PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TUTOR ONLINE

Salam …

Sebelum melabuhkan mata,saya nak share sedikit info dengan kawan-kawan semua berkenaan pembelajaran dalam talian yang tengah hot, hangat, meletop … semua yang panas, seangkatan dan sewaktu dengannya lah.. hehehe.

Apa lagi kalau bukan program Tutor Online. E-learning programme yang inovatif dan terkini ni  sebenarnya dah agak lama juga, cuma mungkin masih ada sesetengah parents yang tidak menyedari kewujudannya.

Pakej pembelajaran maya @ pakej pembelajaran atas talian Tutor Online  disediakan khas untuk membantu para pelajar mengulangkaji pelajaran di rumah melalui medium internet.

Pakej pembelajaran menyeluruh ni disediakan bukan sekadar untuk kelas-kelas peperiksaan semata-mata malah meliputi semua pelajar dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5. Tujuannya tentulah tak lain dan tak bukan untuk melatih pelajar  membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan mirip soalan peperiksaan sebenar. Bermula di sini, insyaallah akan dapat membantu anak-anak kita untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Soalan-soalan latih tubi di Tutor Online disediakan oleh panel guru-guru pakar yang mengkhusus dalam subjek masing-masing. So, bagi ibu bapa yang berhasrat melanggan pakej2 di Tutor Online demi kecemerlangan pendidikan anak masing-masing , mereka tak perlu bimbang tentang kualiti bahan pembelajaran dan latihan yang disediakan. Selain digubal oleh mereka yang pakar, bahan pembelajaran juga adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran oleh KPM ( Kementerian Pelajaran Malaysia ).

Wah, wah,wah… promosi penerangan panjang lebar dah ni. Sebenarnya ini juga satu bentuk perkongsian yang saya kira boleh memberikan manfaat besar untuk anak-anak kita. Pelaburan jangka panjang demi masa hadapan mereka . Semua ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Kalian boleh terjah lebih lanjut di sini untuk mengetahui tentang pakej2 yang ditawarkan. Kalian juga boleh emailkan sebarang pertanyaan ke sini. Atau call terus ke talian +603 – 2241 3055 dan +603 – 2241 3066.

Ok, diharapkan penerangan di atas sedikit sebanyak dapat membantu.

Selamat malam semua.

 

4 Comments

  1. Smuanya ada utk memudahkan kita…terbaiklah

    tiba2 teringat kat tutos pos Adabi masa dulu2..hehee

    1. Author

      ha’ah betul tu…. zmn skrg ni banyak perkara ada kat hujung jari je. akses mudah & cepat

  2. pernah daftar tutor online ni untuk anak gadis masa ambil upsr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *