Tudung kanak-kanak
Bersua Muka Dengan Aja Fazla – Kongsi Macam2 Cerita

Bersua Muka Dengan Aja Fazla

Salam hujung minggu semua

Wah dah seminggu lebih tak berkesempatan nak update blog dan jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Konon sibuknya mengalahkan PM lagi. UPSR dah selesai tapi kerja-kerja lain masih bertimbun. Nak buat macam mana kan. Haaa, pilih sangat nak jadi cikgu kan …. 🙂

Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pembaca dan rakan blogger yang masih sudi berkunjung ke sini, membaca dan meninggalkan komen kat sini yer. Nanti esok-esok saya balaslah komen korang tu ye.

Bersua muka dengan Aja Fazla secara live. Haa, itulah yang berlaku pada Rabu, 30 September lepas. Haa, jangan tak caya ko …So, ini nak kongsi cerita tentang peluang bersua dengan Aja Fazla lah ni hehe.

Siapakah Aja Fazla ? Tak pernah dengar pun !

Ya, mungkin inilah yang sedang bermain dalam fikiran sahabat sekalian. Sebenarnya, saya sendiri secara jujur pun tidaklah terlalu mengenali beliau. Namun bagi yang sudah pernah membaca novel Projek Cupcake Ain Maisarah, tentulah sedar bahawa inilah penulisnya.

Projek CAM

Saya tak berhasrat nak menulis tentang diri penulis ni sebab takut nanti tersalah maklumat pula. So, kalau nak tahu siapakah dia Aja Fazla ni, anda sendiri boleh bacanya di sini.

Peluang bersua muka dengan Aja Fazla ni sebenarnya berlaku apabila sekolah saya turut tersenarai dalam Program Jelajah Sekolah Blink 2015 , anjuran PTS . Pernah dengar kan tentang penerbitan PTS ni kan ..

Kalau nak tahu, sempena jelajah ini, pihak sekolah saya sempat mengadakan Bengkel Teknik Penulisan Kreatif dengan Aja Fazla sendiri sebagai penceramahnya.

Ok, sambil-sambil membaca, jom saya belanja gambar-gambar sekitar bengkel tersebut. Maaf lah, gambarnya agak blur sikit. Lepas ni nak kena belajar teknik fotografi lah nampaknya ..

BTPKreatif
Memang teruja murid-murid sekolah saya yang saya dapat lihat sepanjang bengkel tu berlangsung. Memang pandai si Aja Fazla ni menarik perhatian murid-murid ni.

BTPKreatif2

Rupanya untuk mula menulis bahan kreatif seperti cerpen, novel, nomik dan sebagainya kita tidak boleh menulis terus seperti kita menaip entri blog ni. Ada teknik atau langkah demi langkah dalam menentukan keseluruhan cerita.

Pertama, mesti menentukan watak utama dan bagaimana personalitinya. Kedua, visi atau impian yang ingin dicapai oleh watak. Ketiga, misi watak atau bagaimana mencapai visi watak tersebut.

Selepas mengenal pasti ketiga-tiga elemen tersebut, baru lah boleh mulakan draf penulisan menggunakan story-arc atau pun peta cerita. Pada bahagian ini, bakal penulis dikehendaki membahagikan watak kepada 2 personaliti iaitu sisi positif dan negatifnya ( butang emosi ).

Haa, lebih kurang macam tu lah caranya. Hanya selepas melakukan 2 perkara utama di atas, barulah rangka cerita boleh mula ditulis agar hasilnya nanti akan dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca sehingga habis sesebuah hasil penulisan.

Hmm, maknanya untuk menulis atau menjadi seorang penulis berkesan kita perlu ilmu atau belajar teknik menulis dengan betul.

Bagi saya , bengkel sebegini memang bagus diadakan untuk anak-anak walaupun masih di peringkat sekolah rendah. Secara tak langsung ia dapat membuka mata banyak pihak terutama pelajar sendiri bahawa bidang penulisan bukanlah satu bidang kerjaya yang tiada masa depan seperti sangkaan banyak pihak.

Terkejut saya dan ramai rakan guru yang lain apabila dimaklumkan bahawa royalti pertama yang diperoleh oleh penulis cilik novel bertajuk Miss K- pop yang baru berusia 12 tahun ini mencecah bayaran sehingga RM6000 ringgit. Bererti, dengan menulis pun boleh buat duit juga ye kawan-kawan.

So, kepada ibu bapa di luar sana, nasihat saya lihatlah potensi sebenar setiap anak kita. Jika mereka lemah dalam sesuatu bidang utama yang popular dan menjadi pilihan ramai ibu bapa, usahlah terus memaksa mereka untuk ‘masuk’ juga ke dalam bidang tersebut. Mungkin bakat mereka ada pada bidang lain yang kita langsung ‘ tidak pandang ‘.

Rasanya, cukuplah cerita saya kali ini. Jom tengok gambar kat bawah ni. Sempat juga saya yang bertindak sebagai pengacara majlis pada hari tu buat muka tak malu dan meminta Aja Fazla bergambar dengan kami, sebahagian guru yang hadir dalam bengkel tersebut hehehe 😀

Sesi menandatangani autograf

Sesi menandatangani autograf

Cikgu-cikgu pun sibuk nak berposing juga :-D

Cikgu-cikgu pun sibuk nak berposing juga 😀

Tuan tanah pun ada nampaknya … Hehe, carilah sendiri kalau nak kenal yang mana satu yek 😀

Ok, pesanan saya. Musim jerebu-jerebu ni jagalah kesihatan masing. Elakkan banyak berada di luar rumah dan minum banyak air ye. Semoga keadaan akan pulih secepat yang mungkin.

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

7 Comments on "Bersua Muka Dengan Aja Fazla"

  1. seronok dapat bertemu dan berkongsi tips dengan penulis novel, teringat dulu2 zaman skola rajin jugalah berangan nak jadi novelis 😉

  2. saya dulu-dulu ada hati nak jadi cikgu..dah jodoh tak kahwin pulak dengan cikgu..sekarang jadi blogger pun ok la juga..

  3. Yang suka menulis, akan teruja bertemu dengan penulis. Yang suka nyanyi, akan teruja bertemu penyanyi. Itulah lumrah manusia.

  4. aja fazla tu penulis lelaki ye?ciktom xkenal pun tapi adik ciktom suka sangat baca buku projek cupcakes tu…

    untunglah penulis cilik 12thn..royalti akan sentiasa ada kalau buku tu diulang cetak..

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me