7 TIPS PERKAHWINAN BAHAGIA

2 hari selepas menulis sketsa cinta, tanpa diduga ada yang senyap-senyap menghubungi saya . Adakah sketsa itu sebenarnya ada kaitan dengan saya ?

😀 terperanjat juga saya. Kelakar pun ada.  Terima kasih kerana dalam diam rupanya ada yang ambil berat heheh. Tapi jangan bimbang, ia bukan kisah saya . Ye sekali lagi ditegaskan bukan.

So far, kami berdua ok ok saja. Macam keluarga orang lain juga. Namun esok-esok tak tahulah. Semuanya kerja Tuhan. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Ujian-ujian kecil memang ada, macam orang lain juga. Kata orang sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ..betul tak ? Semoga yang bertanya itu, dapat mendoakan kesejahteraan kami dunia akhirat ye. Amin,amin,aminnn 🙂

Truly, apa yang saya tulis itu sebenarnya kisah masyarakat. Yang tak seronoknya, kisah dalam kalangan rakan sendiri. Dari tahun lepas membawa ke tahun ini. Orang sekeliling sudah mula berkata-kata. Inilah yang tak sedap dan inilah yang susahnya. Nak ditegur tak kena, tak ditegur laaaagiiilah tak kena. Nanti dikata menyibuk . Kubur masing-masing, sendiri mau ingat. Betul tu …. tapi kalau tak ditegur, lagi berat. Bukan ke namanya subahat. Hmm 😐

Jadi buat masa ini, sekadar doa dan kias-mengias saja yang mampu. Mudah-mudahan pasangan ini cepat-cepat insaf dan sempat kembali ke jalan asal.

Begitulah cerita kehidupan dalam perkahwinan. Ada pasang ada surutnya. Waktu surut inilah banyak dugaannya. Jika tidak berwaspada,maka bergoncanglah rumah tangga.

 Panduan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin 🙂

Perkahwinan sebenarnya adalah tentang semua orang, bukan lagi tentang individu. Maknanya kepentingan peribadi bukan lagi keutamaan sebaliknya konsep kebersamaan pula yang perlu didahulukan. Mungkin ada yang lupa bahawa setiap peranan dan tanggung jawab yang dilaksanakan oleh suami atau isteri dengan penuh rasa amanah, ada ganjaran yang cukup besar daripada Allah SWT.

Perkahwinan bukan medan untuk menunjukkan siapa paling berkuasa atau siapa yang perlu tunduk. Setiap pasangan perlu menjiwai tujuan perkahwinan jika ingin kekal bahagia. Cuba amalkan 7 tips perkahwinan bahagia seperti yang disarankan oleh Ketua Kaunselor, Pusat Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan  ini.

** Komunikasi Berkesan Suami Isteri **

  1. Jadikan agama sebagai teras dalam setiap aspek perbuatan, dalam memainkan peranan kita baik sebagai suami atau isteri.
  2. Amalkan sikap lebih terbuka , cuba memahami dan berlapang dada dalam menjalankan peranan atau tanggung jawab masing-masing.
  3. Permudahkan urusan pasangan dengan cara saling bantu-membantu, tanpa terlalu perlu berkira tugas tersebut tugas siapa. Ini akan meringankan beban masing-masing dan memudahkan banyak hal berkaitan pengurusan rumah tangga.
  4. Wujudkan komunikasi berkesan sama ada antara pasangan atau dengan anak-anak. Kasih sayang juga akan menjadi lebih erat dalam keadaan ini.
  5. Mesti ada rasa saling hormat-menghormati  untuk membantu menangani tekanan dan menjadi teladan kepada anak-anak.
  6. Bersedia untuk menurunkan tahap ego masing-masing supaya setiap masalah atau perkara dapat ditangani tanpa menekan salah seorang daripada pasangan.
  7. Perlu sedar, kebahagiaan rumah tangga turut memberi impak kepada orang lain seperti kaum keluarga, ipar mertua, jiran tetangga dan  sahabat.

Sumber : Utusan Malaysia, Rabu 8 Januari 2014

11 thoughts on “7 TIPS PERKAHWINAN BAHAGIA”

Leave a Reply to puteri kasih Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top