5 TIPS HIAS BILIK YANG KECIL DAN SEMPIT

By | January 10, 2014

Salam hormat,

Pada entri lepas, saya ada berkongsi tentang 6 cara mudah menjadikan bilik tidur lebih menarik. Jika ada yang terlepas entri tersebut, bolehlah membacanya di sini. Dan selepas baca, jangan lupa untuk mempraktikkannya ye .. ilmu baru yang dipelajari jika tak dimanfaatkan tentu merugikan saja ye dak .. 🙂

Ok, bagaimana pula keadaannya jika bilik-bilik di rumah kita itu kecil dan sempit sahaja ?

Bilik yang kecil dan sempit tak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak menghias bilik. Jika kena caranya, bilik yang kecil dan sempit juga boleh tampil indah dan memberi keselesaan kepada penghuninya.

Berikut ini adalah 5 tips hias bilik yang kecil dan sempit tanpa perlukan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi. Catat ye Cik Kiah nak beritahu ni.

1. Pemilihan jenis dan bentuk perabot

Unsur ini penting dalam mencorak atau menghias bilik supaya penggunaan ruang bilik dapat diminimakan. Futon iaitu perabot yang boleh dilaraskan daripada sofa menjadi katil boleh dipertimbangkan untuk mengatasi masalah bilik yang kecil dan sempit. Atau boleh saja pilih sofa bentuk ‘L’ yang boleh diletakkan di sudut dinding jika anda perlukan sofa di bilik tersebut.

Contoh perabot Futon dwi fungsi

2. Susun atur perabot

Ciri ini penting dalam mewujudkan ruang yang lebih luas dan bebas bergerak. Sebagai contohnya katil boleh diletakkan merapat ke tepi dinding berbanding kedudukan di tengah-tengah bilik.

😀 Idea Hias Kediaman Kecil Bajet Rendah 😀

3. Pilih sistem penyimpanan kreatif

Untuk menyimpan baju serta barangan lain, cuba dapatkan almari atau kabinet binaan dalam berbanding rak atau almari biasa. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan memberi keluasan yang lebih bagi bilik kecil dan sempit.

Contoh model almari binaan dalam

4. Hiasan dalaman yang ringkas dan perlu sahaja

Bagi mereka yang suka memberikan tema tertentu kepada bilik masing-masing, terlebih dahulu pastikan tema itu bersesuaian dengan keluasan bilik serta tidak terlampau sarat yang mungkin akan membuatkan bilik itu kelihatan  tidak lebih seperti gudang sahaja :-B

5. Wujudkan ruang visual atau ilusi

Pemilihan cat dengan rona cerah dan lembut seperti putih, biru laut  dan sebagainya dapat memberi ilusi ruang yang lebih luas kepada bilik yang kecil dan sempit. Gantungan cermin besar pada dinding pasti saja mewujudkan ilusi ruang berganda serta lebih luas.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

23 thoughts on “5 TIPS HIAS BILIK YANG KECIL DAN SEMPIT

  1. cik tom

    boleh cik tom guna tips hias bilik ni utk rumah sewa ciktom..mmg kecik..hehe..
    thanks…

    ps: plugin related post pe yg sis guna sekali ada dengan pageviews??

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Maksud ciktom yang ‘Pilihan Pembaca’ tu ke ? Kalau yang tu sis guna plugin nrelate Most Popular

      Reply
  2. aimunamanina

    terima kasih dgn tips yg dikongsikan. bilik sewa sy skrg sgt sempat, hanya blh muat katil bujang dan almari, sedikit ruang untuk solat.. dgn ade tips ini, blh la sy cbe utk bilik saya..:) terima kasih..

    Reply
    1. afieqah zalikha

      Terima kasih dgn tips yg dikongsikan.bilik sewa sy skrg sgt sempit,hanya blh muat katil bujang dan almari, sedikit ruang untuk solat…dgn ade tips ini,blh la sy cbe untuk bilik saya…terima kasih

      Reply
  3. azian

    Rumah yang sempit memang perlu diubahsuai..kalau ada modal bolehlah panggil Id sure rumah cantik..Thanks info yang menarik..

    Reply
  4. Bella

    Mana nak dapat almari macam tu? Dh lama sangat cari. Sesiapa boleh tk bagitau mana nak cari almari mcm tu. Ternampak ke bagitau ye. Thnk u ☺

    Reply
  5. Liya Jamaludin

    Tips yg sngt berguna, Sbb bilik sya kecik sngt… Tpi sya tringin cat blik saya wrna purple, apkah kombinasi yg sesuai dgn purple bgi blik yg kecik?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me