Tudung kanak-kanak
KUASA MENGEMAS – Kongsi Macam2 Cerita

KUASA MENGEMAS

Alahaiiii ….. Hari ini sudah Sabtu, 29 March 2014. Lusa Isnin, back to school again. Hmm saat-saat begini lah rasa macam nak pencen awal pula. Apa tidaknya,orang lain cuti seminggu sampai ke Bandung perginya tapi Cik Kiah hanya mampu makan mee bandung jer .. sob..sob..sob. Huh u hu tisu, tisu !

Opps, ni malu kalau dibaca anak murid. Tapi realitinya begitulah. Bukan semua yang dirancang akan terlaksana. Hajat di hati cuti seminggu ni hendak menikmati ikan bakar Tanjung Dawai dan  bermalam semalam dua di Pantai Merdeka. Walau tak sama dengan pantai sekitar Dungun, sekurang-kurangnya dapatlah menghirup bayu pantai. Alih-alih dok bertapa di rumah sahaja. Pagi petang pi sekolah. Tak pun hantar si abang ke extra classes dan tuisyen malam. Sampai si Hafiy pun naik boring, sibuk  aje dia memujuk saya ke sana-sini. Tak pernah-pernah nak ajak ke Taman Ular Batu Pahat, Perlis tiba-tiba meragam pula nak pergi tengok  ular-ular yang terkurung di situ. Hmmm sabor jer laa .. Pengorbanan untuk masa depan anak-anak. Begitulah apabila dah jadi ibu bapa.

Bagi mengubat sedikit rasa terkilan ( bohong pula kalu cakap tak ada langsung rasa tak puas hati kan ), saya sibukkan diri dengan aktiviti –aktiviti di rumah je. Apa lagi kalau bukan mengemas dan membelek sepohon dua pokok buah – buahan yang Mr Hubby tanam keliling rumah.

Sebenarnya bagus juga ada kekangan-kekangan begini. Sebabnya rumah pun dah hampir jadi ‘tongkang pecah ‘ sebab dah lama tak buat major service 😀

So, saya mulakan dengan bilik tidur utama dulu. Maaflah, tak sesuai pula nak muat naik gambornye kat sini. Itu kan ruang paling privacy hihik. Saya ubah kedudukan perabot seperti katil dan wardrobe untuk menampilkan kelainan dan ternyata impaknya besar. Sepanjang hari tu rasa lebih happy dan bersemangat . Mood pun ok aje. Nah, kuasa mengemas tu !

Rupa-rupanya mengemas dan membuat perubahan susun atur kedudukan perabot dalam kediaman juga mampu menjadi terapi bagi meredakan ketegangan atau tekanan emosi bagi seseorang individu. Selain mewujudkan kelainan dengan tatahias atau gaya yang berbeza , ia juga secara tidak langsung menggalakkan penyaluran tenaga dalaman yang negatif dalam diri kepada yang lebih positif . Hmm power juga kuasa mengemas ni.

Bagi menambahkan keceriaan dan mengekalkan getaran tenaga yang positif, saya gunakan Glade Automatic 3 in 1 Spray Lavender & Vanilla macam dalam pic kat bawah ni.

Glade Auto Spray

Glade Automatic 3 in 1 dengan bauan Lavender + Vanilla dalam master bedroom bertemakan pink color hihi 🙂

Cantik juga bekasnya ala-ala vase gitu. Sesuai dengan salah satu tujuan ia dipasarkan iaitu untuk dekorasi selain menyahkan bau yang kurang menyenangkan. Glade Automatic yang saya beli kat TESCO  ni suitable and perfect for larger rooms of the home ..  haa cakap omputih lagi  ko Cik Kiah. Walau pun Mr Hubby cakap agak keras baunya, tapi aii like 🙂  Baunya sekali hidu ala-ala bau kacang Macadamia, rasa nak makan  pula hehe..

glade 2

Di ruang tamu pula, saya gunakan AirWick Freshmatic Automatic Spray dengan bauan Fresh Aqua Floral. Reka bentuk alat penyegarnya sudah diperbaharui, lebih slim berbanding yang terdahulu. Bauannya lebih lembut. Kalau nak compare antara kedua-duanya, tak ada yang kalah sebab kedua-duanya saya suka.

Aura Kuasa Mengemas

Aura Kuasa Mengemas

So, sape-sape yang terinspirasi dengan entri ni ( hihihi …macam melampau betul lah  ), dan nak tahu apa lagi pilihan bauan yang ada boleh klik iklan TESCO yang ada sekali-sekala timbul kat sidebar blog ni ( Promosi Cik Kiah ni ).

Bagi yang kesuntukan masa , penyegar udara automatik ni ada di kebanyakan kedai runcit atau pasar raya. Kosnya pun tidak terlalu mahal, lebih kurang sekitar RM 20 – RM 35 sahaja bergantung kepada jenama. Berbaloi-baloi untuk dibeli kerana ia boleh mencapai ketahanan sehingga 60 hari. Jika dah habis , hanya beli pek refill @ isian semulanya saja. Harga kalau tak silap tak sampai pun RM10.00

Namun, bagi yang rajin dan mungkin ada masa kalian boleh juga cuba sediakan sendiri penyegar atau wangian untuk rumah.  Just dapatkan sedikit kuntuman ros, daun pandan, daun limau purut, segengam bunga melur, segenggam cempaka dan  bunga-bungaan lain yang berbau wangi. Semua bahan ni diricih halus-halus dan digaul bersama beberapa titis air mawar . Masukkan ke dalam bekas kecil dan letak di mana-mana sahaja ruang rumah yang ingin diberi sentuhan kesegaran dari alam. Best tau ..

Ok, ini sahaja kisah kuasa mengemas . Moga dapat menjadi inspirasi buat semua.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

4 Comments on "KUASA MENGEMAS"

  1. cantik dia punya design… bau dia pun boleh tahan…

  2. wahh harum semerbak rumah kak, eii intai sikit deko umah akak, cantik 😉

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me