GILIRAN KAMPUNG SIAPA TAHUN NI ?

By | July 28, 2013

Salam Ahad,

Ramadhan dah semakin hampir ke penghujungnya. Terasa cepat sangat-sangat masa berlalu kan ?!

Cerita bab lepak kedai kopi lepas Tarawih sudah selesai. Wah, panas juga  entri tu ye …  Kalau ada yang terasa maaflah,  di hari baik bulan baik ni saya tak ada niat walau seinci pun nak kiaskan kepada sesiapa. Salah satu  gaya penulisan yang semacam ada provokasi, memang kadang-kala jadi pilihan saya ( mungkin tidak menepati ciri penulisan entri yang baik, tapi saya tetap ada pandangan sendiri ) … ada yang suka ada yang marah. Biasalah tu

Bab buat biskut raya dan cara membuat meringue pun sudah. Cuma ada beberapa isu lagi yang saya kira hangat pada musim perayaan ni. Itulah yang saya nak cuba kupaskan jika ada kelapangan.

Ok, dah capai kata  sepakat ke tentang giliran kampung siapa tahun ni ? Bukan ke tahun lepas dah balik Kedah? Emm, kalau macam tu giliran balik kampung kat Kuantan lah pula tahun ni… fair and square lah kan.

Isu panas setiap kali menjelangnya Aidil Fitri. Silap-silap bermasam muka dan berperang besar antara suami dan isteri. Dengar cerita ada yang sampai ke tahap nak bercerai-berai dek berbalah giliran kampung siapa tahun ni. Alamak, ini memang tak sedap dengar lah. Patut ke sampai macam tu sekali ?

0

Sumber:Google Images

Dalam hal ni, bawa-bawalah berbincang secara elok. Malu didengar anak-anak dan jiran tetangga. Lagi pun, sebelum ni ada juga balik-balik kampung time cuti sekolah kan. Bukannya tak pernah balik langsung kan .. jadi kenapalah nak bertekak sampai nak bercerai-berai semata-mata hal yang sebegitu.

Anda pernah ada pengalaman tak bab-bab berebut balik kampung ni sebelum ni ? Sejujurnya, saya setakat ni memang tak ada. Bukan lah sebab tak ada kampung nak balik. Cuma saya dan Mr Hubby memang dua-dua jenis yang tak kisah nak beraya di mana sekian-sekian tahun. Nak kata kampung dekat, tak juga. Satu kat Perlis, satu kat Terengganu.

Kalau tiba-tiba je terasa nak balik ke Terengganu, kami on saja. Pernah beberapa kali, kami sekeluarga balik kampung sebaik saja selesai sembahyang raya dan bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Kiranya beraya di tengah-tengah lebuh raya lah ni. Bekal ketupat, lemang dan segala macam jenis biskut tak usah cerita lah … ehehe 🙂

Bercerita tentang giliran balik kampung, saya teringat kisah rakan kepada seorang sahabat saya ni. Beliau berkahwin dengan isterinya yang berasal dari Johor. Si akak S ni semenjak berkahwin sampai beranak-pinak, dan ada antaranya yang dah jadi anak dara  tak pernah sekalipun balik ke sana tak kira musim raya, musim cuti sekolah atau time ada kenduri-kendara.

Sebabnya si suami tak mahu balik, juga tak mengizinkannya balik. Tak tahu apa sengketa yang berlaku antara mereka dengan ibu bapa dan kaum keluarga mereka di sana. Sedih sekali kan jika kita berada di tempat mereka.

Perlu sebenarnya saling bertolak ansur untuk menyelesaikan hal-hal begini. Perlu tahu hukum-hakam dalam agama bagi setiap tindakan yang kita ambil. Perkahwinan adalah satu perkongsian. Berkahwin dengan seseorang bererti kita terikat kepada seluruh anggota keluarganya. Jadi harus belajar menerima buruk baik mereka seadanya.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

” Tidak akan masuk syurga,orang yang memutuskan silaturrahim … “

So, kalau ada yang cerita hidupnya hampir sama dengan kisah di atas fikir-fikirkanlah. Elok gunakan kesempatan Aidil Fitri ni untuk memperbaiki dan menjalin semula hubungan baik sesama ahli keluarga.

Jangan ambil peluang untuk berbaik semula dengan ‘bekas kekasih ‘sudahlah…hu hu hu. Ni dah jadi cerita lain nanti. Manusia kufur nikmat namanya tu.

Ok guys, bawa berbincang elok-elok turn balik kampung  atau giliran kampung siapa tahun ni. Gunakan cara diplomasi bukan guna senduk atau lesung batu … 😛

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

10 thoughts on “GILIRAN KAMPUNG SIAPA TAHUN NI ?

  1. Mohd Shubhi

    Setuju sangat tu !, tak payah sampai bercerai berai sebab nak balik kampung mana. Suka dengan cara admin berkompromi dengan suami. Memang Pasangan contoh ! moga berpanjangan aman damai sebegitu hendaknya, amin!

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Amin,amin.. Tqvm Mr Shubhi. Tak adalah sebaik mana pun, sama mcm org lain juga..ada buruk baik,ada pasang surut. Cuma bab ni, mmg sekian lama diamalkan begitu. Mungkin sebab dah terbiasa. Lagipun dah tua2 ni, dah x kisah sgt dah raya kat mana pun 🙂

      Reply
  2. ajumohit

    saya dan suami sekampung, biasanya tiada masalah beraya, tp masih bergilir juga walapun dekat sangat tu hheheh

    Reply
  3. hafizmd

    Takde guna nak gaduh pasal kes balik kampung mana dulu. kalau faham dan toleransi…apa2 kespun senang nak selesai

    alhamdulillah…saya dan isteri (terengganu & penang) tak pernah berebut nak balik mana…just ikut turn jer…kadang2 kena korbankan turn sbb ada macam2 majlis time raya…

    jadilah 2 tahun tak balik beraya kampung masing2…takpelah…rumahtangga ni kan banyak benda nak kena korban….barulah best =)

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Haa..bila ada hal2 mcm tu, mmg kena tolak ketepi lah turn tu…tapi blh claim balik hihi 🙂

      Reply
  4. Hafizul

    Emm isteri kalau nak jadi isteri yang mithali, kena lah ikut cakap suami..suami kata balik kampung dia, kita balik aje lah..tahun depan pun kalau suami kata balik kampung dia, kita diam aje lah..daripada gaduh mcm tu..tak apa..tak rugi pun tolak ansur ngn suami..haha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me