Salam sejahtera.

Baru saja selesai tulis draft berkaitan PR1MA. Tapi sebagai entri untuk blog yang satu lagi. Wah bukan main lagi bunyinya kan … padahal nak update entri  blog ni sekali seminggu pun jenuh mencari ruang 😀

PR1MA – rasanya ramai dah tahu ia berkaitan dengan perumahan.

Bercakap bab perumahan ni, Alhamdulillah syukur sangat kerana mampu juga miliki kediaman sendiri. Biar pun hanya rumah kotak ( rumah tak ada patern atau design menarik yang direka oleh arkitek tu laa.. ).

Sudah 6 tahun  mendiami rumah sendiri. Biaya daripada pinjaman peribadi disebabkan bertahun-tahun file permohonan untuk menukar  status tanah pertanian kepada tanah kediaman  ‘bertepek dan tersadai ‘ di meja pegawai pejabat tanah.  Disebabkan itu juga, kami suami isteri ni tidak layak memohon loan perumahan kerajaan. Cuba kalau ‘mereka-mereka ini’ bekerja dengan betul dan tak menunggu huluran dari bawah meja, tentu senang saja untuk kami membina rumah yang lebih selesa dan cantik.

Ohh, ayat pedas berapi yang memang disengajakan. Mana tahu kalau-kalau yang terlibat itu terlajak singgah di sini … fahamilah kesusahan orang dek sikap kalian yang tidak amanah!

Apapun, Alhamdulillah ada juga tempat untuk berteduh, membina keluarga dan membina kehidupan.

Rumah tempat kami berlindung daripada panas dan hujan, letaknya di pinggir sawah dan mesra alam.

Tengok sajalah pohon-pohon di bawah ni. Kan ke mesra alam tu …

 photo 589b86e8-974c-4177-8781-7f15bc54bbc9_zps22ca2b40.jpg
Rumpunan pandan di belakang rumah

Semua pokok ni hasil tanaman Mr Hubby. Serasi sungguh dengannya .. kata orang, tangan yang sejuk. Tanamlah apa pun, insyaallah tumbuh. Saya ? Haha, layak jadi tukang snap gambar saja. Ada 3 rumpun pandan tumbuh subur di belakang rumah.  Hidup subur di sekelingnya pula adalah pegaga. Seringkali dikutip oleh jiran sebagai ulaman dan dibuat urap pegaga. Pandan mudah hidup terutama di kawasan yang agak lembap. Cepat membesar dan merimbun. Perlu kerap dibersihkan sekelilingnya kerana ia juga kerap menjadi pilihan sang senduk berlingkar dan beristirehat di bawahnya. Huuu mesra alam lah katakan …

 photo 9bfda727-138a-41d3-8469-5a46fa731f41_zpsee5cabb1.jpg
Kasturi … sedap betul dijadikan jus kalamansi

Ini pula pohon limau kasturi yang ditanam Mr Hubby dalam pasu.  Balik dari sekolah, kerap jadi sasaran saya untuk dijadikan jus kalamansi. Minum tika tengah hari yang panas … perghhh 😀

 photo c06c3fbc-83a6-435a-887e-7214c290fc15_zpsc0dc2fa2.jpg
Kesum … banyak khasiat untuk ibu lepas bersalin

Kesum, pohon herba yang sangat mudah ditanam. Just gunakan rantingnya saja untuk dicucuk ke dalam pasu. Biasanya beli seikat kesum di pasar dengan harga RM1.00 saja. Ranting yang berbaki dimanfaatkan untuk biakkan tanaman ni.

 photo 51e6ed2b-bf5c-4eff-8e17-4f1554c012f6_zps73026fb8.jpg
Kalau nak tahu… ini le rupanya pokok mata kucing

Satu-satunya pokok buah mata kucing yang kali pertama mengeluarkan buah. Teruja kami anak beranak nak merasa hasilnya. Malang sekali , balik saja dari kerja, yang tinggal hanya kulit dan bijinya saja bertaburan di bawah pokok. Allah hai, hamba Allah mana empunya kerja …

Sebenarnya banyak lagi simbol ‘mesra alam’ yang tumbuh subur di belakang rumah. Betik, tebu, harum manis, serai … setiap daripadanya ada satu. Kata Mr Hubby, bukan sekadar untuk dimakan tapi juga agar dikenali oleh anak-anak. Biar mereka dekat dengan alam semula jadi. Sekurang-kurangnya biar mereka tahu bagaimana rupa pokok betik selain daripada iPad !

9 Comments

  1. Memang mesra alam ni cikgu. Seronoknya melihat pohon-pohon menghijau, siap dengan buahnya lagi, huhu, memang menjeleskan. 🙂

  2. seronoknya dapat buat rumah sendiri
    tanah yang luas pulak, siap dengan kebun belakang rumah

    untung siapa yang rajin berbudi pada tanah
    bertani juga satu ibadah

  3. itulah untungnya bila berbudi kepada tanah…bila tengok hasilnya pasti puas hati 🙂

  4. wah! mmg sejuk btl tangan suami….sy suami isteri jgn panas.hahahaha tanam cili pun tak menjd.

  5. betul tu budak2 skang susah nak kenal alam..asyik men game sampaikan halia pun tak kenal..

  6. Memang sudah menjadi amalan menanam pokok buah-buahan dihalaman rumah. Kalau serai dan pandan antara tanaman yang wajib. 🙂

    1. Author

      Ya sekurangnya dapat menyejukkan kawasan kediaman kita kan ..

  7. wahh bestnya rumah bertanah ni, boleh tanam macam2, memang menjadikla tangan husband akak dalam bab bertani ni 😉

Leave a Reply to ajumohit Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *