Tudung kanak-kanak
TIBA SUDAH MUSIM MENUAI – Kongsi Macam2 Cerita

TIBA SUDAH MUSIM MENUAI

slip keputusan upsr

Tiba sudah musim menuai. Debaran kencang selama hampir lebih kurang 2 bulan menunggu keputusan UPSR diumumkan, akhirnya reda. Alhamdulillah segala penat lelah hasil usaha bersama pihak sekolah, rakan seperjuangan serta dengan sedikit sokongan daripada pihak ibu bapa pelajar Tahun 6, pasti dengan izin-Nya jua keputusan kali ini bagi subjek Bahasa Melayu menunjukkan sedikit peningkatan.

Peratus lulus 100% bagi kertas 1 manakala 91 % bagi kertas penulisan merupakan satu angka yang agak boleh dibanggakan terutama bagi  kelas belakang ini  ( kelas yang memang sedikit bermasalah ) yang mana pada Tahun 4 dulu mereka terabai selama setahun dek ketiadaan guru mata pelajaran Bahasa Melayu ( dont ask me why ). Bukan sekadar itu, boleh dikatakan rata-rata mereka ini asalnya adalah murid kelas pemulihan. Jadi memang agak mengejutkan apabila mereka boleh mencapai peratus lulus yang agak tinggi dan ternyata ia lari dari jangkaan saya selaku guru yang mengajar mereka

Mungkin inilah agaknya  yang dikatakan rezeki.

Lebih menggembirakan lagi  , si Hafiy anak saya yang bulat dan comel juga memperoleh 5A dalam UPSR 2013 ini. Alhamdulillah,semua ini berkat kerja keras guru-gurunya juga.

Tahniah buat Hafiy dari mama dan abah.Sehingga kini kami belum merancang memberikan apa-apa hadiah. Nak hadiahkan Mini Cooper… emm kami berdua memang tak mampu 😀 . Memang kami jarang sekali menjanjikan hadiah-hadiah bersifat mewah seperti yang dilakukkan kebanyakan ibu bapa kerana kami tidak mahu anak-anak kami terbiasa dan bersikap materialistik. Selalunya kami lebih banyak memilih pendekatan membawa mereka bercuti atau makan-makan sebagai tanda menghargai kejayaan mereka.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

10 Comments on "TIBA SUDAH MUSIM MENUAI"

  1. tahniah buat hafiy!! wah kebanggaan ibu dan abah, amboihhh model mini cooper kecil tu pun boleh kak hehehe

  2. alhamdulillah dapat 5A.. tahniah kepada hafiy.. semoga terus bersemangat untuk berusaha dan mencapai kecemerlangan pada masa akan datang..

  3. tahniah untuk hafiy
    anak2 yang dapat buat mak ayah gembira
    hidup mereka nanti juga akan gembira
    insyaallah

  4. wah, dapat 5A… tahniah buat anak admin… semoga akan terus success dalam pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi~

  5. syukur ia satu perkara yang membangkakan kedua orang tua.tahniah

  6. wah 5A..tahniah kepada Hafiy semoga terus cemerlang dalam pelajaran 🙂

  7. Tahniah.. Semoga masuk tingkatan 1 nanti kekal dengan budaya kecemerlangan. Jangan leka dengan kejayaan sekarang.

  8. Alhamdulillah…lepas cikgu gembira, mak pula yang gembira sakan..tahniah buat anak akak yang cerdik dan bijak tu..hehe

    • Alhamdulillah …namun ini bukan pengukur segala. Membesar menjadi anak-anak yang baik, beriman dan terpuji akhlaknya adalah kejayaan sebenar ibu bapa

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me