10 Tips Pilih Fabrik Bercorak

By | July 19, 2015

Hari raya ke- 3 hari ini sudah tentu ramai yang sudah mula bergerak balik ke kota untuk bekerja semula. Cuti raya yang pendek sebegini sememangnya tak memberi banyak peluang untuk kita berlama-lamaan di kampung.

Bagaimana rasanya sambutan hari raya anda kali ini ? Meriah ?

Di pihak saya sendiri, Aidil Fitri kali ini terasa kurang meriah dan agak hambar. Entah mengapa, kelibat kanak-kanak beraya tahun ini sangat kurang kelihatan. Bukan saya saja terasa keadaan ini, malah perkara sama juga disuarakan oleh emak dan jiran-jiran. Hmm, mungkinkah perayaan ini semakin ditelan zaman dan cara meraikannya juga mulai berubah ?

Saya juga kurang bergerak ke mana-mana, lebih banyak berada di rumah menunggu kunjungan tetamu. Kali ini urang terasa bosan sebaliknya agak teruja kerana bahagian rumah yang diubahsuai telah siap sepenuhnya.

Ya, kami ada melakukan sedikit renovation pada ruang garaj terbuka kepada satu lagi ruang tamu. Alhamdulillah proses ini siap sepenuhnya 2 hari menjelang hari raya. Lega kerana dengan adanya ruang tamu baru ini, tetamu yang datang dapat diraikan di ruang yang lebih selesa manakala anak-anak pula tak terganggu dan boleh teruskan aktiviti ‘ golek-golek sambil menonton ‘.

Oleh kerana budget yang terhad, kerja-kerja penataan kediaman saya lakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat juruhias dalaman. Rumah kampung tepi sawah pun … mana layak nak pakai khidmat juruhias dalaman maa huhuhu.

Betul tak betul konsep warna dan coraknya , ini lah hasilnya.
 photo 9cd89b88-12c8-4927-8a1b-f920223b3286_zps559b7dge.jpg

Dah siap pasang baru terasa menyesal dengan pilihan corak dan warnanya. Tapi benda dah siap, apa lagi yang boleh dikata. Tak pe, tak pe .. raya tahun depan boleh tukar lagi. Haaa, banyak la punya cantik angan-angan kan … hihihi.

 photo 2da72b5e-1235-4ed7-9a6d-7d5ceb0160b7_zpssk2qvm7l.jpg

Ok, terlanjur berkongsi cerita tentang corak langsir dan pilihan warnanya, meh sini saya kongsikan 10 tips pilih fabrik  bercorak agar anda tak melakukan kesilapan seperti saya.

  1. Pilih satu sahaja corak fabrik asas untuk ditonjolkan pada ruang pilihan sama ada corak berbunga, berjalur atau polos. Aplikasikan atau terapkan pada sarung kusyen, alas meja, napkin , langsir dan sebagainya.
  2. Elakkan kombinasi lebih daripada 3 corak agar ruang berkaitan tidak kelihatan serabut dan sempit.
  3. Pelbagaikan skala atau saiz corak yang dipilih. Maksudnya jika anda menggunakan fabrik berskala besar, seimbangkan dengan saiz sederhana untuk fabrik berjalur atau pun fabrik bermotif bunga kecil.
  4. Jangan tumpukan semua corak serupa pada satu sudut tertentu sahaja , sebaliknya terapkan idea sama pada ruang yang lain untuk mendapatkan keseimbangan visual.
  5. Satukan corak dengan warna yang sama. Sebagai contoh, sekiranya asas fabrik anda berwarna hijau , pastikan corak-corak yang lain mempunyai asas warna yang sama iaitu hijau. Jadikan warna hijau sebagai warna utama.
  6. Gunakan corak berskala kecil untuk ruang yang lebih kecil. Untuk ruang yang besar, anda boleh memilih corak berskala sederhana atau gunakan fabrik yang mempunyai tekstur atau solid.
  7. Motif atau corak berskala sederhana kebiasaannya lebih versatile kerana ia lebih menyerlah walaupun dilihat dari jarak jauh Motif berskala sederhana sebaliknya kurang menyerlah jika ditampilkan pada ruang yang kecil.
  8. Motif atau corak berskala besar perlu dipilih dengan berhati-hati kerana jika tersilap memadankannya di ruang kecil akan menyebabkan ruang comel itu menjadi semakin sempit dan menyerabutkan.
  9. Pilih fabrik berjalur vertical untuk menampilkan ketinggian manakala jalur horizontal untuk menampilkan kesan ruang yang lebih lebar.
  10. Padanan warna fabrik dan coraknya juga perlu diperhatikan agar ia tidak kelihatan tenggelam dan gagal menceriakan ruang.

Haa, demikian 9 tips pilih fabrik bercorak yang perlu diperhatikan semasa menata kediaman. Apa yang saya peroleh ini adalah hanya sebahagian kecil tips menghias rumah. Jika anda mampu dan mahu lebih berpuas hati , elok upah sahaja seorang pereka dalaman untuk menentukan konsep sesuai kediaman anda.

Anda juga boleh membaca tips-tips asas memilih fabrik langsir serta padanan warna cat yang sesuai di dalam buku panduan dekorasi bajet dan juga buku ini.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “10 Tips Pilih Fabrik Bercorak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me