil semua mata pelajaran seperti yang ditawarkan oleh pengusaha pusat tuisyen.

4. Branding / Kredibiliti


Seboleh-bolehnya pilih pusat tuisyen yang kukuh, dikenali ramai kerana prestasinya serta telah mendapat kepercayaan banyak pihak. Faktor ini bukanlah pengukur mutlak bagi keberkesanannya kerana ada juga pusat tuisyen kecil yang baru ditubuhkan, kurang dikenali tetapi tetap dapat melahirkan calon yang cemerlang. Sebagai pelanggan yang tinggal hampir dengan pusat tuisyen yang dipilih anda tentu pernah mendengar ‘cakap-cakap’ mengenainya jadi anda tentu lebih memakluminya.

5. Kapasiti Kelas

Hal ini juga patut diberikan perhatian sewajarnya sebelum anda memilih mana-mana pusat tuisyen. Kapasiti atau jumlah murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas tuisyen mungkin mengurangkan peluang interaksi atau tunjuk ajar yang lebih terperinci daripada tenaga pengajar terhadap anak anda. Bukankah salah satu tujuan tuisyen adalah untuk mendapatkan bimbingan lebih khusus daripada guru tersebut ?

6. Masa Bimbingan ( Jadual Kelas )

Kuasai Bahasa Inggeris Dalam Tempoh Singkat

Pemilihan pusat tuisyen juga mesti berdasarkan masa bimbingan atau masa pembelajaran supaya jadual yang dipilih tidak bertindan atau bertembung dengan aktiviti lain yang perlu dihadiri oleh anak anda. Sesetengah pusat tuisyen mengadakan kelasnya pada waktu petang yang kemungkinan besar bersamaan dengan jadual ko-kurikulum anak anda. Jadi perlu penelitian lebih terperinci di situ.

7. Budget ( Anggaran Perbelanjaan )

Sudah tentu faktor ini perlu diambil kira sebelum anda menghantar anak anda ke mana-mana pusat tuisyen. Cuba lakukan survey di beberapa buah pusat tuisyen dan buat perbandingan dari aspek yuran, subjek , masa bimbingan, kos pergi balik dan sebagainya. Ini dapat membantu kita merancang perbelanjaan dan melakukan penjimatan.

Ok, demikian 7 tips mudah memilih pusat tuisyen untuk anak-anak kesayangan kita. Apa yang dicoretkan di sini hanyalah sekadar sedikit pengetahuan berdasarkan pengalaman sendiri. Ia mungkin berbeza dengan cara dan kemampuan masing-masing. Satu perkara yang pasti sama ialah pengorbanan ibu bapa demi melihat anak-anak berjaya.

Mak bapak mana yang tak sayangkan anak-anak ye dak …. 🙂

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 thoughts on “7 TIPS MUDAH MEMILIH PUSAT TUISYEN

  1. suri

    saya tak ada pengalaman tu anak makin besar perbelanjaan makin meningkat. bila keperluan mampu mesti kita nak yang terbaik untuk anak-anakkan.

    Reply
  2. TehR

    elok juga tanya anak tempat yang dia suka
    kita mak ayah ni bagi garis panduan empat yang sesuai

    Reply
  3. Nazlin Arde

    terima kasih puan atas perkongsian…

    anak sy thn ni darjah 6.bru start hantar dia ke pusat tuition.jenuh juga akhir thn lps mencari mn yg sesuai.lst skali jumpa…syukur alhamdulillah.

    sy pilih yg buat kt rumah shj.kbtln teacher tu dh ada pengalaman ajar tuition dlm 10thn.tp dia bkn cikgu sekolah.kelas yg limited (1 kelas x ramai).then cikgu tu rapat dgn murid.blh sembang apa2 aje topik….mcm k-pop.hihi…indian teacher.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      indian teacher pun minat k-pop yer .. hihi :). Itulah kita mak bapak ni, sanggup bersusah payah dan berhabis demi kejayaan anak-anak kan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me