PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI 2014

By | September 1, 2013

Hanya tinggal 9 hari dari sekarang murid-murid Tahun 6 sekolah rendah seluruh Malaysia akan menduduki UPSR. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini telah membuka aplikasi permohonan pelajar Tingkatan 1 ke sekolah berasrama penuh bagi tahun 2014 kepada umum. Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh, anda bolehlah segera layari pautan Permohonan Masuk ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2014 untuk memohon secara online.

aplikasi SBP

Berikut ini adalah prosedur serta syarat-syarat permohonan :

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP

  1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
  2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
  3. Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
  4. Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.

SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP

  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
  3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
  4. Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP

  1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.
  2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
    • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
    • Kaunter BPSBPSK
    • Talian hotline BPSBPSK
    • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
  3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas  daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN SATU (1) YANG DITAWARKAN DI SBP

JENIS ALIRAN SAINS AGAMA
Pakej Mata Pelajaran
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Bahasa Antarabangsa

(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Bahasa Antarabangsa

(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin)

Jenis SBP yang ditawarkan
  • SBP Terawal (Premier)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS)
  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 thoughts on “PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI 2014

    1. SisHaza Post author

      Sekolah budak2 cerdik,memang bab study tak boleh buat main2.. persaingan bnyk, silap haribulan kena reject 😉

      Reply
  1. mohd nor

    betul ke satu salinan permohonan kena hantar kpd pengetua sbp yg dipohon. saya hantar ke gb sekolah aje

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Mengikut prosedur dalam laman rasmi KPM begitulah caranya. Terdapat juga sesetengah sekolah yang membantu menguruskan proses seterusnya sama ada memanjangkannya kepada pengetua sekolah terlibat atau sebaliknya. Lebih mudah jika En Mohd Nor berhubung atau bertanya lebih lanjut kepada sekolah asal anak encik. Diharapkan ini dapat membantu

      Reply
  2. khairul anuar

    Sebelum nie Ank sy Ada maklum isi borang melalui http://www.more.gov tp waktu isi tu kputusan Ank 3a 2b..bila kputusan kluar Ank dpt 4a 1b ( penulisan)..perlukah sy memohon lg melalui online

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Setahu saya, mereka di pihak berkenaan akan merujuk terlebih dahulu kepada rekod keputusan UPSR sebenar. Namun ada baiknya En Khairul merujuk kepada pihak sekolah atau boleh juga berhubung terus dengan pegawai JPN atau PPD berhampiran untuk tindakan selanjutnya. Jangan tunggu, segera supaya tidak terlepas apa2…

      Reply
  3. anayunus

    As salam,..saya telah mengisi permohonan SBP secara online dan telah mencetak untuk simpanan sendiri. Tiada salinan dihantar ke sekolah asal dan sekolah yang dimohon. Adakah permohonan tersebut gagal (tidak lengkap) atau ianya masih ada peluang untuk ke SBP?

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Puan Ana …berdasarkan apa yg saya tahu dan dari pengalaman sendiri, surat tawaran @surat temuduga ( jika berkaitan ) akan dihantar ke alamat pemohon dalam tempoh ini. Puan juga boleh menyemak status permohonan anak puan melalui laman web JPN di negeri puan. Kebiasaannya mereka akan mengemaskini maklumat berkaitan dari masa ke semasa. Soal puan tidak menghantar salinan borang permohonan, insyaallah tidak mempengaruhi permohonan..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me