CARA DAFTAR TUTOR ONLINE

Salam petang Sabtu

Kalian bersantai di luar petang ni ? Jangan risau,boleh baca entri ni melalui gadget serba canggih tu… hehe.

Lantaran tak ke mana, so saya ambil kesempatan untuk buat entri ringkas tentang cara-cara daftar Tutor Online. Kebetulan ada yang bertanya. Kebiasaannya petang Sabtu, kami suami isteri jarang ada di rumah. Agenda bawa anak-anak keluar, makan-makan.. release tension. Sebenarnya, yang tension tu bukannya si anak, tapi emak dan bapanya ! … hihik 😀

Ok, berbalik kepada cara mendaftar dengan Tutor Online, just ikut step2 di bawah ni. Senang saja, hanya ambil masa beberapa minit, insyaallah.

1. Pergi / klik  ke laman Tutor Online untuk mendaftar.

2. Klik pada tab ‘Coursewears’ dan pilih ‘products’.

3. Akan keluar beberapa produk yang ditawarkan mengikut kesesuian atau pun tahap pelajar. Klik pada produk pilihan.

4. Paparan subscribe package akan keluar . Isi semua maklumat yang diminta seperti nama pengguna, kata laluan pilihan, alamat email dan nama sebenar ,nama keluarga ( surname ) dan tingkatan. Kemudian, klik butang ‘next’.

5. Anda akan diminta mengisi maklumat lanjut tentang diri seperti jantina, bangsa, alamat dan sebagainya yang berkaitan. Isi semua maklumat yang diminta kemudian apabila selesai, klik ‘next’ sekali lagi untuk di bawa ke laman pembayaran.

5. Pada laman pembayaran, anda boleh memilih untuk membayar menggunakan kad kredit, bank transfer atau pun bank draft. Isi semua maklumat diperlukan .

Ok, done ! Senang je kan ?

Oh ya, pakej pembelajaran atas talian ini meliputi subjek teras sahaja. Bayaran untuk menyertai Tutor Online adalah dari serendah RM 12.50 sebulan mengikut terma dan syarat.

Rugi jika tidak mendaftar sekarang kerana ini adalah rahsia kebanyakan pelajar cemerlang. Pakej yang bernilai keseluruhan RM446.00 setahun kini ditawarkan pada RM150.00. Rugi jika berlengah-lengah..

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me