March 27th, 2009

“Pak Lah merupakan pemimpin tertinggi UMNO yang kecewa dan tidak menunjukkan ketrampilan dalam kepemimpinan. Sikapnya yang lemah telah diambil kesempatan oleh ahli-ahli partinya sendiri. Dengan demikian, beliau sendiri mengakui kehadiran kesemua itu dalam dirinya.
Kita perlu menerima beliau sebagai seorang yang berhemah tinggi. Di samping itu, rakyat berasa sedih kerana terpaksa menanggung akibat daripada kelemahannya.
Krisis politik, krisis ekonomi, dan penyekatan kebebasan rakyat merupakan kesan negatif yang ditanggung rakyat akibat ketidakbolehan Pak Lah mengawal pemimpin-pemimpin di bawahnya.
Rampasa kuasa di Perak menjadi penghulu segala permasalahan yang diwujudkan oleh Presiden UMNO yang baru. Krisis berpanjangan ini telah menyerlahkan imej gila kuasa UMNO/BN. Harus diingat bahawa rakyat melihat fenomena ini sebagai keengganan UMNO/BN menerima hakikat kekalahan mereka di negeri itu dalam PRU Ke-12. Pada masa yang sama, ramai pemimpin UMNO terikut-ikut dengan rasa geram dan sakit hati yang membuak-buak terhadap acahan DSAI dalam projek palsu 16 September 2008. Oleh yang demikian, Perak pun dirampas untuk bukan sahaja mengubat kekecewaan kerana kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu malahan juga memprojeksi diri sebagai jagoan politik.
Kata orang tua-tua, “Ikut rasa binasa, ikut hati mati”. Maka terperangkaplah UMNO/BN dalam kesulitan berangkai akibat kurang teliti menyusun strategi. Hal ini menampakkan betapa tidak bijaksananya pemimpin UMNO merancang, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah.
Pak Lah telah memulangkan paku buah kerasnya dalam ucapan terakhir dalam perhimpunan agung parti rasuah itu tentang faktor yang menjadi punca penolakan rakyat, khususnya orang Melayu terhadap UMNO.
(1) Setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin UMNO tidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama ini menjadi akar kekuatan UMNO.
(2) Tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.
(3) Program-program politik UMNO yang kurang berkesan mendampingi generasi muda, selain daripada yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.
(4) Perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli.
(5) Sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak - bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa UMNO adalah sebuah parti yang korup.
Perwakilan UMNO yang berucap membahaskan ucapan itu semuanya memuji Pak Lah. Tiada seorang pun yang melahirkan kekesalan kerana mengamalkan fiil hodoh itu. Demikianlah bebalnya ahli-ahli UMNO. Diherdik. Dihentam. Ditempelak. Tetap juga buat tak kisah. Barangkali semua hati mereka telah tertutup rapat untuk melihat kebenaran!!!
Pak Lah terus mengherdik UMNO dengan kata-kata berikut:
UMNO tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan lama yang tidak disenangi masyarakat, termasuk menyekat kebebasan rakyat.
Apa yang pemimpin UMNO buat?
(1) Mereka menggantung Harakah dan Suara Keadilan semata-mata kerana tidak dapat menyekat penyebaran kebenaran di dalamnya. Kalau betul akhbar-akhbar itu memfitnah atau apa-apa juga yang bersalahan denganh undang-undang, bawalah ke muka pengadilan.
(2) Mereka mempengaruhi SPRM untuk hanya mengambil tindakan terhadap pembangkang sedangkan ribuan aduan yang dibuat terhadap pemimpin UMNO/BN dibakulsampahkan.
(3) Mereka memilih pemimpin yang terang dan jelas melakukan amalan rasuah politik dalam pucuk pimpinan.
Dengan barisan kepimpinan yang dilihat tidak bersih itu, mampukah lagi rakyat berdiam diri. Mereka akan menolak UMNO. Mereka akan beralih kepada pihak lain untuk menyandarkan harapan. Harapan baru mereka ialah Pakatan Rakyat.
Oleh sebab itu, pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai akan memilih PAS dan PKR, bukan BN.
UNDILAH PAS !!! UNDILAH PKR !!!
Posted in Uncategorized | Comments (0)
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Oct | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |