Permohonan Masuk Ke Tingkatan 6 2015

By | March 10, 2015

Salam hormat semua

Mungkin masih ramai lagi ibu bapa di luar sana yang tertanya-tanya atau berasa agak keliru  bagaimana cara dan bila tarikh untuk melakukan permohonan masuk ke tingkatan 6 2015 bagi anak-anak lulusan SPM 2014 yang kurang berkelayakan memohon masuk ke institusi pengajian tinggi.

Sebenarnya buat ketika ini tiada sebarang aplikasi atas talian yang disediakan oleh pihak KPM bagi permohonan masuk ke tingkatan 6 2015.Tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sekolah-sekolah menengah bantuan penuh kerajaan, automatik datang daripada pihak sekolah itu sendiri kepada lepasan SPM yang menepati syarat atau kriteria kelayakan. Antara syarat am kelayakan permohonan masuk ke tingkatan 6 ialah :

  • Lulus SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) dengan sekurang-kurangnya memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Berusia 17 -20 tahun pada 1 Januari 2015

Untuk mengetahui tentang syarat-syarat khas mengikut jurusan, anda bolehlah dapatkannya di pautan ini.

Dijangkakan, semakan keputusan tawaran ke tingkatan 6 2015 akan dikeluarkan pada minggu ke-2 bulan April 2015 iaitu pada 15 April 2015 ini.

Semakan keputusan atau tawaran kemasukan ke tingkatan 6 ini boleh dilakukan melalui aplikasi semakan yang akan dibuka pada tarikh berkenaan di E-Perkhidmatan Berkala, portal rasmi KPM. Semakan juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas iaitu dengan menaip :

MOE<jarak> T6<jarak>No Kad Pengenalan Calon dan hantarkan ke 15888.

Jika anak anda berjaya mendapat tawaran tersebut, tindakan lanjut yang perlu dilakukan ialah memuat turun / download surat tawaran tersebut melalui pautan yang akan disediakan di laman web KPM. Cetak surat tawaran tersebut bagi tindakan selanjutnya.

Bagi panduan urusan pengisian borang oleh calon dari sekolah swasta atau sekolah agama negeri dan permohonan menukar jurusan, anda bolehlah dapatkannya di pautan berikut :

Borang Permohonan & Panduannya

Anda juga boleh mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan seperti cara mengira mata wajaran kognat, prosedur atau cara memohon penukaran jurusan tingkatan 6 dan lain-lainnya di pautan tanya dan jawab ( FAQ ).

Diharapkan sedikit maklumat berkaitan permohonan masuk ke tingkatan 6 2015 ini sedikit sebanyak dapat membantu menjawab kemusykilan anda.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

76 thoughts on “Permohonan Masuk Ke Tingkatan 6 2015

  1. TehR

    sebenarnya tingkatan 6 ni juga ramai yang pilih
    peluang untuk ke universiti juga masih terbuka luas

    tahun ni khabarnya tingkatan 6 dah tak pakai seragam sekolah lagi

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Ha’ahh fesyennya dah macam2 …sekali pun tengok macam ejen pelancongan pun ada, pegawai KEMAS pun ada 😀

      Reply
      1. Mawar

        Hai sis , nak tanya kalau kita dah berhenti form 6 then nak masuk balik cmane ye ?

        Reply
  2. Abdul Aziz Rased

    Saya berasa sangat gembira DENGAN maklumat di website ini… And saya harap dapat maklumat yang pantas jika saya disahkan untuk ke Form6..insyaalah

    Reply
  3. shaf

    Assalamualaikum. Kalau saya nak ambil tingkatan 6 bkn di sekolah saya ttpi di sekolah lain, urusan prpndhn prlu dilakukan sebaik saja kptsn twrn tingkatan 6 keluar ke?

    Reply
  4. nellyka

    Bagaimana kiraan untuk layak ke tingkatan 6? Adakah kiraannye dengan subjek yg tlah ditetapkan atau ape2 subjek sahaja?

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Nellyka … Syarat layak -Tidak lebih 12 unit bagi 3 mata pelajaran (tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan . Boleh rujuk detailsnya di sini yer :

      Reply
  5. ruhafiza

    jika sy pelajar sekolah agama berasrama penuh dan bukan pelajar sekolah harian, sy kena mohon ke?

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Ruhafiza … setahu Sis, calon mana2 sekolah sekali pun tidak perlu mengisi borang permohonan , sebaliknya sekolah tempat anda belajar sebelum ini yang akan menawarkan tempat jika anda layak

      Reply
  6. Asraf Ahchok

    Assalamualaikum.. saya ingin menanya.. mcm mna ya klu nak buat rayuan ke tingkatan 6.. umur saya sekarang 20 tahun… macam mna nak isi boring permohonan tu..? dan kena ambil kat mana? terima kasih 🙂

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Antara pilihan yang ada adalah mendaftarkan diri sebagai calon persendirian. Borang atau prosedur lanjut boleh diperoleh daripada pihak sekolah swasta atau Asraf juga boleh berhubung dengan Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan info lanjut.. diharapkan jawapan ini membantu

      Reply
      1. anaa

        Kalau calon persendirian boleh belajar dekat sekolah ke tak? Sis boleh terangkan tak calon persendirian ni selalunya mcamana dia bekerja sambil belajar ke?

        Reply
      2. anaa

        Sis boleh terangkan tak calon persendirian ni selalunya mcamana dia bekerja sambil belajar ke?

        Reply
  7. Ansley

    Hello, saya nak tanya, jika saya telah buat rayuan utk masuk ke matrik,boleh saya masuk form 6?

    Reply
  8. Dley

    Hi..sya boleh tanya sya ditawarkan masuk ke tingkatan tetapi hal terima atau tidak sya belum pasti sebab sya tengah tunggu result upu macam mana tu?boleh terangkan thank you

    Reply
  9. Dley

    Hi…boleh saya tanya saya ditawarkan masuk ke tingkatan 6 2015 tetapi hal terima atau tidak saya belom sahkan kerana saya sedang menunggu result upu macam mana tu boleh terangkan?thank you.

    Reply
    1. Deandraa

      Yang sy baca and tahu, pljr y tggu upu kna dftr jgk di sekolah y ditetapkan . perlu melapor diri ☺

      Reply
  10. siti nazirah

    Salam..saya ditawarkan ke tingkatan 6..tapi saya masih menunggu keputusan upu..ape yg perlu saya lakukan..

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Hadir dulu untuk pendaftaran tingkatan 6, then bila dah keluar result UPU, bolehlah buat keputusan untuk meneruskan atau sebaliknya

      Reply
  11. nurul hafiza

    macam mana nk buat permohonan bagi yang tidak dapat masok ke tingkatan enam

    Reply
  12. syazlina tarmizi

    Salam sis . Nak rnya . Mcm mna kalau sy nak buad permohonan pertukaran ? Sy dpat dkt seri ipoh , tapi sy nak tuka dkt sklh dktor burhannudin taiping . Mcm mna yea ? Boleh tlg ?maaf sy tak tau 🙂

    Reply
  13. Fatin

    Assalamualaikum sis.Nak bertanya sikit. Semasa hari pendaftaran ting6 selain tu ade ke perlu pembayaran utk daftar. Mohon percerahan?.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Ikut apa yg Sis tahu, soal bayaran akan ditentukan pihak sekolah kemudian. Hari pertama sekadar pendaftaran dan taklimat

      Reply
  14. Haris

    bagai mana kalau dengan 2 subjek mata pelajaran yang wajib di lulus tapi hanya dapat lulus ke atas sahaja ,adakah ia boleh buat rayuaan ke tingkatan 6??

    Reply
  15. Ani

    As’salam kak….kalau surat form6 itu ditempatkn di sekolh mana,kena rujuk jpn/ppd?? Mcm mana tu? Dan kena print jugak ke surat tu? Kalau x print takpa ke?

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Kena cetak ye Ani, untuk rujukan / dikemukakan kepada pihak sekolah pada hari pertama lapor diri

      Reply
      1. Ani

        Tapi sy masih tak tahu sekolah mana yg sy dpt…kerna dia tulis disitu kena rujuk jpn,dia tak bg nama sekolh mcm kwn2 sy yg lain…
        Adakah sy blh pergi je sekolh mana2 yg berdekatan kak?
        Mcm mana?? Pening kepala

        Reply
  16. Elydore Binti Josepy

    Hello kak Sis.. ble tnya ka? saya tidak layak masuk tingkatan 6.. dn saya jgak tidak layak untuk merayu msuk tingkatan 6.. tp, saya sngat ingin mahu smbung belajar msuk tingkatan 6.. mcm mna nie kak sis.. ble msuk lagi ka ne kak sis??

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Elydore boleh cuba untuk kemuka borang rayuan. Maklumat berkenaan borang tersebut ada sis tulis dalam entry terbaru blog ni .. Rayuan Permohonan Tingkatan 6

      Reply
  17. AFFLAH NUR HASSANAH BINTI JUAN

    Assalamualaikum, saya berminat sangat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya tidak terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 disebabkan keputusan kertas bahasa melayu spm saya lulus tetapi tidak kredit.Bagaimanakah saya boleh memohon ke tingkatan 6?,saya sekarang ni sedang menjalani peperiksaan bahasa melayu ulangan pada bulan jun ini,saya harap2 sangt rayuan saya untuk masuk ke tingkatan 6 ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan…saya pelajar lepasan spm tahun 2014

    Reply
    1. AFFLAH NUR HASSANAH BINTI JUAN

      please reply saye dah lme sngat menunggu jawapan ..tetapi x reply2

      Reply
    2. SisHaza Post author

      Sis agak sibuk kebelakangan ini sebab tu lambat reply.. Afflah Nur , insyaallah rayuan boleh dilakukan namun mesti mengikut syarat dan bergantung kepada kekosongan tempat. Afflah Nur boleh baca entry terbaru berkaitan rayuan permohonan yg sis tulis di blog ni. Sis nasihatkan Afflah Nur cuba kemukakan dahulu borang tu, mana tahu kalau2 ada rezeki

      Reply
  18. anis

    surat tawaran dengan yang lain tu kena pengesahan cop dari pengetua ke bila nak darftar nanti?

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Jika diikutkan pada surat tawaran tu, sememangnya perlu pengesahan pengetua atau pegawai gred DG 41 ke atas ye dik

      Reply
      1. alia

        Mcm mana sy nk buat rayuan f6 ni semula…sbb sy x dapat nk daftar smasa tarikh akhir yg dibuat sbb sy brada di hsptl sbb sakit.. adakah sy tidak dpt msuk f6?

        Reply
        1. SisHaza Post author

          boleh minta bantuan parents untuk isikan dan hantar borang rayuan tersebut.Dan sekiranya permohonan berjaya,sedangkan anda masih di hospital, boleh saja maklumkan masalah anda kepada pihak sekolah berkaitan

          Reply
  19. AFFLAH NUR HASSANAH BINTI JUAN

    salam.. please reply saya sedang menunggu2 sangat jawapan untuk rayuan ke tingkatan 6..please tolong balas..

    Reply
  20. alia

    Assalamualaikum sis,mcm mna nk buat surat rayuan tu?sbb sy pun x isi lg surat kemasukkn f6 xpergi mnta tndatgn guru sklh sy, x cop lg dan bnyk lg yg x selesai.tq krna sis jwb pertanyaan sy di ats.sy jga mohon sis dpt jwb soalan sy ini dgn segera.terima kasih sis.

    Reply
    1. alia

      Adakah peluang untk sy masuk f6 masih ad?.kerana ad pihak yg ckp tarikh daftar semua dah ttup.mcm mna tu sis.maaf bnyk brtnya sis,tpi sy nk sgt2 msuk f6 ni.

      Reply
      1. alia

        Sy kna prgi cop jugak ke surat rayuan kat jpn bru hntr dkt sklh?

        Reply
  21. alia

    So sy kna selesaikn semua borang yg blum disi dan bru sy blh buat rayuan kemasukkn f6.

    Reply
  22. teemingkuan

    Sekolah menengah kebangsaan tunku abdul aziz ada lagi kelas untuk tingkatan enam.

    Reply
  23. mei shiow

    halo..teacher…saya nak tahu bila rayuan tingkatan enam dpt klr?

    Reply
  24. Rafaa

    boleh saya tanya, macam mana nak ambil jurusan lain contoh IT daripada sekolah lain jika sekolah saya tidak menawarkan jurusan tu?

    Reply
  25. Nur Amelia

    Assalamualaikum..saya ada satu soalan. Sekolah saya tidak mempunyai form 6 jadi apabila result spm 2015 diumumkan pada tahun depan,adakah saya boleh mendapat tawaran form 6 dari mana2 sekolah selain sekolah saya? Sekiranya tidak,perlukah saya membuat rayuan jika saya ingin menyambung form 6 di sekolah lain yg berdekatan? Jika result saya okay,adakah saya akan ditempatkan di sek berdekatan yg mempunyai form 6?

    Reply
  26. Nur Fakhira

    saya mempunyai 4 kredit spm. adakah saya layak memohon stpm?

    Reply
  27. Sheny

    Selamat sejahtera,kak.Nak tanya sikit..klu sy minat dlm bidang biomedik..apakah matapelajaran yg akak cadangkan selain matapelajaran teras dan Bio..sbb sy dah dpt jurusan sains utk form 6 tapi agak kekeliruan utk pilih 1 lagi subjek selain 3 yg sy beritahu tadi..terima kasih 🙂

    Reply
  28. mira

    sya dah terambil keputusan utk berhenti tingkatan 6 pada hari orentasi…bolehkah sya mohon semula utk ke tingkatan 6 semula?terima kasih

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Kes begini pernah berlaku … Rasanya masih ada peluang untuk anda sekiranya pihak sekolah belum mengeluarkan apa-apa notis atau makluman. Langkah wajar sekarang adalah berhubung atau bertemu segera dengan guru penyelaras T6 untuk mendapatkan keputusan

      Reply
  29. tssho

    boleh sye tahu macam mana nk cetak surat twaran kalau laman web sudah tutup??

    Reply
  30. Natasha

    Assalamualaikum kak, saya hanya dpt 2 kredit utk spm, tapi lain semua lulus atas (D) adakah saya layak? Harap dapat balas 😭 Saya risau

    Reply
  31. Ziha

    Assalam cik. Nak tnya kalau yg xdpt twrn f6 tu bila buat rayuan, kemasukan dia tu sma tarikh ka dgn student yg dpt twrn tu?

    Reply
  32. Aidiel

    Sy hndk prgi pndftran pd 2 mei ini adkh sy prlu dptkn cop dri sklh lm sya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me