6 PANDUAN RINGKAS JADIKAN BILIK TIDUR LEBIH MENARIK

By | January 6, 2014

Hai Semua,

Seperti yang disebut- sebut dalam 2 entri terdahulu,insyaallah  tahun 2014 adalah tahun penambahbaikan bagi blog ala makcik-makcik ni. Azamnya nak mengurangkan cerita-cerita personal dan menumpukan kepada penulisan yang lebih berinformasi. Ye lah, sebelum ni sikit-sikit cerita tentang anak dia je kan … 😀 hihik.

Cadangnya nak beri sedikit kelainan dengan menambah tips berkaitan penataan kediaman dan juga tanaman hiasan. Itu pun jika ada sumber rujukan yang bersesuaian.

Ok, tanpa membuang masa di sini saya senaraikan 6 panduan ringkas jadikan bilik tidur lebih menarik. Sebenarnya masing-masing pun dah tahu dah tentang ini. Dah lama amalkan pun.. Cuma saya nak mengingatkan semula, kalau-kalau ada yang dah terlupa.

6 Panduan ringkas Jadikan Bilik Tidur Lebih Menarik

  1. Kedudukan katil dalam kamar beradu anda mesti diletak pada tempat yang betul dan pastikan tidak mengganggu laluan. Nak melangkah ke meja solek mudah, nak buka almari baju pun senang – tiada sekatan.
  2. Bagi golongan Muslim, pastikan kedudukan katil tidak mengganggu ruang ibadah seperti ruang untuk bersolat.
  3. Cadar yang dipilih sepatutnya bukan dari jenis fabrik yang mudah berbulu dan memerangkap habuk atau debu. Cadar satin yang berkilat dan panas agak kurang sesuai dengan iklim tropika. Lainlah untuk hiasan raja sehari 🙂
  4. Pemasangan lampu meja atau lampu mudah alih yang dipasang untuk tujuan membaca perlu diberi perhatian. Jangan sampai cahayanya mengganggu pasangan di sebelah anda untuk melelapkan mata. Silap-silap boleh bermasam muka …  &%$?#
  5. Susun atur atau peletakkan katil yang bertentangan bukaan pintu masuk juga boleh menghasilkan pesona menarik yang memikat pandangan jika kena caranya.
  6. Hiasi  bilik tidur dengan balang potpuri buatan sendiri mengandungi campuran seperti beberapa titis air mawar,  kelopak mawar bersama hirisan daun pandan dan sekuntum dua bunga cempaka. Aromanya fuhh memang menenangkan. Romantik gitu kan Cik Kiah ..

 

Banyak lagi tip atau panduan untuk menjadikan kamar beradu anda lebih menarik. Tip-tip tersebut boleh dibaca di sini ye sahabat sekalian .

77 Idea Dekorasi  Kediaman Dengan Bajet Rendah – Klik Sini !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

10 thoughts on “6 PANDUAN RINGKAS JADIKAN BILIK TIDUR LEBIH MENARIK

  1. Mizz Aiza

    bagus panduan ringkas untuk jadikan bilik tidur lebih menarik ini.. kalau bilik tidur ada pot puri mesti rasa tenang je nak tidur..

    Reply
  2. Pingback: 5 TIPS HIAS BILIK YANG KECIL DAN SEMPIT - Kongsi Macam2 Cerita

  3. cik tom

    suka deco umah…tp xde rumah sdiri lg..blh deco umah sewa jelah..kalau ada umah sdiri mesti lg best deco..hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me