Salam,

Pejam celik pejam cilik , sedar tak sedar sudah pun 4 bulan rupanya kita meneruskan cabaran kehidupan 2013. Begitu cepat masa berjalan kan …

Bagi ibu bapa yang pada tahun ini mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan, tak kiralah sama ada UPSR, PMR, SPM atau STPM, perjalanan masa yang begitu cepat ni mungkin menyebabkan timbulnya rasa risau dan tertekan di hati masing-masing.

Senario begini memang biasa. Anak-anak yang bakal ambil periksa, emak bapa yang terlebih gundah 😉 ….  emm, apa cerita ni.

Ho ho,  apa-apa pun saya sudah pun melalui situasi ini.. tahun ini serta tahun hadapan juga masih terpaksa melaluinya.

Apa-apa sekali pun jangan risau. Usahakanlah apa yang mampu. Dan jangan lupa berdoa kerana doa ibu bapa biasanya mustajab.

Nyatakan kepada anak-anak bahawa untuk berjaya ada panduannya. Jika mereka tekun, patuh mengikuti semua tips di bawah ni insyaallah mereka akan berjaya.

Tips di bawah ini adalah dari koleksi simpanan saya. Saya lekatkan keratan akhbar KOSMO keluaran Jumaat 23 Disember 2011  daripada pakar motivasi terkenal iaitu Dr Tengku Asmadi Tengku Mohammad,Pengarah Urusan MAP Trading and Consultancy Sdn Bhd pada meja belajar si abang tahun lepas. Alhamdulillah, dapat juga hasilnya.

Tips menjadi pelajar cemerlang

  1. Tahu bakat dan kecenderungan diri.
  2. Tahu gaya pembelajaran sendiri yang unik lalu menggunakannya dalam belajar.
  3. Ada cita-cita yang jelas, bermatlamat dan meletakkan sasaran yang tepat tentang pencapaian yang   dimahukan.
  4. Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri lalu berusaha memanfaatkan kekuatan tersebut dan mengatasi kelemahan yang ada.
  5. Sentiasa fokus ketika berada dalam kelas dan sewaktu mengulangkaji pelajaran.
  6. Mempunyai aras minda (mindset)yang betul tentang belajar.
  7. Sering bertanya dalam kelas dan berbincang dengan rakan-rakan.
  8. Tahu teknik dan strategi belajar yang berkesan.Mereka belajar secara bijak (study smart) dan dalam masa yang sama kuat belajar (study hard).
  9. Belajar secara output dan bukan sekadar imput.
  10. Merancang waktu belajar dan mempunyai jadual belajar bagi memastikan apa yang dipelajari dapat dihabiskan sebelum masuk musim peperiksaan.
  11. Memanfaatkan ruang belajar secara berkumpulan.
  12. Sedar akan kekuatan dan peranan minda bawah sedar.
  13. Bijak bergaul, membina jaringan persahabatan yang luas serta memanfaatkan kekuatan dan   kelebihan rakan-rakan.
  14. Aktif dalam persatuan dan aktiviti kokurikulum.
  15. Sentiasa menghormati rakan, guru dan ibu bapa serta memohon restu dan doa mereka.
  16. Menjaga kebersihan hati agar tidak dicemari oleh sifat yang buruk serta dosa dan maksiat.
  17. Menunaikan amalan wajib dan menghidupkan sunnah serta amalan sunat disamping banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Kita sebagai ibu bapa bolehlah gunakan tips ini sebagai senarai semak untuk memantau persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang nanti.

Insyaallah, berusaha dan berdoalah demi kepentingan masa depan mereka, yakni waris kita juga.

3 Comments

  1. kebiasaannya mak ayah yang terlebih risau
    dan memang sepatutnya begitu
    budak2/anak2 ni mereka belum tahu cabaran yang akan dihadapi

  2. Usaha tangga kejayaan. Study smart bukannya study hard. Konsep nie memang boleh apply sampai universiti.

  3. Tambah ckt kalau boleh, tahu kecenderungan belajar dari segi visual atau audio, adakah ia membantu? 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *