February 11th, 2009
Satu ketika dahulu, ketika Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menolak pelawaan bekas MB Perak, Tajol Rosli untuk menggunakan duit kerajaan negeri Perak untuk perbelanjaan perkahwinannya saya pernah menulis, “Raja yang adil disembah, raja yang zalim disanggah”. Ini adalah sesuatu yang berasas kerana wang rakyat seharusnya dibelanjakan untuk kepentingan ramai dan bukannya untuk pembaziran.
Pada ketika itu, Raja Muda Perak dilihat bakal memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia dan sistem monarki di Malaysia.
Krisis di Perak telah menguji kedua-dua pihak, pihak istana dan pihak kerajaan Pakatan Rakyat tentang siapa yang akan mempertahankan undang-undang dan perlembagaan negeri.
Sejak dari awal permulaan krisis politik di Perak kita menyaksikan begitu ramai sekali rakyat berharap agar Sultan Perak berada di pihak rakyat dan membubarkan DUN agar rakyat dapat menentukan sendiri siapa yang akan memimpin Perak sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Akan tetapi apabila Sultan Perak menolak usul untuk membubarkan DUN Perak serta mendesak agar MB dan barisan exco yang sah meletakkan jawatan, jelas kelihatan bahawa pihak Istana Perak sendiri tidak menjunjung undang-undang dan perlembagaan negeri.
Tengku Razaleigh Hamzah, bekas menteri kewangan dan kerabat diraja Kelantan sendiri mengkritik tindakan Istana Perak dan Umno/BN mengenai apa yang berlaku di Perak.
Tengku Razaleigh berkata,
“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri. Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa.
“Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba.
“Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil. Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan”.
“Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah.
“Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan.
”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat . Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan”.
Media arus perdana cuba memainkan isu bahawa Nizar Jamaluddin dan barisan exconya penderhaka kepada Sultan Perak. Tidak mengapa, media perdana sudah pun hilang kredibiliti. Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan TV3 tidak lagi laku. Rakyat tidak akan mempercayai Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Media alternatif dan internetlah yang akan dicari oleh rakyat. Apabila Nizar Jamaluddin mengatakan “Patik Mohon Derhaka”, beliau tidak keseorangan. Rakyat bersamanya. Masa akan menentukan.
“Raja yang adil disembah, raja yang zalim disanggah!!!” Kita mempunyai sejarah ini.
http://aminiskandar.wordpress.com/
Posted in Uncategorized | Comments (0)
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Oct | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |