10 PANDUAN LINDUNGI ANAK DARIPADA PENDERAAN SEKSUAL

By | April 23, 2013

Salam Selasa,

Semalam dalam sebuah akhbar ada disiarkan kisah seorang kanak-kanak OKU yang  disula dengan dawai besi oleh seorang remaja di sebuah pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan Seremban.

Tak pasti pula sama ada berita itu ada disiarkan di Buletin Utama malam semalam sebab saya berada di luar ketika itu. Kalian boleh cuba belek-belek semula Harian Metro semalam sambil-sambil baca berita pilihan raya untuk mengetahui berita penuh mengenainya ( Saya gagal dapatkan pautannya.. sori 🙁  )

Tidak boleh dibayangkan bagaimana sakit dan terseksanya kanak-kanak OKU tu apabila diperlakukan sedemikian . Digigit seekor semut api pun sudah terasa begitu sakit, apatah lagi apabila dubur disula begitu.

Khabarnya, remaja yang membuat onar itu kini dalam tahanan dan pemerhatian wad psikiatri di HTJS. Terlintas di fikiran betapa masyarakat kita hari ini dilanda wabak kebejatan moral yang serius. Mungkin ini lah akibat menonton video lucah … who knows kan.

Kepada ibu bapa yang sering menghantar anak-anak ke pusat jagaan, tentunya berita ini sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di hati. Mana tahu hal yang sama atau mungkin lebih buruk lagi boleh menimpa anak-anak kesayangan kita.

Dalam hal ni, sering-sering lah pantau di samping berdoa agar dijauhkan hal-hal sedemikian rupa.

Sebenarnya, terdapat 10 panduan lindungi anak daripada penderaan seksual yang boleh kita praktikkan. Orang kata mencegah itu lebih baik daripada merawat. Marilah kita sama-sama terapkan panduan berikut untuk kesejahteraan & masa depan si permata hati.

1.Wujudkan komunikasi 2 hala yang berkesan

Komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak boleh membantu memupuk rasa percaya mereka terhadap orang yang diharapkan dapat melindungi mereka. Apabila wujudnya keyakinan, mereka berani mengadu atau bercerita tentang pengalaman seharian.  Percaya atau tidak, sesetengah anak-anak menjadi perahsia kerana ibu bapa sendiri malas melayan pertanyaan atau aduan daripada mereka. ( Ini kes ibu bapa yang terlalu sibuk dan lebih mengutamakan pekerjaan. Mungkin juga addicted dalam blogging sampai  lupa hal sekeliling …hu hu hu, alamak ada yang terasa ye ).

2. Peruntukan sedikit masa untuk mereka

Luangkan masa untuk bertanya tentang kegiatan harian mereka. Dengan siapa mereka berjumpa hari ni, apa aktiviti yang mereka lakukan di pusat jagaan, bermain permainan apa dan sebagainya lagi. Secara tak langsung maklumat diperoleh dan ia juga membantu anak berasa dihargai.

3. Tegaskan mengenai apa yang baik dan buruk

Berdasarkan panduan nombor 2, gunakan juga kesempatan untuk memberi penjelasan tentang apa yang buruk dan baik. Tekankan agar tidak membenarkan individu lain yang tidak atau kurang dikenali daripada menyentuh mana-mana bahagian tubuh tanpa adanya penjaga atau ibu dan ayah di sisi.

4. Dedahkan maklumat awal tentang penderaan seksual

Walaupun bunyinya seperti tak logik sahaja, namun biasakan diri untuk menyalurkan sedikit demi sedikit maklumat tentang betapa salahnya penderaan seksual dan bagaimana mereka harus menghindarinya. Contohnya dengan menyatakan bentuk-bentuk sentuhan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan sesama rakan dan orang yang lebih dewasa.

5. Perjelaskan bahagian-bahagian tubuh

Memang menjadi tanggungjawab asas untuk ibu bapa memberitahu anak-anak tentang fungsi asas tubuh badan. Lakukan penjelasan secara berperingkat dengan bahasa dan cara yang mudah difahami. Sediakan jawapan sesuai untuk pertanyaan mereka nanti kerana konsep pemahaman kanak-kanak sangat sempit &  berbeza berbanding orang dewasa.

6. Gunakan teknik permainan atau penyelesaian masalah

Sebagai contoh, ceritakan bahawa ketika Ali bermain dengan Aminah, Ali secara tidak sengaja tersentuh pada bahagian dada Aminah. Aminah pun menangis… Cuba dapatkan jawapan daripada anak mengapa Aminah berkelakuan demikian, selepas itu berilah penjelasan anda.

7. Selamatkan diri

Ajari anak agar menjauhi individu tidak dikenali dan kelihatannya sedang cuba menghampiri dirinya dengan pergi ke tempat yang terdapat ramai orang. Sekurang-kurangnya mereka selamat di situ.

8. Terapkan kepada siapa anak boleh percayai

Nyatakan siapakah yang patut mereka percayai dan nyatakan ciri-ciri individu yang patut mereka hindari. Bukan untuk tujuan menaburkan benih syak wasangka, tapi lebih kepada keselamatan diri.

9. Terapkan perasaan sayang & hormat terhadap tubuh badan sendiri

Ini juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa.  Latih anak supaya hormat dan  sentiasa tahu untuk menjaga keselamatan diri sendiri.

10. Selidiklah dahulu

Kenal pasti lah dulu latar belakang pusat jagaan atau orang yang bakal menjadi penjaga anak-anak sementara kalian berdua keluar bekerja.

Ok, cukup 10 panduan lindungi anak daripada penderaan seksual. Praktik sebaik mungkin, selebihnya berdoa dan berserahlah kepadanya. Insyaallah, selamat.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “10 PANDUAN LINDUNGI ANAK DARIPADA PENDERAAN SEKSUAL

  1. ajumohit

    risaunya saya kak, bg yg punya anak perempuan pasti seriau memikirkannya, moga2 peringatan di atas dapat membantu ibu bapa seperti saya mendidik anak supaya tahu situasi utk mereka bertindak

    Reply
    1. SisHaza Post author

      itulah dia, jgn lalai… bnyk sgt dah contoh perkara macam ni berlaku kat sekeliling kita

      Reply
  2. suri

    salam..
    pkbar sht tak?

    sy ada ank kecik girl takut. tpi ckp dg dia nnti anak besar cuti sekolah sy masuk kelas pertahanan dri.. sy hrp impin sy akan tercapi..

    skrg jiran2 adik2 brdik tak blh pcya apa lagi ayh nya..sb skrg org byk ebrtuankan nfsu semata2…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me