Rayuan Permohonan ke Tingkatan 6 2015

By | April 27, 2015

Salam sejahtera buat pembaca semua,

Rentetan daripada pelbagai persoalan yang dikemukakan dalam entri lepas  oleh anak-anak lepasan SPM 2014 yang berhasrat menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 bagi sesi 2015 , di sini saya coretkan post ringkas bagi membantu menjawab persoalan tentang  Rayuan permohonan ke Tingkatan 6 2015.

Bagi calon yang berjaya ditawarkan ke tingkatan 6 untuk sesi 2015, namun masih ragu-ragu kerana turut mengisi permohonan UPU, anda dinasihatkan mendaftar terlebih dahulu ke tingkatan 6 sementara menunggu tawaran-tawaran UPU yang lain.

Pihak KPM sendiri ada menyatakan hal ini dalam aplikasi semakan tingkatan 6 2015 yang dibuka sejak 15 April lalu.

Bagi calon lepasan SPM 2014  yang tidak berjaya mendapat tawaran ke tingkatan 6, anda masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan permohonan ke tingkatan 6 2015 . Untuk mengetahui cara-cara mengisi borang rayuan permohonan ke tingkatan 6, anda boleh saja terus ke pautan ini .

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi mengisi borang rayuan permohonan ke tingkatan 6 2015 ini adalah :

1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan
    penglibatan dalam kegiatan kokurikulum.
2. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana – mana mata pelajaran lain.
3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.
4. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik.
Berikut pula adalah senarai dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang rayuan permohonan ke tingkatan 6 2015 tersebut :
  • Keputusan peperiksaan SPM 2014
  • Sijil kelahiran
  • Kad pengenalan / passport
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Dokumen – dokumen lain yang berkenaan.
Borang rayuan ini beserta lampiran dokumen-dokumen  perlu dihantar kepada pengetua sekolah asal sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 4 Jun 2015. Permohonan melewati tarikh tersebut tidak akan dilayan.
Untuk mencetak borang rayuan permohonan ke tingkatan 6 2015 ini, atau untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang syarat serta cara mengisi borang tersebut, anda bolehlah klik di sini .
Diharapkan post ringkas kali ini dapat membantu menjawab persoalan berkaitan kemasukan ke tingkatan 6 bagi tahun 2015.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me