Tudung kanak-kanak
MODAL KECIL UNTUNG BESAR – Kongsi Macam2 Cerita

MODAL KECIL UNTUNG BESAR

Modal Kecil Untung Besar “ adalah sebuah buku kecil yang saya temui di kedai buku POPULAR kala keluar window shopping  dengan Mr Hubby dan anak-anak pada hari Ahad lalu. Tertarik dengan koleksi 120 resepi masakan di dalamnya saya pun beli bersama dengan beberapa buah buku lain walhal sebelum ni tak pernah sekali pun beli buku resepi hihi 😀 Modal Kecil Untung Besar  ni adalah keluaran Buku Prima yang mampu menjana idea para pembaca khasnya suri rumah bagi memulakan perniagaan makanan dari rumah.

Secara peribadi, ia ada kebenarannya kerana resepi-resepi yang terdapat di dalamnya adalah koleksi resepi yang sesuai untuk perniagaan kecil. Antara resepi yang menarik perhatian saya ialah resepi  halwa kundur, agar-agar kering, kulit wantan dan jeli kelapa.

Seingat saya lebih kurang 3 tahun dahulu ada seorang suri rumah yang menjadikan blog blogspot nya sebagai medium untuk menjual agar-agar kering yang dibuatnya sendiri di rumah. Saya lihat permintaan sangat tinggi dan dia memang tak menang tangan.  Tak tahulah bagaimana keadaannya sekarang sebab dah lama tak menjengah ke kedai online nye tu.

Sebenarnya itu adalah merupakan salah satu contoh bagaimana para suri rumah boleh menjana pendapatan sampingan dengan hanya melakukannya dari rumah. Mungkin ada yang berfikir bahawa untuk memulakan perniagaan dari rumah harus memiliki blog. Jika ada yang berfikir begitu, maka jelaslah bahawa persepsi sebegitu harus di perbetulkan.

Untuk memulakan perniagaan kecil anda tidak semestinya mempunyai blog. Memiliki blog hanya sebagai satu nilai tambah.  Promosi dari mulut ke mulut dengan cara memberikan hasil air tangan kita kepada jiran sekeliling untuk merasanya sudah cukup membantu untuk mendapatkan pelanggan pertama dan seterusnya. Selepas itu, market atau pasaran akan datang sendiri. Jadi apa yang diperlukan hanya sedikit modal kecil dan kemahuan untuk mencuba.

Berbalik kepada buku kecil tadi, apa yang menariknya selain harga nya yang murah ( RM 12.90 sahaja )  ialah ia juga menyelitkan resepi cincau dan cupcake. Cuma kalau mahu lebih mahir membuat cupcake yang sedap, kenalah ikuti tutorial membuat cupcake  sebab kat dalam buku ni tak ada 🙂  Sedikit kekurangan buku ini ialah ia langsung tidak menyelitkan resepi membuat putu buluh  dan resepi taufufah hihihi.  Kalau nak juga perlulah belajar di sini.

Ok, sekian dulu motivasi lewat petang untuk suri rumah. Daripada duduk-duduk sahaja mengasuh anak, memasak dan sebagainya ada baiknya mula pertimbangkan untuk menambah pendapatan keluarga. Mana tahu esok-esok anda hilang tempat bergantung, suami cari wanita lain, suami jatuh sakit ke  .. at least ada juga sumber untuk bergantung menampung kehidupan  kan.. Hidup  ini kan di luar kawalan kita dan sukar untuk dijangka 😐

p/s : Jangan lupa terjah lagi. Nanti saya akan kongsi resepi pau yang best, siap dengan tips nya sekali uolls.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

7 Comments on "MODAL KECIL UNTUNG BESAR"

  1. dimana ada kemahuan di situ ada jalan… cuma semuanya pada diri sendiri sahaja… Allahualam…

  2. itu tujuan untuk membina kerjaya untuk berjaya 🙂

  3. Emm kadang-kadang orang tak nampak menda ni..orang hanya nampak modal besar, untung pun besar..kan akak?

  4. senang kalau nak buat duit tambahan sekarang ni. Semua boleh buat dari rumah.

  5. siapa yang rajin memang murah rezeki
    rajin fikir
    rajin usaha
    rajin berdoa
    juga rajin bersyukur

    insyaallah

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me