Salam hormat semua

Mungkin masih ramai lagi ibu bapa di luar sana yang tertanya-tanya atau berasa agak keliruĀ  bagaimana cara dan bila tarikh untuk melakukan permohonan masuk ke tingkatan 6 2015 bagi anak-anak lulusan SPM 2014 yang kurang berkelayakan memohon masuk ke institusi pengajian tinggi.

Sebenarnya buat ketika ini tiada sebarang aplikasi atas talian yang disediakan oleh pihak KPM bagi permohonan masuk ke tingkatan 6 2015.Tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sekolah-sekolah menengah bantuan penuh kerajaan, automatik datang daripada pihak sekolah itu sendiri kepada lepasan SPM yang menepati syarat atau kriteria kelayakan. Antara syarat am kelayakan permohonan masuk ke tingkatan 6 ialah :

  • Lulus SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) dengan sekurang-kurangnya memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Berusia 17 -20 tahun pada 1 Januari 2015

Untuk mengetahui tentang syarat-syarat khas mengikut jurusan, anda bolehlah dapatkannya di pautan ini.

Dijangkakan, semakan keputusan tawaran ke tingkatan 6 2015 akan dikeluarkan pada minggu ke-2 bulan April 2015 iaitu pada 15 April 2015 ini.

Semakan keputusan atau tawaran kemasukan ke tingkatan 6 ini boleh dilakukan melalui aplikasi semakan yang akan dibuka pada tarikh berkenaan di E-Perkhidmatan Berkala, portal rasmi KPM. Semakan juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas iaitu dengan menaip :

MOE<jarak> T6<jarak>No Kad Pengenalan Calon dan hantarkan ke 15888.

Jika anak anda berjaya mendapat tawaran tersebut, tindakan lanjut yang perlu dilakukan ialah memuat turun / download surat tawaran tersebut melalui pautan yang akan disediakan di laman web KPM. Cetak surat tawaran tersebut bagi tindakan selanjutnya.

Bagi panduan urusan pengisian borang oleh calon dari sekolah swasta atau sekolah agama negeri dan permohonan menukar jurusan, anda bolehlah dapatkannya di pautan berikut :

Borang Permohonan & Panduannya

Anda juga boleh mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan seperti cara mengira mata wajaran kognat, prosedur atau cara memohon penukaran jurusan tingkatan 6 dan lain-lainnya di pautan tanya dan jawab ( FAQ ).

Diharapkan sedikit maklumat berkaitan permohonan masuk ke tingkatan 6 2015 ini sedikit sebanyak dapat membantu menjawab kemusykilan anda.

76 Comments

  1. sebenarnya tingkatan 6 ni juga ramai yang pilih
    peluang untuk ke universiti juga masih terbuka luas

    tahun ni khabarnya tingkatan 6 dah tak pakai seragam sekolah lagi

    1. Author

      Ha’ahh fesyennya dah macam2 …sekali pun tengok macam ejen pelancongan pun ada, pegawai KEMAS pun ada šŸ˜€

      1. Hai sis , nak tanya kalau kita dah berhenti form 6 then nak masuk balik cmane ye ?

  2. Saya berasa sangat gembira DENGAN maklumat di website ini… And saya harap dapat maklumat yang pantas jika saya disahkan untuk ke Form6..insyaalah

  3. gapoi web utk kmsukn ke tg6??????????????

    1. Author

      Linknya sudah Sis sertakan …Tiada web khas untuk ke Form 6

  4. Assalamualaikum. Kalau saya nak ambil tingkatan 6 bkn di sekolah saya ttpi di sekolah lain, urusan prpndhn prlu dilakukan sebaik saja kptsn twrn tingkatan 6 keluar ke?

  5. Bagaimana kiraan untuk layak ke tingkatan 6? Adakah kiraannye dengan subjek yg tlah ditetapkan atau ape2 subjek sahaja?

    1. Author

      Nellyka … Syarat layak -Tidak lebih 12 unit bagi 3 mata pelajaran (tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan . Boleh rujuk detailsnya di sini yer :

  6. jika sy pelajar sekolah agama berasrama penuh dan bukan pelajar sekolah harian, sy kena mohon ke?

    1. Author

      Ruhafiza … setahu Sis, calon mana2 sekolah sekali pun tidak perlu mengisi borang permohonan , sebaliknya sekolah tempat anda belajar sebelum ini yang akan menawarkan tempat jika anda layak

  7. Assalamualaikum.. saya ingin menanya.. mcm mna ya klu nak buat rayuan ke tingkatan 6.. umur saya sekarang 20 tahun… macam mna nak isi boring permohonan tu..? dan kena ambil kat mana? terima kasih šŸ™‚

    1. Author

      Antara pilihan yang ada adalah mendaftarkan diri sebagai calon persendirian. Borang atau prosedur lanjut boleh diperoleh daripada pihak sekolah swasta atau Asraf juga boleh berhubung dengan Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan info lanjut.. diharapkan jawapan ini membantu

      1. Kalau calon persendirian boleh belajar dekat sekolah ke tak? Sis boleh terangkan tak calon persendirian ni selalunya mcamana dia bekerja sambil belajar ke?

      2. Sis boleh terangkan tak calon persendirian ni selalunya mcamana dia bekerja sambil belajar ke?

        1. Author

          Ada yang bekerja sambil belajar, ada juga yang belajar personal di rumah

  8. memohon kemasukan tingkatan 6 bawah 2015

  9. Hello, saya nak tanya, jika saya telah buat rayuan utk masuk ke matrik,boleh saya masuk form 6?

  10. Hi..sya boleh tanya sya ditawarkan masuk ke tingkatan tetapi hal terima atau tidak sya belum pasti sebab sya tengah tunggu result upu macam mana tu?boleh terangkan thank you

  11. Hi…boleh saya tanya saya ditawarkan masuk ke tingkatan 6 2015 tetapi hal terima atau tidak saya belom sahkan kerana saya sedang menunggu result upu macam mana tu boleh terangkan?thank you.

    1. Yang sy baca and tahu, pljr y tggu upu kna dftr jgk di sekolah y ditetapkan . perlu melapor diri ā˜ŗ

  12. Salam..saya ditawarkan ke tingkatan 6..tapi saya masih menunggu keputusan upu..ape yg perlu saya lakukan..

    1. Author

      Hadir dulu untuk pendaftaran tingkatan 6, then bila dah keluar result UPU, bolehlah buat keputusan untuk meneruskan atau sebaliknya

        1. Author

          Boleh buat keputusan sama ada nak kekal di tingkatan 6 atau sebaliknya

  13. macam mana nk buat permohonan bagi yang tidak dapat masok ke tingkatan enam

  14. mcm mna klau kita tdak layak msuk tingkatan 6?? nak buat rayuan mcm mna?

  15. Salam sis . Nak rnya . Mcm mna kalau sy nak buad permohonan pertukaran ? Sy dpat dkt seri ipoh , tapi sy nak tuka dkt sklh dktor burhannudin taiping . Mcm mna yea ? Boleh tlg ?maaf sy tak tau šŸ™‚

  16. Assalamualaikum sis.Nak bertanya sikit. Semasa hari pendaftaran ting6 selain tu ade ke perlu pembayaran utk daftar. Mohon percerahan?.

    1. Author

      Ikut apa yg Sis tahu, soal bayaran akan ditentukan pihak sekolah kemudian. Hari pertama sekadar pendaftaran dan taklimat

  17. bagai mana kalau dengan 2 subjek mata pelajaran yang wajib di lulus tapi hanya dapat lulus ke atas sahaja ,adakah ia boleh buat rayuaan ke tingkatan 6??

    1. Author

      Insyallah boleh, namun semuanya bergantung kepada syarat2 yang ditetapkan

  18. As’salam kak….kalau surat form6 itu ditempatkn di sekolh mana,kena rujuk jpn/ppd?? Mcm mana tu? Dan kena print jugak ke surat tu? Kalau x print takpa ke?

    1. Author

      Kena cetak ye Ani, untuk rujukan / dikemukakan kepada pihak sekolah pada hari pertama lapor diri

      1. Tapi sy masih tak tahu sekolah mana yg sy dpt…kerna dia tulis disitu kena rujuk jpn,dia tak bg nama sekolh mcm kwn2 sy yg lain…
        Adakah sy blh pergi je sekolh mana2 yg berdekatan kak?
        Mcm mana?? Pening kepala

  19. Hello kak Sis.. ble tnya ka? saya tidak layak masuk tingkatan 6.. dn saya jgak tidak layak untuk merayu msuk tingkatan 6.. tp, saya sngat ingin mahu smbung belajar msuk tingkatan 6.. mcm mna nie kak sis.. ble msuk lagi ka ne kak sis??

    1. Author

      Elydore boleh cuba untuk kemuka borang rayuan. Maklumat berkenaan borang tersebut ada sis tulis dalam entry terbaru blog ni .. Rayuan Permohonan Tingkatan 6

  20. Assalamualaikum, saya berminat sangat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya tidak terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 disebabkan keputusan kertas bahasa melayu spm saya lulus tetapi tidak kredit.Bagaimanakah saya boleh memohon ke tingkatan 6?,saya sekarang ni sedang menjalani peperiksaan bahasa melayu ulangan pada bulan jun ini,saya harap2 sangt rayuan saya untuk masuk ke tingkatan 6 ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan…saya pelajar lepasan spm tahun 2014

    1. please reply saye dah lme sngat menunggu jawapan ..tetapi x reply2

    2. Author

      Sis agak sibuk kebelakangan ini sebab tu lambat reply.. Afflah Nur , insyaallah rayuan boleh dilakukan namun mesti mengikut syarat dan bergantung kepada kekosongan tempat. Afflah Nur boleh baca entry terbaru berkaitan rayuan permohonan yg sis tulis di blog ni. Sis nasihatkan Afflah Nur cuba kemukakan dahulu borang tu, mana tahu kalau2 ada rezeki

  21. surat tawaran dengan yang lain tu kena pengesahan cop dari pengetua ke bila nak darftar nanti?

    1. Author

      Jika diikutkan pada surat tawaran tu, sememangnya perlu pengesahan pengetua atau pegawai gred DG 41 ke atas ye dik

      1. Mcm mana sy nk buat rayuan f6 ni semula…sbb sy x dapat nk daftar smasa tarikh akhir yg dibuat sbb sy brada di hsptl sbb sakit.. adakah sy tidak dpt msuk f6?

        1. Author

          boleh minta bantuan parents untuk isikan dan hantar borang rayuan tersebut.Dan sekiranya permohonan berjaya,sedangkan anda masih di hospital, boleh saja maklumkan masalah anda kepada pihak sekolah berkaitan

  22. salam.. please reply saya sedang menunggu2 sangat jawapan untuk rayuan ke tingkatan 6..please tolong balas..

  23. Assalamualaikum sis,mcm mna nk buat surat rayuan tu?sbb sy pun x isi lg surat kemasukkn f6 xpergi mnta tndatgn guru sklh sy, x cop lg dan bnyk lg yg x selesai.tq krna sis jwb pertanyaan sy di ats.sy jga mohon sis dpt jwb soalan sy ini dgn segera.terima kasih sis.

    1. Adakah peluang untk sy masuk f6 masih ad?.kerana ad pihak yg ckp tarikh daftar semua dah ttup.mcm mna tu sis.maaf bnyk brtnya sis,tpi sy nk sgt2 msuk f6 ni.

    2. Sy tgh pening skrg ni sis x thu nk buat mcm mna.

      1. Sy kna prgi cop jugak ke surat rayuan kat jpn bru hntr dkt sklh?

  24. So sy kna selesaikn semua borang yg blum disi dan bru sy blh buat rayuan kemasukkn f6.

  25. Sekolah menengah kebangsaan tunku abdul aziz ada lagi kelas untuk tingkatan enam.

  26. halo..teacher…saya nak tahu bila rayuan tingkatan enam dpt klr?

  27. cikgu,tapi kenapa sampai hari ini pun tdk dpt klr?

  28. boleh saya tanya, macam mana nak ambil jurusan lain contoh IT daripada sekolah lain jika sekolah saya tidak menawarkan jurusan tu?

  29. Assalamualaikum..saya ada satu soalan. Sekolah saya tidak mempunyai form 6 jadi apabila result spm 2015 diumumkan pada tahun depan,adakah saya boleh mendapat tawaran form 6 dari mana2 sekolah selain sekolah saya? Sekiranya tidak,perlukah saya membuat rayuan jika saya ingin menyambung form 6 di sekolah lain yg berdekatan? Jika result saya okay,adakah saya akan ditempatkan di sek berdekatan yg mempunyai form 6?

  30. saya mempunyai 4 kredit spm. adakah saya layak memohon stpm?

      1. mana nak hantar borang rayuan eh?

  31. Nak tanye ni , kat mana nak hantar borang rayuan?

  32. Selamat sejahtera,kak.Nak tanya sikit..klu sy minat dlm bidang biomedik..apakah matapelajaran yg akak cadangkan selain matapelajaran teras dan Bio..sbb sy dah dpt jurusan sains utk form 6 tapi agak kekeliruan utk pilih 1 lagi subjek selain 3 yg sy beritahu tadi..terima kasih šŸ™‚

  33. sya dah terambil keputusan utk berhenti tingkatan 6 pada hari orentasiā€¦bolehkah sya mohon semula utk ke tingkatan 6 semula?terima kasih

    1. Author

      Kes begini pernah berlaku … Rasanya masih ada peluang untuk anda sekiranya pihak sekolah belum mengeluarkan apa-apa notis atau makluman. Langkah wajar sekarang adalah berhubung atau bertemu segera dengan guru penyelaras T6 untuk mendapatkan keputusan

  34. boleh sye tahu macam mana nk cetak surat twaran kalau laman web sudah tutup??

  35. Assalamualaikum kak, saya hanya dpt 2 kredit utk spm, tapi lain semua lulus atas (D) adakah saya layak? Harap dapat balas ? Saya risau

  36. Assalam cik. Nak tnya kalau yg xdpt twrn f6 tu bila buat rayuan, kemasukan dia tu sma tarikh ka dgn student yg dpt twrn tu?

  37. Sy hndk prgi pndftran pd 2 mei ini adkh sy prlu dptkn cop dri sklh lm sya

  38. Masa lapor diri kena pakai pakaian mcmna

  39. Yg x amikk sub bio kimia rizik boleh msk aliran sains t6??

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *