HADIAH HARI GURU PALING UNIK

By | May 17, 2013

Walaupun Hari Guru sudah berlalu semalam, saya masih ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat semua teman guru di seluruh Malaysia khasnya buat rakan guru SKBK, SKPM dan SKKJ dan tak lupa juga rakan blogger yang terdiri daripada guru. Moga terus bertahan dengan cabaran dunia pendidikan yang kian hari nampaknya kian menuntut kecekalan kita.

Tak banyak momen menarik yang sempat dirakamkan.

Kek yang ditaja YB Asmaiza sempena lawatan kerja pertama beliau..

Kek yang ditaja YB Asmaiza sempena lawatan kerja pertama beliau..

cupcakes yg ditaja oleh Cg Lin sementara menunggu hidangan utama tiba... memang yummy

cupcakes yg ditaja oleh Cg Lin sementara menunggu hidangan utama tiba… memang yummy

IMAG0422

sebahagian kecil hadiah Hari Guru yang saya terima. Perasan sesuatu tak ?

tadaa... hadiah Hari Guru paling unik pernah saya dapat sepanjang menjadi guru :)

tadaa… hadiah Hari Guru paling unik pernah saya dapat sepanjang menjadi guru 🙂

Sepanjang bergelar guru dan berpengalaman mengajar pelbagai kategori sekolah seperti sekolah pedalaman, sekolah luar bandar dan sekolah kategori elit, inilah kali pertama saya mendapat hadiah Hari Guru paling unik. Memang di luar jangkaan sebab selalunya kan apabila tiba Hari Guru, hadiah pilihan popular dalam kalangan murid sudah dapat diagak seperti kad ucapan, jambangan bunga, bingkai gambar, jam hiasan, alat tulis dan sebagainya.

Hadiah alat pemadam api untuk kenderaan ni saya terima daripada anak murid saya yang bernama Mimi dari kelas 5 Cemerlang. Maybe sebab ayahnya bertugas sebagai seorang pegawai bomba, jadi mungkin inilah hadiah yang dirasakan sesuai untuk diberi. Kemungkinan besar juga untuk memberi kelainan. Patutlah beriya-iya si Mimi ni berpesan kepada saya. ” Hati-hati ye cikgu, berat ni tau..” He he.. Saya pula balik dari sekolah semalam, biarkan saja dahulu semua hadiah tu sebab sibuk menguruskan persediaan Mr Hubby yang akan bertolak ke KT untuk aktiviti PROAD sekolahnya. Baru petang tadi tergerak hati nak membuka hadiah-hadiah ni…

Jenis-jenis hadiah ni jika diikut pada pengalaman sebelum sebelum ni, biasanya bergantung juga kepada background murid  ( kemampuan keluarga, tapi bukan berkaitan Mimi ). Contohnya, semasa saya mengajar di SKKJ, Hulu Dungun, hadiah paling banyak saya terima ialah sabun mandi. Banyak betul dapat sabun mandi… ada MAY,LUX,PALMOLIVE,DETTOL … agak2 boleh buat stok untuk setengah tahun 😛 . Masa tu terfikir juga, busuk benor ke aku ni,macam ni punya banyak dapat sabun… heheh.

Sebenarnya, mungkin hanya itu yang termampu oleh mereka. Lagipun, hanya sebuah sahaja kedai runcit yang ada di kawasan mereka. So, apa pilihan yang mereka ada ?Hendak keluar ke bandar, sangat jauh. Perkhidmatan bas atau teksi pula tidak sampai ke kawasan tempat tinggal  mereka. Berbeza ketika mengajar di sebuah sekolah gred A, saya pernah mendapat hadiah sebotol perfume AVON yang harganya mencecah seratus ringgit!

Apa-apa sekali pun, mahal atau murah hadiah yang diberikan murid, bukan menjadi masalah besar pada saya. Saya tidak mengukurnya di situ.Tidak beri pun tidak mengapa. Paling penting,mereka ikhlas dan ada sifat menghargai. Lebih membanggakan jika mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang berkeperibadian mulia.

Huiiih… dah panjang berjela ni. Kepada Mimi, Asma, rakan-rakan sekelasnya serta murid-murid lain (maaf,  nak disebutkan sorang sorang, alamat makin panjang lah jadinya…) yang telah memberikan hadiah, cikgu ucapkan ribuan terima kasih. Mudah-mudahan kalian cemerlang dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga ,agama dan bangsa.

Terima kasih semua.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “HADIAH HARI GURU PALING UNIK

  1. TehR

    memang terbaik
    lain dari yang lain

    rasanya selama ni belum pernah ada pelajar beri hadiah pemadam api macam ni

    Reply
  2. amalina

    Mmg sgt unik hadiah hari guru tu n tq sbb bagi idea hadiah hari guru.Dptla sy bantu adik saya nk cri hdiah utk cg die hehe!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me